Posts

Visi Membina Peradaban & Rumah Di Syurga

Image
Insya Allah belum terlambat tok ibu ucapkan   "Hafidhi Musthofa Mishary salasa sanawat kamilah" ~ minna  jaddatuka wa jadduka (Daripada  tok ibu dan Wan) Jumaat, 18 Disember .. Allah izin  tergerak minta pandangan  menantu teringin  mencari Nasi Dagang untuk sarapan bersama. Bagi memudahkan liqo bersama keluarga  besan, ibu cadang kami berjumpa di warung  Nasi Dagang  pilihan besan. Dalam rehlah ringkas itu ibu amat  puas hati melihat  perkembangan  tarbiyah  cucu mendapat  input  dan persekitaran  yang soleh.. Paling  sayu melihat  Musthofa  Mishary yang baru masuk umur 3 tahun menyambut  ketibaan  tok uminya  yang sampai lewat kerana ada urusan tertentu di pintu kereta, memimpin dan membawanya ke tempat  duduk sambil berkata "P salam tok ibu"...Ya  Allah bercakap macam orang tua.   Adab bersalam sentiasa  diutamakan m...

Allah Merahmati Rohmu Abangku...

Image
Selepas Asar hari Rabu, ibu ternampak gambarnya dalam lap top..terlintas  di hati "ya Allah kasihanilah abangku..kelihatan fizikalnya kurus dan uzur..permudahkanlah urusannya..kasihanilah dia  ya Allah...".. Tiba-tiba  sebelum Maghrib kami mendapat  whats app berita kematiannya..selang tidak lama selepas  itu kak Ngah telefon memaklumkan Hj Abd Razak telah meninggal dunia... إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن الَلهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيْبَتي فَأجِرْنِي ِفيها وَأَبْدِلْني ِمنْها خَيرًا  Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah aku pasrah padaMu atas musibah ini, maka berilah aku pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.  Almarhum Hj Abd Razak.. (kiri berkemeja biru kopiah hitam) Pengorbananmu tetap kami kenang    Terasa  agak mustahil ibu nak melawatnya..nun jauh di Selatan. Apa lagi sedang focus untuk selesaikan projek  untuk generasi pewaris  sebelum masuk tahun 2016 ya...

Kesukarelawanan Pemuda Pemudi Kita

Image
Kesukarelawanan kini bukanlah budaya kehidupan masyarakat modern dan alaf siber  kini,  tetapi  sebenarnya  menjadi cara hidup para anbia, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas beribadah hanya kerana Allah. Kita hanya ada dua pilihan samada ingin mewarisi cara hidup para anbia atau sebaliknya  Perhatikan apakah permintaan Rasulullah SAW, tidak pernah meminta  upah (duit, pangkat dan kedudukan)  atas seruannya melainkan kecintaan kepada keluarga  baginda. Dalam surah Al-Syu'ara: 23 yang bermaksud;   "Itulah (kurniaan)  yang diberitahu  oleh Allah  untuk menggembirakan  hamba-hamba-Nya  yang beriman dan mengerjakan kebajikan (amal soleh). Katakanlah "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali KASIH SAYANG terhadap keluargaku.."   Dari ayat di atas jelas Allah SWT mendidik  agar  Rasulullah SAW ikhlas dalam menyeru keba...

Menangani Salah Faham Tentang Poligami

Image
Berita mutakhir yang selama ini didiamkan untuk mengelak silap faham akhirnya dihidu jua mencetuskan pelbagai persepsi yang membimbangkan. Ibu diingatkan memainkan peranan agar  bantu  memberikan penjelasan agar  'berita-berita negatif' tidak  tersebar  hingga  merosakkan amal orang  yang mempersoalkannya.  Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. pernah bersabda,  ‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan. Carilah apa saja yang bermanfaat untuk dirimu dan mintalah pertolongan kepada ALlah dan janganlah kamu patah semangat. Apabila musibah yang menimpamu janganlah kamu katakan, ‘seandainya aku melakukan ini dan itu.’ Tetapi ucapkanlah, Qadarallah masyaa fa’ala (demikianlah takdir ALlah, apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan) .’ Sebab kata seandainya dapat membuka pintu masuk syaitan, ” (HR...

GPS TO JANNAH

Image
Perjalanan mencari destinasi yang ingin kami tuju di Alor Star menggunakan Waze  yang telah di 'set up' oleh anak  kami dalam hp ayahnya.. Allah izin kami sampai hampir masuk Zohor. Kami ke masjid dahulu..selesai Zohor mencari juadah masakan kampong berhampiran masjid... Subhanallah Allah izin ada yang menegur amat mengenali suami ibu..Beliau adalah bekas wakil rakyat PAS yang kalah dengan MB Kedah semasa PRU 13 yang lalu. Rezeki dari orang soleh, semoga berkat kesungguhannya belanja kami makan tengah hari itu. Dalam reliti  hidup nafsu nafsi...amat sukar mendapat  anak didik yang perihatin mengenali murabbinya bahkan mengambil berat..Kami doakan kejayaannya terus memimpin ummah pada masa hadapan..InsyaAllah. Semoga bahagia hidupnya di dunia dan akhirat berbekalkan Al Qur'an dan Hadis merupakan dua sumber GPS yang menyelamatkan kita semua dari kesesatan.. Global positioning System ( GPS)  kini amat meluas digunakan bagi memudahkan pemandu cepat sampai ke...

Awas! Racun Hati~ Bermula Dari Pandangan

Image
Persoalan : Fitnah  yang paling besar buat lelaki adalah WANITA Mana-mana lelaki tidak akan mampu menggapai nikmat iman dalam erti kata sebenarnya jika fitnah ini telah tersangkut dalam hatinya.. Ibu amat risau memikirkan anak-anak  yang dididik  dengan keimanan masih berharap  ingin ada 'girl friend' seperti  rakan mereka  dari sekolah harian biasa... Mungkin  ini di antara  hikmahnya Allah terbangkan ibu dari  Johor  ke  Perlis..Wallahu alam.. Alhamdulillah..Allah  yang aturkan  peranan ibu sebagai Muhajirin di MATRI melengkapi sekadar  apa yang ibu mampu secara sukarela dengan sokongan  para Ansor yang telah mengharungi susah payah merintis memantap dan mengukuhkan sistem tarbiyah Islamiyah lebih  30 tahun lamanya...Kadang kala terasa  malu kerana tidak berpeluang merasai kesusahan para Murabbi  di peringkat  awal menubuhkan MATRI.. Justeru   itu memang  ibu tidak b...

Fakta Islam yang disembunyikan....

Image
Zaman keemasan Islam telah  merintis  ilmu pengetahuan moden  yang kita  guna pada hari ini. Merekalah yang membangkitkan  kesedaran orang Eropah agar keluar dari zaman kegelapan...