Posts

Semoga Semuanya Dalam Redha Allah

Image
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah yang mengatur urus kehidupan kita seperti yang dikehendakki-NYA bukan seperti yang kita kehendaki. Sebagai seorang hamba  perlu akur ikut skrip yang telah ditetapkan oleh tuannya. Hamba Allah tidak boleh lari dari skrip yang Allah sudah tetapkan terbaik untuknya..maka berbahagialah  dengan  segala  anugerah Allah... Setelah hujan..timbul pelangi... Rupa-rupanya  Allah nak beri pelangi...Indahnya kehidupan ini... Syukur Alhamdulillah  berita terkini sangat mengembirakan anak menantu, kakak-kakak, abang-abang , adik-adik, ipar duai, besan juga beberapa sahabat handai. Bahkan sebahagian besar staff juga menumpang gembira dengan berita terkini. Berkat doa kalian, Allah kurniakan yang lebih baik..Alhamdulillah.   Paling sebak  abang ibu mendoakan "Allah merahmatimu...."  Paling kelakar adik bungsu, walaupun agak lewat mendapat  berita ini sungguh membahagiakannya. Alhamdulillah "Sujud syukur....

Short Cut To Jannah..

Image
Ahad, sekembali  dari  Kelantan, ada jemputan kahwin di Johor Bahru..Dengan keluarga ini memang ibu tidak terasa janggal..kami sudah biasa bermesra lebih 28 tahun...bagai keluarga sendiri apa lagi  dapat bertemu bonda..Alhamdulillah Rasa terharu sangat  Allah izin ibu berpeluang melayani dua 'ahli syurga' yang  comel bermaxi dan bertudung. Sebelum  ini ramai sahibah mendoakan dan mereka amat yakin..kedua-duanya  akan menyayangi ibu apabila sampai  masanya nanti..Apa lagi dua minggu lepas  ibu peluk ciumnya di dalam mimpi manakala  'daddy' nya  menangis teresak-esak..Wallahu alam..apa petandanya  hanya Allah yang Maha mengetahuinya..   Jiwa mereka  bersih dan perlu dibiasakan  bersama-sama  orang-orang  soleh dan solehah. Melihat kesolehan kedua-duanya terdetik di hati kecil ini rasa bersyukur kerana selama ini ibu  banyak berkorban memikirkan masa depan anak-anak ini.. tidak sampai ...

Konvensyen UDMZ~ Kenali Murabbiku

Image
Pada tahun 1983, hari pertama mengenali manhaj @ Sistem Dakwah dan  Tarbiyyah yang dibawa oleh almarhum UDMZ, Allah izin jiwa ibu rasa tenang dan puas.. Terdetik di hati..."inilah yang kucari selama ini.." Pencarian sejak ibu baligh..ingin memahami  apakah tujuan kehidupan ini sebenarnya? dan ke manakah akhirnya  kehidupan ini? belum terjawab  hinggalah umur ibu berusia  21 tahun... Sebelum itu , ibu cuba ikut ikut kawan masuk  jemaah  tabligh .. Belum sampai sebulan arwah abah  menunjukkan reaksi tidak berkenan dengan pembawa sistem itu.. Ibu akur..apa yang arwah abah tak suka, kena jauhi dahulu. Cuba ikut program Arqam seronok beberapa bulan kerana  ghairah hendak berubah tetapi gagal mengetuk pintu hati untuk diproses..ditegur lagi oleh arwah abah "apa gunanya berpurdah kalau hati tak bersih" Ibu akur, betul juga nasihat arwah abah.. Cuba istiqomah ikut program Abim..bertahanlah lama sedikit  sehinggalah  Alla...

Agar Bintang Mereka Sentiasa Bersinar

Image
12 Febuari adalah sejarah dunia Islam  kehilangan 'bintang utama'  yang  mengerakkan dengan izin Allah  Ikhwan Muslimin di Mesir dan kini telah dapat menawan hati  jutaan  pejuang Islam  sedunia hingga mengerunkan golongan 'thaghut' yang sentiasa  ingin memadamkan sinaran bintang tersebut. Bintang utama itu  adalah As Syahid Hasan al-Bana ra. Kini genap 66 tahun  Almarhum Imam  As Syahid  Hassan al Bana   beristirehat di alam barzakh namun akaun pahalanya terus berganda mengali r untuknya hingga hari kiamat...Sinaran  bintangnya  masih hidup menyatukan  akidah, fikrah  dan ukhuwwah Ikhwanul Muslimin sedunia. Melahirkan bintang-bintang mewarisi keunggulan ulamak terbilang..InsyaAllah Waktu paling mulia, selepas Isya', hari Khamis malam Jumaat,  umat  Islam satu Malaysia bahkan satu Nusantara dikejutkan dengan berita sedih. kembalinya ke Rahmatullah seorang tokoh ulamak terbilang, ay...

