Posts

Mana Yang Utama?

Image
Rasa penuh agenda setiap hujung minggu berada di zon Selatan sepanjang Syawal tahun ini. Syukur dapat bersilaturahim dengan  family sekitar Shah Alam jika tiada sebarang program di Bangi. Allah izin Muhasabah diri sendiri agar terus fokus perbaiki diri untuk faham setiap périntah Allah dalam Qur'an. Syukur Allah pertemukan dengan team pencinta al-Qur'an mendalami bahasa Arab Al Qur'an. Semoga Al-Quran sentiasa menyentuh dan mengetuk qalbuku agar tidak lalai. Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam  penulisan menyebarkan  قال الله    dan       قال رسول Serahkan kepada Allah aturkan  segala  aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah  wanita  dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban. Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab ...

Syaitan Menangis?

Image
Rabu, 1 Syawal, selepas  solat sunat hari Raya  kami tidak ke mana-mana sekadar menunggu  tetamu yang berhajat ziarah di rumah. Anak sulung  sudah membuat tempahan pelbagai juadah walaupun mereka beraya di rumah mertua. Alhamdulillah lega rasanya, menantu baru  dari Johor bawa lontong istimewa, ibu sekadar menyediakan lodeh dan sambal kacang sahaja untuk meraikan tetamu. Rupa-rupanya  lontong mendapat sambutan di hari Raya pertama  ini khususnya tetamu yang berasal dari Johor. Tahun depan, panjang umur kena tempah lebih.Insya Allah. Tahun ini lebih ramai tetamu  memanggil  'ibu' termasuklah  ahli keluarga  sebelah arwah isteri pertama  Ustaz. Panggilan  yang lebih selesa menurut mereka, kerana  janggal hendak memanggil 'Mak Su' (sebelah suami)  atau Mak Ngah (sebelah keluarga  arwah) , Maklumlah orang baru. Abi Mishary beraya bersama mertuanya di Dungun Terengganu manakala Abi Fateh di Tanjung Malim. Hanya ...

Sambut Aidil Fitri Dengan Jiwa Rabbani

Image
Kesan  tarbiyah Ramadhan sewajarnya melahirkan insan Rabbani.. Amat tersentuh jiwa apabila di hujung Ramadhan Allah menegur  melalui artikel  seorang  pakar Hadis dari seberang ...Subhanallah, Alhamdulillah..Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah kerana  menyelamatkan kami dari terjebak dalam budaya merestui 'riba' yang menguasai ekonomi dunia kini.... Beikut  adalah khutbah  yang wajar  dibaca dari qalbu yang terdalam, menjelaskan punca  kenapa  amat payah umat Islam kembalikan zaman kegemilangan kerana  masih terjerat  dalam budaya 'riba' tersembunyi di sebalik  sistem keewangan Islam yang didakwa oleh kebanyakan perbankan Islam  kini. Wallahu 'alam الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد الله أكبر جل ثناؤه، الله أكبر عظم شأنه، الله أكبر علا ذكره، الله أكبر الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله، وكفى بالله شهيدا. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا ...

Pentingnya Doa Memohon Keampunan

Image
Semoga  kita semua  beroleh  keberkatan  Lailatul Qadr 1. Perbetulkan niat  untuk  cari redha Allah 2. Perbaiki  cara  berdoa  untuk  ikut  sunnah Rasulullah SAW Contohnya  Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam  ketika berbuka membaca, ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan  Insya Allah”   (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan) Nabi Muhammad  shallallahu ‘alaihi wa sallam – sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau  radhiyallahu ‘anha  berkata,  “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”  Beliau menjawab,  “Katakanlah: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى "Ya Allah sesungguhnya E...

Destinasi Kehidupan Kita ( 2 )

Image
Isnin, 13 Jun  Dalam group wassap ibu terbaca rintihan seorang kakak sulung yang sedang mengalami ' pra trauma' sejak   adik lelaki kesayangannya  dikenalipasti  sakit kepala kerana ada   'tumor otak'. Menurutnya,  doktor memaklumkan bahawa risiko pembedahan amat tinggi kerana 25% bahagian otak telah diserang..Mungkin adiknya  akan meninggal dunia atau koma selepas  pembedahan kerana  tumor  itu sangat aktif.  Semua adik beradiknya semakin sedih menerima berita ini. Ibunya  meninggal dunia  setelah  melahirkannya  di usia masih muda kerana mengalami  penyakit yang sama  iaitu  'tumor otak'.  "Beginikah sakit mak dulu?" tanya si adik  yang sedang sakit kepada  kakak-kakaknya... "kasihan emak"..Remaja lelaki berusia 16 tahun kini dapat  merasai sendiri bagaimana  ibunya  berjuang berhadapan dengan 'tumor otak' ketika melahirkannya dalam keadaan menaha...

Destinasi Kehidupan Kita

Image
"Ya Allah, sepanjang Ramadhan al Mubarak ini  permudahkanlah kami sentiasa  memohon kepada-MU  agar   selamanya  mendapat hidayah dan taufiq-MU  membersihkan dan menyucikan setiap sudut qalbu dan jiwa kami dari segala penyakit-penyakit qalbu yang merosakkan amal-amal kami. Ampunilah kami, kasihanilah kami dan bebaskanlah kami dari azab api neraka" 1 Ramadhan, selepas sahur dan menanti Subuh, kami mendapat berita dua kematian di tempat  yang berbeza. Satu  dari group wassap memaklumkan seorang bekas guru cemerlang  Geografi   yang bersara awal kerana sakit yang pelbagai telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi. Almarhumah  di peringkat  awal tarbiyah bermula di Perlis pada tahun 1980an merupakan salah seorang yang paling aktif menyebarkan fikrah kepada masyarakat dan ibu dimaklumkan  beliau  adalah di antara ibu  yang berjaya membawa  adik-adik dan anak-anaknya memahami  fikr...

Ramadhan Kareem dan keindahannya

Image
  Allahu Akram....inilah jawapan terbaik apabila  disapa dengan ucapan Ramadhan Kareem.. Persiapan menanti  dan menyambut tetamu agung Ramadhan terasa amat meriah sekali berbanding sebelum ini, lebih-lebih lagi semakin ramai  ahli masyarakat memahami konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakammil, bulan Ramadhan amat dinantikan sebagai bulan 'melembutkan qalbu' yang biasanya sudah dirasakan agak 'keras'  dan gersang  setelah melalui 11 bulan yang penuh dengan cabaran, fitnah, nafsu yang mencintai dunia dan  bisikan-bisikan   syaitan.  Alhamdulillah bagi kami, Ramadhan  tahun ini tidak terganggu dengan persiapan hari Raya kerana segalanya sudah siap menjelang  majlis  walimatul urus menjemput  menantu  pada 1 Jun yang lalu. Insya Allah mudah-mudahan pengisian  dan kesan-kesan  Ramadhan kali ini lebih baik dan berkesan  berbanding  tahun yang lalu. Aamiin... You tube di atas  te...