Posts

Isra' Mi'raj dan Proses Memperkasa Sahsiah Kanak-Kanak melalui Solat

Image
Cabaran 3F(Food, Fashion & Fun) dan 5S (Screen, Sex, Song, Smoke & Sport) mula menawan hati anak-anak hingga mereka  tidak kenal Islam dan tidak rasa berdosa   meninggalkan solat. Selalu terdengar keluhan ibu bapa 'susahnya' atau  'degilnya'...merujuk masalah mereka  gagal dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Hingga  besar  anak-anak dimarah, diherdik, diugut dan ditakutkan 'tak dapat duit' seolah-olah duit menjadi Ilah (tuhan) pertama dalam kehidupan.. Inilah kesilapan utama menjadi mungkar al-Akbar dalam keluarga. Ibu bapa gagal memperkenalkan Allah sebagai Rabb, satu-satunya Tuhan yang wajib disembah hingga akhir hayat. Cara mereka perkenalkan juga silap menyebabkan anak-anak semakin jauh dari Allah, bahkan dari ibu bapa sendiri hanyut  dalam perangkap 3F dan 5S Jarang sekali terdengar keluhan dan rintihan para guru yang kurang pengalaman mendidik beri alasan; "kasihan anak ini, kurang dapat kasih sayang dari ib...

We Play, Learn And Grow Together

Image
"Guru Tersayang, guru tercinta,  Tanpamu apa akan jadinya  aku Tak bisa  baca  tulis mengerti banyak hal.. guruku terima kasihku… Nakalnya diriku kadang buatmu marah… namun segala maaf kau berikan.. ryvymmk Seronok ikut serta berlatih dan menyanyi bersama  anak-anak Taska meraikan  hari guru yang kami awalkan majlisnya  pada  15 Mei kerana 16 Mei, hari Jumaat.. cuti.  Setelah hampir setengah tahun berkampung dalam pendidikan anak-anak Tadika dan Taska , kini sudah jatuh cinta  dengan budaya  memerhati  perkembangan  kanak-kanak. Paling kelakar Muaz  dan Rayyan  sentiasa  berebut nak bermanja, bila ibu mengunjungi Taska.. Mengenalpasti  ada dua orang  kanak-kanak Taska yang  tidak boleh senyum apa lagi ketawa, ibu rasa bertanggungjawab membuat modul dan  lesson plan untuk meransang emosinya agar ceria.  "Seriusnya   muka  budak ni!"  Para peng...

Rahsia Kekuatan Meruntuhkan Berhala Dalam Diri

Image
Hari Khamis baru-baru ini  Taska  kami dikunjungi  oleh  orang  penting  dari JKM Johor Bahru.. Mudah-mudahan kehadiran mereka  akan membantu kami  meningkatkan kualiti perkhidmatan  mendidik kanak-kanak lebih baik daripada  apa yang kami dapat dari kursus Didikan Awal  Kanak-Kanak Permata. Allah izin  sebelum itu  tergerak hendak  bawa  baby di Taska  dalam  aktiviti 'Nature Walk', latih pengasuh  baby berkomunikasi  dengan  makhluk ciptaan Allah..  "Pokok ini Allah jadikan, ini bunganya  warna putih, daunnya hijau..semuanya  bertasbeh memuji Allah..Aniq pegang daunnya.." Baby  Aniq tersenyum puas seronok berkomunikasi dengan pokok sambil tangannya dibiarkan  mencapai dan memegang daun.. Berpesan kepada pengasuh agar selalu membawa  bayi keluar melihat alam, lihat matahari. langit, rasa kenyamanan tiupan angin, rasa dan pegang pokok, daun, rumput dan ke...

