Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita

Melihat tajuk di buku sahaja sudah terasa indahnya  isi kandungan buku yang baru  kami terima melalui  Pos Laju. Mendapat diskaun 50% dari harga asal  yang harganya kadang menjangkau hingga RM100 (berkulit tebal). Pesan kepada kakak minta tolong  beli dua naskah, satu untuk rujukan guru-guru di Tadika dan Taska, satu lagi simpan untuk anak yang akan balik dari Tanah Suci. Sebelum itu, rupa-rupanya  ada kenalan telah tolong belikan dua naskah dan dipos laju. Satu untuk anak menantu serumah dan satu lagi untuk kegunaan buat persiapan untuk ceramah di salah sebuah SMK di Kedah  yang minta  ibu berikan input kepada ibu bapa. Tajuk ini sungguh  menyentuh perasaan. 'Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita'  menggunakan kaedah Rasulullah SAW dipermudahkan  oleh  Dr  Muhammad Muhammad Badri, penulis  buku dengan 10 teknik 'HUMAN TOUCH.' Membaca buku setebal 896 halaman terasa bagaikan  menghadapi peperiksaan. Inilah hakikat hidup yang sebenarnya, sentiasa diuji sejauhmana keikhlasan kita mengabdikan diri hanya kepada Allah. Hakikat inilah yang perlu disampaikan kepada semua ibu bapa.


Alhamdulillah, sahibah karib yang menemani sepanjang slot penyampaian,  merespon dengan  amat positif. "Alhamdulillah, bukan hendak memuji tetapi sememangnya penyampaian tadi  bagus sangat  sesuai  bagi mereka  yang baru berazam untuk berubah  perbaiki cara mendidik anak. Penyampaian tadi tenang, santai, lancar dan mudah difahami"

Syukur  Alhamdulillah, memang ibu mohon Allah aturkan yang terbaik kerana  diri sendiri memang tidak mampu hendak buat  sebaik  yang Allah aturkan. Subhanallah. Ketika sarapan  tadi, suami berpesan "buatlah penyampaian  yang terbaik, jangan laju, perlahan-lahan ikut kemampuan dan akal  pendengar yang ada di hadapan." Berkat doa suami dan anak yang berada di Tanah Suci, Allah lancarkan dengan sebaik-baiknya agar mesej  '10 Human Touch'  sampai kepada semua  ibu bapa yang amat sayang kepada anak-anaknya.

Kaedah marah-marah, leteran, ugutan, sindiran dan mengaibkan anak-anak memang sudah tidak relevan langsung sekarang. Kita perlu kembali kepada teknik Rasulullah SAW  menggunakan  sentuhan cinta dan kasih sayang. Jika  marah sekalipun, Rasulullah hanya diam, tidaklah terjerit-jerit  me'neraka'kan  rumah tangga. Jika anak terjerit-jerit, memang wajar sebab ibu bapa telah silap  tunjukkan contoh. Kenapa tidak? Isteri terjerit-jerit marah suami, bagaimana nak  bawa anak-anak mencium bau syurga?
Ibu bapa adalah guru pertama  bagi anak-anak dan rumah tangga  adalah sekolah pertama  bagi anak-anak. Banyak kali ibu ulang-ulang .

Pengerusi majlis  mengulas  di akhir sesi penyampaian "sentuhan rasa yang memang patut diamalkan menjadikan anak-anak semakin dekat  Allah dan dengan kita selaku ibu bapa yang patut dihormati. Di  awal usia remaja kebanyakan mereka  mulai  ingin menjauhi ibu bapa. Jika  tidak gunakan teknik sentuhan kasih sayang, mereka sanggup  memusuhi  ibu bapa, kerana ibu bapa tidak memahami perasaan mereka. Memang payah  nak peluk dan cium anak-anak  yang sudah besar ni...," akuinya. Segalanya perlu dibiasakan  sejak kecil.
La hau lawa quwwata illah billah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil