Posts

Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita

Image
Melihat tajuk di buku sahaja sudah terasa indahnya  isi kandungan buku yang baru  kami terima melalui  Pos Laju. Mendapat diskaun 50% dari harga asal  yang harganya kadang menjangkau hingga RM100 (berkulit tebal). Pesan kepada kakak minta tolong  beli dua naskah, satu untuk rujukan guru-guru di Tadika dan Taska, satu lagi simpan untuk anak yang akan balik dari Tanah Suci. Sebelum itu, rupa-rupanya  ada kenalan telah tolong belikan dua naskah dan dipos laju. Satu untuk anak menantu serumah dan satu lagi untuk kegunaan buat persiapan untuk ceramah di salah sebuah SMK di Kedah  yang minta  ibu berikan input kepada ibu bapa. Tajuk ini sungguh  menyentuh perasaan. 'Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita'  menggunakan kaedah Rasulullah SAW dipermudahkan  oleh  Dr  Muhammad Muhammad Badri, penulis  buku dengan 10 teknik 'HUMAN TOUCH.' Membaca buku setebal 896 halaman terasa bagaikan  menghadapi peperiksaan. Inilah hakikat hidu...

Kaunseling Rabbani Akan Muncul Januari 2017~ Insya Allah

Image
Alhamdulillah, peluang  bermusafir bersama anak menantu dari Perlis  ke KL kemudian  bersilaturahim  dengan anak kandung yang akan membawa  jemaah menunaikan umrah. Allah permudahkan pertemuan di sebuah homestay  di mana  tuannya amat  humble (bekas  pegawai Imigresen ) yang baru bersara . Homestay yang berhampiran dengan KLIA, memudahkan ibu memasak seperti selalu. Dalam perjalanan menuju home stay seorang  wanita menelefon mohon dikaunseling  agar  dapat keluar dari perangkap yang  menyukarkan kehidupannya. Sedang membaca 'waze' mrmudahkan destinasi kami, amat sukar membantunya ketika itu. Sempat dia meluahkan tekanan yang dialaminya. Sudah ramai saya ustaz dan kaunselor  saya jumpa, namun gangguan itu masih lagi ada.... Dalam keadaan tidak selesa, ibu cuma dapat berpesan, nanti  selepas jam 5 hubungi saya lagi, tetapi sebelum itu  puan usahalah memohon ampun kepada Allah. Berdoa mohon kepada Allah tunjuk...

Cucu-Cucu Hero mulai minat membaca. Alhamdulillah

Image
Alhamdulillahi Robbil Alamin. Terkesima seketika  mendengar  anak sulung  bercerita anak 'Hero'nya  yang keempat yang  baru berusia  9 tahun  mulai  minat membaca. Tiap-tiap malam  sebelum tidur  baca satu bab novel IDM, hampir separuh novel sudah dibacanya. Maklumlah  ada gambar  pemain bola sepak sedang  solat  berjemaah di padang. Anak ketiga  pulang  ke Tunjung, kami dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang selepas mengambil  novel yang telah ditempah dari pencetak. Alahai kasihannya, tidak menang tangan mereka  hendak 'binding'. Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. Permintaan yang menempah  semakin bertambah, semoga mereka sabar menanti giliran mendapatnya. Semua nak kejar dalam cuti sekolah agar anak-anak dapat  fokus menghayati  cerita  yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan sebagai seorang  hamba  dan pengabdi yang taat kepada Allah SWT....

Sentuhan Qalbu IDM (2)

Image
Alhamdulillah, selepas  solat  Jumaat mendapat respon dari ibu yang sudah membaca IDM "Alhamdulillah...teruja sangat baca novel tu... terasa macam mula-mula mendapat fikrah dulu" Ukhti Rogayah, salah guru cemerlang  merespons positif hasil bacaannya.  Ya Allah, terima kasih...ilham dari-MU menyentuh jiwa pembaca agar merasai nikmat dengan Islam dan Iman. Semua nikmat itu adalah kurniaan-MU dan anugerah-MU ke dalam qalbu insan yang Engkau kasihi.  Apabila ditanya emak atau anak yang membaca. Jawabnya "Mak yang baca dulu" Subhanallah, rasa bahagia sangat  mengikuti perkembangan ibu-ibu yang amat peka memilih  bahan bacaan  untuk anak masing-masing semata-mata  untuk menyelamatkan akidahnya  agar tidak rosak. Terusik rasa mengenangkan  saat awal  mendapat  fikrah, sungguh membahagiakan, semoga bahagia itu Allah kekalkan dalam jiwa kita semua. Insya Allah. Petang, menziarahi besan, mendapat khabar telah hadiah...

Sentuhan Qalbu IDM ~ Perspektif Pembaca Puteri

Image
Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang hari Isnin lalu dapat  berjumpa seorang  anak gadis  10 tahun, dengan wajah ceria menegur selepas  solat Zohor. Manis wajahnya. Ibunya maklumkan tentang persekolahan anaknya terpaksa dipindahkan dari sekolah yang diminati semata-mata  tak larat naik tangga kerana  ada masalah  jantung. Subhanallah. Lihat wajah cerianya memang macam tak ada sakit. Doktor pakar ingatkan perlu ada langkah berjaga-jaga. Syukurlah anak gadis  itu mendapat sekolah  Tahfiz  yang lebih baik. Sebelum mereka berlalu  pulang  sempat  ibu hadiahkan satu novel  Istiqomah Daripada Maher. Ibunya  follow up melalui whats app menyatakan  anaknya suka sangat membaca novel. Singgah minum di warungpun bawa novel tersebut. Tidurpun lewat. Mujurlah  cuti sekolah. Teringat semasa  ibu kecil dulu, punyalah malas nak membaca. Apabila  dapat  senaskah novel, boleh  baca sampai hab...

Alhamdulillah, Promosi IDM Semakin Rancak

Image
Benarlah janji Allah dalam surah Muhammad  dengan firman-Nya; Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Semoga semuanya  untuk ummah. Insya Allah, mudah-mudahan sedikit  sebanyak  novel ini memberi  inspirasi akan terbentuk  generasi Rabbani..Aamiin Setakat ini, ada ibu-ibu yang sudah membacanya terinspirasi; "kalau Maher sekecil itu boleh, mengapa  tidak  aku yang sudah berusia ini...." Maknanya  novel ini bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi  juga  untuk kaum ibu belajar  bagaimana  ibu bapa dan guru-guru  Maher berusaha semaksimanya mendidik  Maher  ceria  dengan ujian  yang dihadapinya kerana Allah. Berikut  adalah  sedutan dari bab 1 Bab 1 : Kita Dari Syurgakah?  “Cikgu, saya mohon... tolonglah...” rayu Maher seperti nyawanya be...

Silahturrahim & Evaluasi Pasca Aksi Damai 212 | Ust. Bachtiar Nasir

Image