Satu Doa Sejuta Bahagia

Image
Sabda Rasulullah SAW ketika keluarga  Yassir disiksa; "Bersabarlah wahai keluarga Yassir, sesungguhnya  syurga menantimu.."  Ammar bin Yassir ra, anak syahidah pertama dalam Islam, iaitu Sumaiyah ra. Ammar  sering mendengar dalam  munajat  di akhir solat, Rasulullah SAW melantunkan  doa berikut: اللهم بِعِلْمِكَ اْلغَيْبَ؛ وَقُدْرَتِكَ عَلىَ الْخَلْقِ؛ أَحْيِنيِ مَا عَلِمْتَ اْلحَيَاةَ خَيْرًا ليِ؛ وَ تَوَفَّنيِ إِذَا عَلِمْتَ اْلوَفَاةَ خَيْرًا ليِ؛ اللهم إِنّيِ أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فىِ اْلغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ؛ وَأَسْأَلُكَ كَلِمَـةَ الْحَقِّ فىِ الرِّضَاوَاْلغَضَبِ؛ وَأَسْأَلُكَ اْلقَصْدَ فىِ اْلغِـنىَ وَاْلفَقْرِ؛ وَأَسْأَلُكَ نَعِيْـمًا لاَيَنْـفَدُ؛ وَأَسْأَلُكَ قُـرَّةَ عَيْنٍ لاَتَنْقَطِعُ؛ وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ اْلقَضَاءِ؛ وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ اْلعَيْشِ بَعْدَ اْلمَوْتِ؛ وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ  النَّظَرِ إِلىَ وَجْهِكَ  وَالشَّوْقَ إِلىَ لِقَائِكَ فىِ غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْـنَةٍ مُضِلَّةٍ؛ اللهم زَيِّنـَّا ب...

Dialog Antara Haq dan Batil

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . . وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.   Renungilah firman   Allah SWT  yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar (Haq)  telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"   (QS. Al-Isra': 81). Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i;   " Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang.  Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber:  halaman 119-120~ dari buku   'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar  Hidup Lebih Bernilai...

Kerendahan Hati Da'i Yang Dikasihi Allah

Image
Selesai  membaca dan merenungkan surat amirnya ini, bangkitlah kesedaran fitrah  sang Da'i yang melakukan kesalahan itu. Akhirnya  hujung lidahnya dapat merasakan kembali air susu murni yang pernah diteguknya, lalu ia memegang pena dan mulai menulis: Al Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid  di hari pengkebumian UDMZ "Bismillahirrahmanirrahim" Surat anda sudah saya terima. Tidak ada yang saya temukan padanya selain dari kebenaran. Aku tidak tahu apa yang seharusnya  aku katakan  padamu wahai pemimpin yang ditaati, kerana aku sudah menyedari kekeliruanku sejak beberapa hari yang lalu, akan tetapi rasa malu membuatku enggan untuk datang meminta maaf kepadamu. Memang tiba-tiba saja aku merasa terasing dan bingung menoleh kiri dan kanan, kerana wajah kejahiliyahan di sekelilingku membuatku takut, sedangkan dulunya aku merasa kuat dan mulia kerana kebersamaanmu dengan dakwah yang berkah ini,  jiwaku penuh keberanian memandang remeh kepada semua keangku...

Cinta Amir (pemimpin) kepada Da'i

Image
Tersentuh hati membaca buku Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid yang bertajuk 'Hambatan-Hambatan Dakwah' terbitan Robbani Press. Halaman  316-  menceritakan  betapa kasihnya seorang pemimpin kepada da'i yang amat dikasihinya, merendahkan dirinya menulis surat  agar sahabatnya   kembali   istiqomah di atas jalan dakwah dan tarbiyah.. Beliau mengisahkan sebuah kisah tentang nasihat seorang amir (pemimpin) kepada  anggotanya yang telah banyak beramal. Surat itu disambut dengan kerendahan hati, penuh sedar dan insaf dan diakhiri dengan meminta maaf.. Para ulul albab dan orang-orang yang mempunyai hati yang hidup mendapat 'ibrah dari kisah-kisah yang disampaikan  dan mereka yang bersalah akan menyedari kesalahannya dengan kisah itu sehingga ia dapat dijadikan sebagai teguran. Kisah ini bermula dari suatu kesalahan yang diperbuat oleh seorang da'i, sedangkan sebelumnya ia adalah da'i yang sangat dicintai. Dengan kesalahan tersebut ia meninggalkan Jam...