Posts

Doakan Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Image
  ِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ  Hebatnya Allah, pemilik segala sifat kesempurnaan. Allah terpuji pada seluruh sifat dan seluruh perbuatan-Nya. Allah dipuji dalam segenap keadaan. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan kepada kita yang sewajarnya kita sebarkan nikmat terbesar ini kepada mereka yang belum merasainya sekurang-kurangnya melalui doa kita. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, tabiut tabieen, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya untuk Allah Rabbul Jallil. Hari ini bertarikh 21 Rejab 1443 Hijrah ( 40 hari lagi Ramadhan)  bersamaan  dengan tarikh y ang agak cantik 22.02.2022. Sudah pasti tarikh ini menjadi rebutan ibu bapa melahirkan anaknya melalui pembedahan dan pasangan kekasih bernikah. Termasuklah salah seorang anak saudara  ibu...

REJAB: اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَارَمَض...

Image

Waliku

Image
Dengan  Nama Allah RABB Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah,  Tuhan pemilik segala yang ada di langit dan bumi termasuk diri kita dan seluruh nikmat yang kita kecapi sekarang. RABB yang berhak menghidupkan dan mematikan kita bila-bila masa sahaja. Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Hari Jumaat yang penuh barokah, kami dikunjungi oleh ahli keluarga ibu di mana suami ibu amat hormatinya sebagai wali . Mana tidaknya wali , abang ibu inilah yang menikahkan ibu pada 20 Mac 2015 yang lalu. Beliau menjadi tuan rumah meraikan kehadiran keluarga baharu dari Perlis.  Walau hanya seketika namun mengundang senyuman terukir di bibir pesakit  yang dikunjungi. Banyak pesanan-pesanan wali ibu lafazkan ibarat 'marah anak sindir me...

Mohon Allah Sucikan Qalbu

Image
Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang menguasai segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam khusus ditujukan murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya untuk Allah SWT.   Rabu 02.02.2022 bersamaan dengan 1 Rejab 1443 Hijrah, 60 hari lagi kita dikunjungi oleh tetamu agung iaitu Ramadhan al Mubarak.Sama-sama kita perbanyakkan doa berikut:  أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان  “Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami hingga bulan Ramadhan.”    Amat wajar menjelang Ramadhan tahun ini, kita berusaha semaksima mungkin untuk mensucikan qalbu dari sebarang penyakit jiwa yang boleh merosakkan amal. Mujahadah Nafs merupakan jihad sepanjang hayat menundukkan hawa nafsu mengikut segala syariat Allah dan jauhi segala larangan-Nya. ...

Make Me Strong - Sami Yusuf {Lirik dan Terjemahan}

Image
Di antara lagu yg merawat diri tahun 2009-2010, mohon kekuatan dari Allah Yang Maha Kuat, Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Kukuh . Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin.

Rumah Ahli Syurga, Insha Allah

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian milik Allah telah menurunkan hujan di petang Rabu ini setelah sekian lama kemarau berpanjangan... Selawat dan salam khusus untuk baginda Rasulullah sallallau alaihi wassalam. Tajuk rumah ahli syurga ibu pilih kerana Allah izin suami ibu selaku tuan rumah memiliki ciri-ciri tersebut, sentiasa memikirkan tentang ummah dan berpesan kepada semua tetamu untuk buat kerja Islam, ke mana kita pergi bawa Islam... Walaupun pesanan itu ringkas tetapi sungguh mendalam maknanya. Hari ini ibu menerima tetamu yang berhajat ikuti halaqah kaum ibu. Allah izin ibu terlupa hendak maklumkan  halaqah terpaksa ditunda pada hari Jumaat meraikan salah seorang ibu muda dapat turut hadir kerana kedainya hanya tutup pada hari Jumaat. Memandangkan tetamu itu umurnya 66 tahun, ibu raikan juga dengan mengadakan halaqah santai 'one on one'. Ibu tinggalkan seketika hobi ibu sedang merawat pokok. Waktu ini suami sedang istirehat berb...

Nostalgia Kalimah Syahadah

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang Segala Puji-pujian  hanya milik Allah Rabb yang memiliki  dan mengurus seluruh alam denga Maha Teliti Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin , tabiut tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah. 14 Januari 2022, hari Jumaat yang penuh barokah ini (maaf artikel ini lambat dipublish)  ibu terkenang suara  kasih sayang mendendangkan kalimah La ilaha illlalah muhamadur Rasulullah  ke telinga ibu  berulang-ulang kali. Ibu tiru suara  almarhumah bonda Esah mendendangkan kalimah suci itu ke telinga anak-anaknya  sejak kami 13 beradik dilahirkan. Apabila ibu dendangkan kembali kalimah suci ini dari qalbu terdalam mengikut nada dan intonasi kasih sayang almarhumah bonda, rasa bergetar jiwa bahkan  mengal...