Posts

KORBAN~ Kepada-MU aku Berserah

Image
Qurban ~  Sembelih sifat-sifat  kehaiwanan yang masih melekat  dalam  diri....   Segala puji-pujian  hanya milik Allah, Rabb yang mengatur  dan mengurus segala kehidupan di langit dan bumi..hanya kepada-Nya  kami menyembah dan hanya  kepada-Nya kami mohon pertolongan..tunjukkilah kami  jalan yang  lurus.. Selawat dan salam ditujukkan  kepada  murabbi  agung, Rasulullah  saw..kaum keluarga baginda, para sahabat, tabiien, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa  yang ikhlas  berubudiyyah kepada  Allah  hingga hari Kiamat... Berkorbanlah..agar  kita  sentiasa  beroleh Taqwa  kurniaan Allah SWT..   Imam  Ibn Atahillah al-Iskandari, penulis  buku al Hikam mengingatkan... "Siapa  yang tidak  mendekat kepada  Allah, padahal sudah dihadiahi berbagai  kenikmatan, akan diseret (agar  mendekat) kepada-NYA...

Magnet IMAN

Image
Setiap  hari  berulang-ulang  kali kita  laksanakan ruku’ dan sujud sebagai manifestasi perasaan taqwa kita kepada Allah SWT. Kita agungkan nama-Nya, kita gemakan takbir dan tahmid sebagai pernyataan dan pengakuan atas keagungan Allah sebagai  pengakuan dalam hati, menyentuh dan menggetarkan setiap urat saraf jiwa manusia yang beriman. Allah Maha Besar. Allah Maha Agung. Tiada yang patut di sembah kecuali Allah... Suasana ini sewajarnya dapat menyuburkan Iman, membersihkan hati dan sewajarnya  akan menjadi  'magnet' menarik lebih ramai orang lain sama-sama  merasai nikmat Iman dan Islam dan sama-sama kita menuju ke Syurga Allah SWT. Agak keletihan memikirkan puak-puak yang 'kecil  hati' atau merajuk meninggalkan team ulamak lantaran tidak terpilih lagi dalam saff kepimpinan...Masih kedengaran suara kegelisahan di sana sini  mendakwa dan mengadu mereka 'dihalau' dan di "maki hamun" sedangkan mereka masih lagi berada dala...

Di Ambang Kemerdekaan Kurniaan Allah SWT

Image
Masyarakat  kita  kini rosak kerana budaya pembohongan dan penipuan telah membumi dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , university dan semua  institusi khususnya institusi politik. Rasa  tidak selamat menghantui kehidupan. 'Kepala Negara'  yang mengkhianati amanah rakyat, para professional dan pemikir  yang mengkhianati  syura  ulamak bahkan ulamak  Su yang memenangkan kebatilan menjadi penanda aras betapa  lemahnya Iman  dan  betapa gawatnya  akhlak mereka  yang amat merugikan semua pihak, khususnya  diri sendiri.. Seorang pelajar  tingkatan 6 meluahkan rasa hati setelah mendengar input " Cinta  yang Membawa Ke Syurga".. "sebenarnya  kami faham dan memang hendak sangat merasai nikmat  cinta Allah  dan Rasul sebagai cinta  utama  dalam kehidupan. Masalahnya  'syuur' itu  hilang apabila  kita berada  da...

Infaq Diri Untuk Deen Allah

Image
Hidup ini indah jika terdidik dengan fikrah madrasah Rasulullah SAW, Insya Allah apabila tersedia  manhaj Rabbani, ada murabbi  dan persekitaran yang tarbawi akan  selamatlah  dari  sebarang penyimpangan dengan izin Allah SWT. Matlamat dunia sering mengganggu perjalanan proses  tarbiyyah yang tulen. Tiga 'ta', harta, takhta dan wanita merupakan penghalang  yang sering merencatkan tarbiyyah jika tidak ditangani dengan proses yang betul.. Murabbi ibu berpesan selalu, usah harapkan natijah yang cepat, jalani dahulu proses yang tulen dengan niat yang suci  dan matlamat yang jelas hanya  mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Insya Allah, natijahnya tidak pernah mengecewakan.. Yang Allah  hendak nilai  bukan natijahnya  tetapi prosesnya ikut tahap demi tahap... Jangan harapkan apa-apa kedudukan seperti  yang berlaku dalam masyarakat kini, berpecah belah kerana rebutkan kepimpinan, rebut kedudukan, rebut  harta da...

Matri Perlis 2010 - Video Korporat Part 1/2

Image

UOHS : FI ZILAL QURAN ( Mukadimah)

Image
Hidup di bawah naungan Al-Qur'an adalah satu nikmat..hanya   dirasai oleh mereka   yang melalui nikmat   itu..iaitu mereka yang selalu berdamping dengan al-Qur'an, mendalami dan memahami   isi kandungan al qur'an. Kita   perlu bersyukur   kerana berada di bawah   naungan..menjauhkan kita   dari musibah, selamat dari syirik   dan kekufuran, dapat beriman, dapat menjalankan ajaran Al-Qur'an dan sunnah nabi. ini merupakan   nikmat   yang amat   bernilai   dan tidak boleh   tukar   dengan wang   ringgit.. hanya dapat dirasai oleh mereka   yang Semoga   panjang   umur   dalam iman dan panjang umur   dalam beribadah   bukan dalam bala' dan musibah. Nikmat Allah   angkat   kemuliaan dengan memberkati   umur kita. Walaupun umur pendek setakat   30 tahun tapi berkat. Allah sucikan lagi diri dan hati   dengan Al-Quran. Syed   Qutb berkata "Alhamdul...

Menanti Dunia Lain Penuh Kegembiraan

Image
Belum sampai sebulan, tiga kali Allah izin kami berulang alik ke  Zon Tengah, Sungguh! kalau Allah tidak izinkan memang kami tidak mampu..Tetapi kerana -NYA, Allah kurniakan kami kekuatan untuk terus melangkah dan melangkah...hingga akhir hayat..Insya Allah Kali ketiga melangkau jauh sedikit hingga  ke  Tangkak,Johor, ziarah  awal (hanya seketika)  kerana kami  tidak dapat turut  sama memeriahkan Sambutan Hari Raya SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School. Majlis itu pada tarikh yang sama ibu perlu temani  suami berada di sekitar  Bangi.  Tahniah kepada ALP SmarTop. khususnya Dato' dan Datin kerana dapat  rezeki bersilaturahim dengan usahawan  'Chinese Muslim'  yang baik hati..Mudah-mudahan banyak membantu perkembangan tarbiyyah  sekitar Tangkak..Alhamdulillah. Abang ibu sempat mengulas ketidak stabilan politik negara...Nilai mata wang RM jatuh menjunam...Saranannya "elok ramai-ramai kerja luar negeri , S...