Posts

Menangani Salah Faham Tentang Poligami

Image
Berita mutakhir yang selama ini didiamkan untuk mengelak silap faham akhirnya dihidu jua mencetuskan pelbagai persepsi yang membimbangkan. Ibu diingatkan memainkan peranan agar  bantu  memberikan penjelasan agar  'berita-berita negatif' tidak  tersebar  hingga  merosakkan amal orang  yang mempersoalkannya.  Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. pernah bersabda,  ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan. Carilah apa saja yang bermanfaat untuk dirimu dan mintalah pertolongan kepada ALlah dan janganlah kamu patah semangat. Apabila musibah yang menimpamu janganlah kamu katakan, ‘seandainya aku melakukan ini dan itu.’ Tetapi ucapkanlah, Qadarallah masyaa fa’ala (demikianlah takdir ALlah, apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan) .’ Sebab kata seandainya dapat membuka pintu masuk syaitan, ” (HR...

GPS TO JANNAH

Image
Perjalanan mencari destinasi yang ingin kami tuju di Alor Star menggunakan Waze  yang telah di 'set up' oleh anak  kami dalam hp ayahnya.. Allah izin kami sampai hampir masuk Zohor. Kami ke masjid dahulu..selesai Zohor mencari juadah masakan kampong berhampiran masjid... Subhanallah Allah izin ada yang menegur amat mengenali suami ibu..Beliau adalah bekas wakil rakyat PAS yang kalah dengan MB Kedah semasa PRU 13 yang lalu. Rezeki dari orang soleh, semoga berkat kesungguhannya belanja kami makan tengah hari itu. Dalam reliti  hidup nafsu nafsi...amat sukar mendapat  anak didik yang perihatin mengenali murabbinya bahkan mengambil berat..Kami doakan kejayaannya terus memimpin ummah pada masa hadapan..InsyaAllah. Semoga bahagia hidupnya di dunia dan akhirat berbekalkan Al Qur'an dan Hadis merupakan dua sumber GPS yang menyelamatkan kita semua dari kesesatan.. Global positioning System ( GPS)  kini amat meluas digunakan bagi memudahkan pemandu cepat sampai ke...

Awas! Racun Hati~ Bermula Dari Pandangan

Image
Persoalan : Fitnah  yang paling besar buat lelaki adalah WANITA Mana-mana lelaki tidak akan mampu menggapai nikmat iman dalam erti kata sebenarnya jika fitnah ini telah tersangkut dalam hatinya.. Ibu amat risau memikirkan anak-anak  yang dididik  dengan keimanan masih berharap  ingin ada 'girl friend' seperti  rakan mereka  dari sekolah harian biasa... Mungkin  ini di antara  hikmahnya Allah terbangkan ibu dari  Johor  ke  Perlis..Wallahu alam.. Alhamdulillah..Allah  yang aturkan  peranan ibu sebagai Muhajirin di MATRI melengkapi sekadar  apa yang ibu mampu secara sukarela dengan sokongan  para Ansor yang telah mengharungi susah payah merintis memantap dan mengukuhkan sistem tarbiyah Islamiyah lebih  30 tahun lamanya...Kadang kala terasa  malu kerana tidak berpeluang merasai kesusahan para Murabbi  di peringkat  awal menubuhkan MATRI.. Justeru   itu memang  ibu tidak b...

Fakta Islam yang disembunyikan....

Image
Zaman keemasan Islam telah  merintis  ilmu pengetahuan moden  yang kita  guna pada hari ini. Merekalah yang membangkitkan  kesedaran orang Eropah agar keluar dari zaman kegelapan...

Menjemput Rezeki Penuh Barokah

Image
Menjelang hari Asyura..teringat  cucu ibu bernama  Musthofa  Maher  dilahirkan  pada 10 Muharam 1436 Hijrah..Kini genap umurnya setahun Semalam mendengar input berkaitan menjemput rezeki dari langit melalui Istighfar, bertaubat, bersujud dan bersedekah.. ditambah lagi  dengan mendengar You tube di bawah. Alhamdulillah, barulah  faham apabila selalu diingatkan bahawa  rezeki, jodoh  dan  ajal memang sudah Allah aturkan..usah  kita  'stress' memikirkan  rezeki, jodoh dan ajal. Allah  akan cukupkan rezeki dan  berikan jodoh terbaik  jika  kita ikhlas memperhambakan  diri hanya sanya kepada-NYA. Menunggu ajal yang akan tiba bila-bila  masa, bersedialah dalam keadaan memurnikan Tauhid yang diredhai-NYA.     Dua hari sebelum itu terbaca buku tafsir tentang intipati surah Dhuha dari Quran Energizing..sangat menarik tentang hakikat 'kekayaan' adalah kaya hati, jiwa ...

1437 Hijrah..Move On Cari Redha Allah

Image
Sebelum 1 Hijrah 1436 yang baru berlalu , ibu mohon agar Allah kurniakan Tahun Harmoni.. Alhamdulillah  sepanjang tahun Hijrah 1436, Allah kurniakan  rasa tenang, damai dan harmoni walaupun dunia sedang mengalami  pelbagai kegawatan, khususnya kegawatan akidah, kegawatan ibadah dan kegawatan akhlak. Semua  kegawatan ini timbul  berpunca daripada tidak wujudnya kesatuan akidah, kesatuan fikrah dan kesatuan amal di kalangan pemimpin Islam di dunia. Murabbi ibu berpesan " inilah hasil atau natijah apabila Islam diperintah. Kepala pemerintah ambil Islam ikut apa yang depa suka..yang mana depa  tak suka, tidak dilaksanakan . Insya allah  segala kegawatan ini akan pulih apabila Islam memerintah diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, Islam memerintah negara kita bahkan dunia seluruhnya sebagai rahmatan lil alamin" Hari ini 1 Muharam, impian ibu sempena tahun 1437 Hijrah, sekurang-kurangnya dapat menjadi burung ciak memadamkan api yang membakar nabi Ib...

KEKELIRUAN UMAT DAN JEREBU PEMIKIRAN

Image
Dua minggu mutakhir  ini  seluruh Malaysia kecuali Kelantan isytihar  cuti  sekolah kerana  keadaan jerebu semakin teruk termasuk di Perlis. Kali pertama  di hujung tanah air juga diserang jerebu.. alam berkata-kata kepada manusia.. Ada yang persoalkan kenapa  Kelantan tidak dilanda  jerebu? Allah izin tepat pada masanya sebelum itu  MB Kelantan ingin membawa usul undang-undang Islam ke Parlimen buat kali ketiga..walaupun kali pertama dan kedua  tidak diedahkan oleh pemimpin  yang mengaku  dirinya Islam..Isu ini berlaku selepas 4 peguam yang mengaku  diri  sebagai Muslim tetapi tergamak menyaman TGHA kerana isu  seperti di atas. Sedangkan TGHA berusaha dan ingin  mendauatkan undang-undang Allah di bumi Malaysia... Mengaku Muslim tetapi masih tidak yakin dengan undang-undang  yang pasti akan  menyelamatkan dirinya, ahli keluarga, masayarakat bahkan seluruh alam  di dunia  dan ak...