Bagaimana Nak Redha?

Image
Semasa sesi sharing Halaqah Ledang/ Muar, seorang ibu bertanya dengan penuh sebak...Bagaimana nak redha terima ujian? Pentingnya tajribah atau pengalaman menerima takdir Allah dalam keadaan jiwa yang pasrah, tenang dan harmoni. Ujian adalah hadiah dari Allah tanda DIA sayang kita dan  beri kita peluang perbaiki diri menjadi hamba-NYA yang diredhai.. Redha maknanya tidak marah..terima dengan penuh syukur dan berterima kasih sepenuhnya tanpa syarat. Tidak demand atau meletakkan syarat-syarat tertentu kerana ini akan meyakiti atau menzalimi diri sendiri.  Sukarnya nak redha kerana halangan 'hawa nafsu' yang dituruti. Seolah-olah masih meragui bahawa  soal rezeki, jodoh dan ajal maut memang sudah Allah tentukan.. Sentiasa  bersyukur mengharapkan redha Allah Yakinkan diri sepenuhnya sesungguhnya takdir Allah tidak pernah silap dan tidak pernah salah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA.. Jika kita redha terima segalanya dengan penuh ...

Semoga Allah Luruskan Niat Di Hati

Image
Ikhlas? Benarkah ikhlas? Tubikan persoalan ini berkali-kali di hati.. Kalau ikhlas, mengapa bersungut? Kalau ikhlas, mengapa mengugut? Sejak bila berubah ni? Apa yang kamu mahu sebenarnya? Dipuji manusia? Dikenang jasa? Mengapa risau jika tidak dikenang dan dipuji..Risau itu petanda tidak ikhlas! Risau petanda Syaitan menang mengawal budak nakal (hawa nafsu) agar menyimpang dari jalan yang lurus. Ikhlaskan hatiku ya Allah..bersihkan niat di hatiku hanya mengharapkan keredhaanMU semata-mata..mengharapkan pertemuan denganMu di syurga nanti..Aamiin.. Amru Khalid mengingatkan..mohon kepada Allah setiap hari agar DIA perbaguskan niat kita.. Kita hamba..nak kawal diripun tak mampu jika Allah tidak izinkan.. Hati akan sentiasa tenang jika kita ikhlas. Tidak ada kerisauan walau sedetik jika hubungan hati dengan Allah sentiasa di subur dan diperkukuhkan.. Nak kukuhkan hubungan hati dengan Allahpun kena minra pada NYA.. "Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMU dan bersy...

Mendidik Hati Agar Mengenal Rabbnya

Image
Sesi persekolahan dilewatkan seminggu kerana masih ada sekolah digunakan sebagai pusat penginapan mangsa banjir di pantai timur. Sekelip mata sahaja Allah takdirkan ribuan mangsa  kehilangan rumah dan harta benda..Syukur Alhamdulillah mereka redha menerima  takdir Allah..yang penting bagi mereka  bukan rumah atau harta benda, tetapi cukuplah ada tempat untuk solat dan beribadah..Subhanallah insiden yang menyayat hati mengajak kita  semua bertafakur, mensyukuri nikmat yang ada serta muhasabah dosa-dosa untuk perbaiki diri dan ummah masa depan. Dari sini kita boleh mengenal kehebatan Rabb, akur sahaja menerima takdir-NYA  tanpa soal. Mendengar pahit manis  pengalaman anak ibu ikuti team sukarelawan Haluan ke pantai timur selama 4 hari,  rasa teringin juga nak ikut serta membantu  mangsa 'trauma'. Pesanannya   buat masa ini  "yang patut ke sana adalah golongan muda yang masih kuat tenaganya untuk membantu cuci rumah dan penginapan" Ibu ...