Posts

KADER 2018 DI MATRI PERLIS

Image
Rasa bahagia dan meriah ketika melihat dan dapat bersama beberapa para pemudi Haluan dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul  di Matri pada  14-16 September  2018. Rumah kami terpilih sebagai homestay  percuma  menerima tetamu dari Johor bermalam di rumah sepanjang program berjalan.  Seramai 300 orang dihadkan namun semasa pendaftaran lebih 450 orang yang hadir. Kelainan dan keunikan program Kader tahun 2018 ini adalah apabila diberikan satu slot 2 jam menziarahi Syuyukh. Ramai syuyukh di Perlis dan luar Perlis  diaturkan stesen di rumah-rumah tertentu untuk diziarahi termasuk rumah kami. Setiap stesen dihadkan seramai 10-15  orang  pemuda atau pemudi  yang ziarah. Sepanjang program, rahmat Allah turun bersama hujan. Masya Allah nikmatnya  ukhuwwah dalam keadaan tenang dan santai Seawal 7.40 pagi rumah kami dikunjungi, seorang demi seorang  hingga seramai 30 orang pemudi. Memang di luar jangkaan sama sekali.  H...

Suburkan Syuur Sejak Kecil

Image
"Tok ibu, Maher  takut hari kiamat," tergenang air matanya ketika ibu sedang memandu  hendak  hantar pulang  cucu kesayangan ini bersama abangnya  ke rumah besan. "Alhamdulillah, terima kasih  Ya Allah  lembutnya  jiwa Maher." Jiwa  ibu berbisik sayu.  Ibu pujuknya, kalau berlaku hari kiamat, semua kanak-kanak, akan  terus  dimasukkan   ke dalam syurga. Anak soleh yang penyabar lagi cepat  masuk ke syurga. Dalam syurga  semuanya best! apa yang kita hendak  semua boleh dapat.  Proses  menyuburkan syuur yang dialami oleh Maher  ini agak awal, seawal usianya baharu 4 tahun. Ketika  ibu kecil dahulu sekitar  umur 7-10 tahun, baru  ada rasa  takut  berlaku hari kiamat. Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah memilih cucuku merasai ketakutan ini  sejak kecil, moga perasaan halus ini sentiasa berada di dalam jiwanya  sepanjang  hayat. Maher adalah cucu ...

MENJADI ORANG TUA YANG DIRINDUKAN SYURGA - Ust.Budi Ashari,. Lc,

Image

Nikmat Menjelang Tahun 1440 Hijrah

Image
Asalamualaaikum Warahmatullahi Wbrkth Ingin ibu rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat Allah SWT kerana  telah mengizinkan kami bergabung menikmati meriahnya  hari Keluarga Matri yang diadakan di Telok Senangin, Pantai Remis, Perak pada  8-10 September 2018.  Pemergian kami diiringi oleh anak kembar dan adiknya(3 beradik) dari Bintulu. Ada sahibah ucapkan tahniah "anak-anak ini habuan untuk anti..." Depa tak mahu ikut ibunya pulang ke Bintulu, sebaliknya  ingin terus belajar di Matri hingga ke peringkat khassah (tingkatan 6). Pernah suatu ketika dahulu ibu amat berhajat dapatkan anak kembar, sampai bergurau dengan anak-anak dapat anak kembar. (Kucing beranak anak kembar 3-4). Alhamdulillah, Allah atur dan kurniakan tanpa hamil dan tanpa melahirkannya, didatangkan anak 'instant' berumur 13-14 tahun. Cantiknya  kurniaan Allah. Alhamdulillah. suburkan budaya rehlah Anak bungsu sekeluarga bertolak dari KL. Anak ibu masih di tanah suc...

Mendidik Anak Berotak Brilian - Ust. Budi Ashari (Akademi Siroh Bandung)

Image

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Meriah???

Image
Lumrah kanak-kanak memang  suka mengibar  bendera Malaysia. Memang begitulah kehidupan kanak-kanak, termasuk cucu-cucu ibu, sangat sinonim dengan  kegembiraan dan keselesaan, justeru itu  Tadika, Taska dan Sekolah Rendah sekitar rumah meraikan hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera 'Jalur gemilang' pada hari Khamis sehari sebelum cuti 31 Ogos dengan tema 'Sayangi Malaysiaku'. Adakah cukup sekadar mengibarkan bendera, sebagai  tanda 'Sayangi Malaysiaku'?   Kanak-kanak perlu diasuh dan dididik sayangi Allah dan Rasul terlebih dahulu sebagai teras kehidupan mereka. Sayangi Islam sebagai Deen berpaksi akidah Tauhid. Apabila akidah tauhid mantap baharu kehidupan mereka berubah, membesar menjadi hamba Allah yang bersyukur  dengan banyak nikmat  yang Allah  kurniakan dan bersabar  apabila diuji dengan musibah.  Usaha ini amat perlu untuk menyakini hadis Rasulullah sallallahu alaihiwassalam yang bermaksud; "Ajaibnya orang mukmin i...

HIJRAH; "Aku Akan Kembali Ke Pangkuan Rabb-ku"

Image
Hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam merupakan peristiwa hijrah  yang menyediakan bekalan rohani dan  sumber inspirasi kepada  generasi  kita di akhir zaman merancang kehidupan bermakna di sisi Allah Subhanahu wa taala. Hijrah yang  memberikan kemenangan terbesar untuk  Islam  bertahan  hingga lebih seribu tahun menaungi dunia dan menjadi rahmat kepada sekelian alam. Belajarlah dari sejarah  hijrah, baru umat Islam akan kuat.  Kini umat Islam bagai  buih-buih di lautan kerana  lemahnya roh mereka kerana  terpersona dengan dunia dan takut mati. Alangkah  bagusnya  jika semua umat islam sentiasa sedar bahawa  kita semua akan kembali kepada-Nya  akhirnya... Inilah hijrah yang kekal. Firman Allah  dalam surah Al-ankabut ayat  26 sudah  pasti amat menginsafkan;  إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ "Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat ya...