Posts

Pentingnya Doa Memohon Keampunan

Image
Semoga  kita semua  beroleh  keberkatan  Lailatul Qadr 1. Perbetulkan niat  untuk  cari redha Allah 2. Perbaiki  cara  berdoa  untuk  ikut  sunnah Rasulullah SAW Contohnya  Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam  ketika berbuka membaca, ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan  Insya Allah”   (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan) Nabi Muhammad  shallallahu ‘alaihi wa sallam – sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau  radhiyallahu ‘anha  berkata,  “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”  Beliau menjawab,  “Katakanlah: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى "Ya Allah sesungguhnya E...

Destinasi Kehidupan Kita ( 2 )

Image
Isnin, 13 Jun  Dalam group wassap ibu terbaca rintihan seorang kakak sulung yang sedang mengalami ' pra trauma' sejak   adik lelaki kesayangannya  dikenalipasti  sakit kepala kerana ada   'tumor otak'. Menurutnya,  doktor memaklumkan bahawa risiko pembedahan amat tinggi kerana 25% bahagian otak telah diserang..Mungkin adiknya  akan meninggal dunia atau koma selepas  pembedahan kerana  tumor  itu sangat aktif.  Semua adik beradiknya semakin sedih menerima berita ini. Ibunya  meninggal dunia  setelah  melahirkannya  di usia masih muda kerana mengalami  penyakit yang sama  iaitu  'tumor otak'.  "Beginikah sakit mak dulu?" tanya si adik  yang sedang sakit kepada  kakak-kakaknya... "kasihan emak"..Remaja lelaki berusia 16 tahun kini dapat  merasai sendiri bagaimana  ibunya  berjuang berhadapan dengan 'tumor otak' ketika melahirkannya dalam keadaan menaha...

Destinasi Kehidupan Kita

Image
"Ya Allah, sepanjang Ramadhan al Mubarak ini  permudahkanlah kami sentiasa  memohon kepada-MU  agar   selamanya  mendapat hidayah dan taufiq-MU  membersihkan dan menyucikan setiap sudut qalbu dan jiwa kami dari segala penyakit-penyakit qalbu yang merosakkan amal-amal kami. Ampunilah kami, kasihanilah kami dan bebaskanlah kami dari azab api neraka" 1 Ramadhan, selepas sahur dan menanti Subuh, kami mendapat berita dua kematian di tempat  yang berbeza. Satu  dari group wassap memaklumkan seorang bekas guru cemerlang  Geografi   yang bersara awal kerana sakit yang pelbagai telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi. Almarhumah  di peringkat  awal tarbiyah bermula di Perlis pada tahun 1980an merupakan salah seorang yang paling aktif menyebarkan fikrah kepada masyarakat dan ibu dimaklumkan  beliau  adalah di antara ibu  yang berjaya membawa  adik-adik dan anak-anaknya memahami  fikr...

Ramadhan Kareem dan keindahannya

Image
  Allahu Akram....inilah jawapan terbaik apabila  disapa dengan ucapan Ramadhan Kareem.. Persiapan menanti  dan menyambut tetamu agung Ramadhan terasa amat meriah sekali berbanding sebelum ini, lebih-lebih lagi semakin ramai  ahli masyarakat memahami konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakammil, bulan Ramadhan amat dinantikan sebagai bulan 'melembutkan qalbu' yang biasanya sudah dirasakan agak 'keras'  dan gersang  setelah melalui 11 bulan yang penuh dengan cabaran, fitnah, nafsu yang mencintai dunia dan  bisikan-bisikan   syaitan.  Alhamdulillah bagi kami, Ramadhan  tahun ini tidak terganggu dengan persiapan hari Raya kerana segalanya sudah siap menjelang  majlis  walimatul urus menjemput  menantu  pada 1 Jun yang lalu. Insya Allah mudah-mudahan pengisian  dan kesan-kesan  Ramadhan kali ini lebih baik dan berkesan  berbanding  tahun yang lalu. Aamiin... You tube di atas  te...

Tidak Terbeban Bahkan Tertawan...

Image
Budaya masyarakat yang sudah jauh dari Islam biasanya  amat berkira..Wang menjadi  tumpuan utama. Amat sukar mencari suasana utamakan silaturahim seperti zaman dahulu hidup saling bermuafakat dan mencari  berkat. Mereka yang memahami  kepentingaan bekerja kerana  Allah, akan berusaha agar  segala  amalan akan ditrasnformkan menjadi ibadah.  Mereka  lebih mengutamakan keberkatan  dan keredhaan Allah. Jiwa  yang lembut  seperti ini hanya akan lahir melalui proses  keimanan hingga  melahirkan ukhuwwah dan  terus menerus akan  mengeratkan silatura him  sebagaai nadi kepada amal soleh dipersembahkan hanya untuk Allah... Bakal serikandi ummah akan datang.....Insya Allah Program menyambut menantu  kali ini  amat mudah dan kemas perancangannya dengan izin Allah SWT  walaupun  kos barang semakin meningkat namun segalanya dapat ditampung  oleh  ahli keluarga hasil tabungan...

Penyakit Qalbu & Terapi Mujarab Mengikut Cara Rasulullah SAW

Image
Penyakit  Qalbu yang paling merbahaya  adalah mensyirikkan Allah, tidak merujuk syara' dalam berfikir dan membuat keputusan, tidak bergantung harapan kepada Allah sebaliknya bergantung harapan kepada  ilah-ilah selain Allah, mencurigai atau sangsi dengan segala ingatan dan janji-janji Allah tentang  akhirat, mengabaikan keputusan Allah sebaliknya mengambil keputusan mengikut hawa nafsu dan akhir sekali tidak rasa bersalah membuat dosa dan bermaksiat. . Cermnan Jiwa yang menTauhidkan Allah Realiti kini Masyarakat yang jauh dari Islam sering  mendurhakai Syara' dan bersahabat   dengan dosa bahkan berrasa lazat melakukan maksiat. Hawa nafsu semakin mengganas dan semakin cenderung berada dalam kejahilan dan berlaku  zalim. Sifat fujur   mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar terima nasihat atau sebarang  rawatan (terapi). Gelisah apabila dengar kalimah syara' lalu pandang hina, sepi dan serong.  Lebih tenat lagi apabila me...

FAHAMI DAN BERUBAHLAH .....

Image
TAUBAT ? TAUBAT ? "Ini kali pertama  seumur hidup saya , orang suruh saya bertaubat. sebelum ni, ramai yang suruh saya berubah, tak pernah suruh taubat!." seorang  ayah berusia 40an  agak terkejut dan tidak faham kenapa dia perlu bertaubat apabila ibu sarankan jalan keluar terbaik menghadapi 'kedegilan'nya sendiri dalam mendidik  anak-anak. Menurut  pandangannya semua orang sekitarnya bersalah..Guru-guru sekolah tadika anaknya semuanya  salah kerana gagal didik anaknya, isterinya  juga bersalah mengulangi perkara yang sama  menyebabkannya  sentiasa  marah... Inilah luahan  perasaannya  yang 'sakit' dan buntu, tidak nampak jalan keluar. "Saya  tak percaya dengan semua institusi pendidikan  Islam ni..harapkan  mahal aje, tapi anak saya macam tu juga!" "Anak saya yang kecik  tu degil..melawan!" luahnya, risau memikirkan kedegilan anak perempuan yang baru berusia 4  tahun. Memang kasihan melihatnya, kot...