Sentuhan Qalbu IDM (2)
Alhamdulillah, selepas solat Jumaat mendapat respon dari ibu yang sudah membaca IDM "Alhamdulillah...teruja sangat baca novel tu... terasa macam mula-mula mendapat fikrah dulu" Ukhti Rogayah, salah guru cemerlang merespons positif hasil bacaannya.
Ya Allah, terima kasih...ilham dari-MU menyentuh jiwa pembaca agar merasai nikmat dengan Islam dan Iman. Semua nikmat itu adalah kurniaan-MU dan anugerah-MU ke dalam qalbu insan yang Engkau kasihi.
Apabila ditanya emak atau anak yang membaca. Jawabnya "Mak yang baca dulu"
Subhanallah, rasa bahagia sangat mengikuti perkembangan ibu-ibu yang amat peka memilih bahan bacaan untuk anak masing-masing semata-mata untuk menyelamatkan akidahnya agar tidak rosak.
Terusik rasa mengenangkan saat awal mendapat fikrah, sungguh membahagiakan, semoga bahagia itu Allah kekalkan dalam jiwa kita semua. Insya Allah.
Petang, menziarahi besan, mendapat khabar telah hadiahkan satu novel kepada anak lelaki bungsu adiknya seorang doktor di Shah Alam. Alhamdulillah tidak sangka Cikgu turut membacanya sudah masuk bab ke -3. Syukur setakat ini amat positif respon diterima. Sedang menunggu respon pihak lelaki pula untuk penambahbaikkan cetakan kedua.
Dua hari berturut-turut menerima tempahan dan syarikat pencetak tak menang tangan untuk pos ke destinasi yang diminta, di Perak, Kelantan/Terengganu, Johor dan Wilayah Persekutuan. TEringat date line nak terbitkan Kaunseling Rabbani semakin dekat, perlukan tumpuan sepenuh masa.
Rasa tidak larat hendak uruskan pemasaran Novel IDM, lalu minta pandangan menantu, Mudah-mudahan laratlah menantu ibu dapat fokus dalam tugas barunya sebagai Perunding Pemasaran Strategik. Segala yang Allah atur sentiasa indah dan tidak pernah salah. Ibu amat yakin, jika fokus kita untuk Akhirat, Allah akan permudahkan segala urusan kita di dunia ini walaupun dalam bidang yang tidak disangka-sangka. Fokus kejar Akhirat, dunia akan mengejar kita sampai tidak menang tangan. :etak dunia hanya di tangan dan kaki bukan di jiwa.
Sedutan Bab 3
Sesungguhnya, kisah Khalid al Walid, yang ayah
ceritakan kepadanya itu, kini menjadi sumber inspirasinya. Hebatnya Khalid al
Walid hingga Maher tidak terasa akan kehilangan jawatan pentingnya di sekolah. Sebagai salah seorang panglima Islam, terbukti Khalid
al Walid amat digeruni oleh musuh dan
dihormati oleh para sahabatnya.
Dapat Maher bayangkan akan
ketangkasan Khalid al walid yang
berbadan tegap dan sasa. Tidak hairanlah mengapa beliau selalu dipilih oleh
Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam. Setiap misi peperangan yang
diketuainya pasti menang.
Insan hebat
ini, sejak masuk Islam sentiasa ada kerendahan hati untuk ditegur oleh
Rasulullah agar perbaiki kelemahan diri. Semasa zaman khalifah Abu Bakar As
Siddiq, Khalid al Walid pernah ditegur
agar tidak mengulangi menunaikan Haji ketika mengetuai misi peperangan. Beliau
meminta maaf dan akur dengan teguran itu. Maher
juga ingin menjadi sepertinya
rela ditegur untuk meningkatkan
kualiti dirinya, jika memang benar
dirinya bersalah.
‘Tidak hina jika ditegur, bahkan mulia di sisi Allah
SWT.’ Maher meyakinkan dirinya sendiri.
Comments
Post a Comment