رَبُّنَا اللَّهُ (Tuhan kami ialah Allah)
Dua minggu terakhir ini agak penuh waktu dengan sesi kaunseling untuk puteri-puteri ITIP, Matri dan staf yang memerlukan bimbingan menangani ketidak stabilan emosi. Rasa macam tak menang tangan dan amat perlu diwariskan kemahiran terapi ini kerana kes remaja di luar sana lebih tenat lagi yang memerlukan bantuan. Allah izin lebih 10 kes seminggu didapati punca utamanya adalah pendaman yang bertahun-tahun yang tidak dirawat hingga menjadi sampah emosi yang berkeladak dalam jiwa. Agaknya kalau di 'ruqyah' akan muntah darah hitam dan daging busuk barangkali...Wallahu 'alam. Moga Allah aturkan agenda-Nya, ibu dapat belajar kemahiran merukyah...Insya Allah Minggu lepas, ada seorang anak gadis dihantar kerana mengalami 'depressi' yang tidak terkawal membimbangkan rakan sebiliknya. Keadaannya asyik merapu, fizikalnya lembik macam kain buruk menyebut "hendak mati...hendak mati, hendak mati". Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya dia takut ibu ...