Posts

Bila Diri DiSayangi..

Image
Latih anak-anak Taska Rasai Diri disayangi dengan kalimah " Allah Loves me"~ Baby pun boleh tersenyum.. Rasa puas rasa diri mereka Allah sayangi..

Tarbiyah Hati Semulia Jiwa Uwais al-Qarni

Image
Sudah lama tidak  dengar  kisah Uwais al-Qarni, tabiin yang hidup di zaman Rasulullah saw tetapi tidak berpeluang bersemuka dengan Rasul yang dicintainya kerana berbakti menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Menyampaikan hajat ibunya  untuk menunaikan Haji, Uwais buat persiapan selama setahun membina kekuatan untuk  mengelek ibunya  menunaikan haji berjalan kaki  dari Yaman ke Mekah. Syukur  Allah izin  ibu  dapat dengar lagi kisah Uwais ketika  menemani kak Ngah dengar kuliah Subuh di Masjid  Jamik hujung minggu lalu. Add caption Menitis  air mata  terdengar kisah Uwais  minta  izin sekejap meninggalkan ibunya semata-mata  ingin bertemu Rasulullah. Ibunya  izinkan tetapi  berpesan agar  'segera pulang'. Sampai  di Madinah, dapat khabar dari Aishah r.a bahawa Rasulullah  sedang berada di medan jihad. Uwais serba salah samada  hendak menunggu atau pulang..Teringat  p...

Hijrah 1436~ Pasrahkan Segalanya Kepada Allah

Image
Ulama' Salaf  tidak  berkenan dengan budaya masyarakat Melayu meraikan  tahun  baru hijrah , tidak digalakkan kita saling mengucapkan tahun baru seperti ucapan  Hari Raya.  Namun jika sesiapa mengucapkan "Selamat tahun baru”  Maka jawablah : “هنأك الله بخير وجعله عام خير وبركة.” “Semoga Allah membahagiakanmu dengan kebaikan, menjadikan tahun"  "y ang penuh kebaikan dan barakah Kebahagiaan seorang insan  amat bergantung  kepada jiwa yang ikhlas dan  pasrah menyerahkan hati  dan  diri sepenuhnya  hanya  kepada Allah SWT menentukan yang terbaik  untuk kita semua  kerana hanya DIA sahaja  yang Maha Tahu apa yang terbaik  untuk .setiap  hamba-NYA.  Deritanya hati manusia apabila masih ada 'reserve' di sudut-sudut hati  yang tersembunyi Redha  menerima segala kekurangan itulah  yang membahagiakan rasa  tidak yakin Allah akan kurniakan ...

Realisasikan Pesanan Lukmanul Hakim

Image
Subhanallah, apa yang Allah  atur memang sangat menghiburkan...Allah izin  ibu berpeluang masuk kelas  6 tahun. Macam-macam ibu nak share  dengan mereka. Salah satu aktiviti ialah  'main peranan'. Masya Allah betapa sukanya mereka  apabila  ibu tanya setiap orang  apabila sudah besar nak jadi apa? Ada yang sebut nak jadi Doktor, nak jadi nurse, nak jadi cikgu, nak jadi ahli bomba dan nak jadi polis.. Ibu beri mereka kebebasan main peranan masing-masing dalam lakonan  tanpa sebarang peralatan. Riuh rendah kelas  menjadi perhatian guru-guru kelas  sebelah mungkin bimbang  ibu tidak pandai mengawal kelas. Ibu rasa seronok sangat  dapat mengenal pasti perkembangan mereka  melalui  aktiviti main peranan ini. Pelbagai sudut boleh dinilai.. Main peranan: Polis  dan Bomba bekerjasama..riuh bunyi siren.. Main peranan:Doktor  dan Nurse menerima  panggilan telefon Di akhir sesi ibu buat r...

Ikon Pengorbanan Sepanjang Zaman

Image
Alhamdulillah, baru balik dari Solat Hari Raya Aidil Adha dari Masjid Ubudiyyah Shah Alam.  Memang mantap sungguh khutbahnya menyentuh tentang ikon pengorbanan sepanjang zaman iaitu Rasulullah S.A.W sebagai pembawa rahmat kepada sekelian alam yang terlalu banyak berkorban melahirkan generasi Al-Qur'an yang Unik. Generasi Unik ini yang bertungkus lumus menghidupkan semangat sedia berkorban hingga tersebar Islam ke seluruh dunia hingga kini. Bersama cucu dan adik bungsu Allah izin, memang tidak diduga tahun ini Allah aturkan  ibu beraya dengan adik bungsu yang baru saja buat pembedahan membuang hempedu kerana terdapat batu karang lebih besar dari buah kana. Pengorbanan yang Allah hadiahkan untuk prihatin mewarisi sahsiah ibu saudara yang meninggal dunia di Mekah. Almarhumah Hjh Zahrah adalah kakak emak, memang sentiasa prihatin dan sering menziarahi emak yang ramai anak. Beliau banyak membantu arwah emak, meringankan beban, berikan moral support. Ibu teringat dia selalu ...

Zulhijjah~ Kembali Kepada ALLAH secara SUKARELA....

Image
Kini telah  masuk tanggal 2 Zulhijjah 1435. Semua  umat Islam amat disarankan agar perbanyakkan bertahlil, bertakbir, berzikir mengingati Allah. Hadis  daripada Ibn Abbas telah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud;  "Tiada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah daripada hari  sepuluh ini (1-10 Zulhijjah), maka perbanyakkanlah  daripadanya tahlil dan takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, takbir dan zikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya  digandakan 700 kali ganda"   ( HR Al Baihaqi) Post  kali ini ditujukan khusus kepada para sahabat, sahibah dan saudara mara, rakan taulan serta kenalan yang sudah berada di tanah suci menunaikan Haji.  Mabruq buat kalian semua  kerana Allah izin kalian dapat  hadiah istimewa menjadi tetamu Allah pada  musim 'HAJI AKBAR!" (Wukuf di Arafah jatuh pada  hari Jumaat).  U...

MENDIDIK DENGAN HATI ( 3 )

Image
Firman Allah SWT  yang  bermaksud; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” ( QS 13:11 ) Perlu  kita  susuli ayat suci  ini  dengan cetusan mendalam  di hati  untuk melahirkan  gagasan, perancangan atau buah fikiran. Tanamlah gagasan, petiklah tindakan. Tanamlah tindakan, petiklah kebiasaan. Tanamlah kebiasaan, petiklah watak.  Tanamlah watak, petiklah nasib.   Tan amlah tindakan hingga menjadi suatu kebiasaan. Kebiasaan yang dilakukan berkali-kali akan menjelma menjadi watak, dan dengan watak inilah yang  akhirnya kita semua  beroleh  nasib yang Allah redha. Jika mengharapkan keredhaan Allah,  kita sendirilah yang  pilih dan menentukan tarbiyyahnya. Perlu ilmu yang berterusan dari sumber yang jelas iaitu al-Qur'an dan Sunnah.. 'Tarbiyyah  fi ai dikum, fi aidikum faqqad' (Pendidikan  di tangan k...