Posts

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Meriah???

Image
Lumrah kanak-kanak memang  suka mengibar  bendera Malaysia. Memang begitulah kehidupan kanak-kanak, termasuk cucu-cucu ibu, sangat sinonim dengan  kegembiraan dan keselesaan, justeru itu  Tadika, Taska dan Sekolah Rendah sekitar rumah meraikan hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera 'Jalur gemilang' pada hari Khamis sehari sebelum cuti 31 Ogos dengan tema 'Sayangi Malaysiaku'. Adakah cukup sekadar mengibarkan bendera, sebagai  tanda 'Sayangi Malaysiaku'?   Kanak-kanak perlu diasuh dan dididik sayangi Allah dan Rasul terlebih dahulu sebagai teras kehidupan mereka. Sayangi Islam sebagai Deen berpaksi akidah Tauhid. Apabila akidah tauhid mantap baharu kehidupan mereka berubah, membesar menjadi hamba Allah yang bersyukur  dengan banyak nikmat  yang Allah  kurniakan dan bersabar  apabila diuji dengan musibah.  Usaha ini amat perlu untuk menyakini hadis Rasulullah sallallahu alaihiwassalam yang bermaksud; "Ajaibnya orang mukmin i...

HIJRAH; "Aku Akan Kembali Ke Pangkuan Rabb-ku"

Image
Hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam merupakan peristiwa hijrah  yang menyediakan bekalan rohani dan  sumber inspirasi kepada  generasi  kita di akhir zaman merancang kehidupan bermakna di sisi Allah Subhanahu wa taala. Hijrah yang  memberikan kemenangan terbesar untuk  Islam  bertahan  hingga lebih seribu tahun menaungi dunia dan menjadi rahmat kepada sekelian alam. Belajarlah dari sejarah  hijrah, baru umat Islam akan kuat.  Kini umat Islam bagai  buih-buih di lautan kerana  lemahnya roh mereka kerana  terpersona dengan dunia dan takut mati. Alangkah  bagusnya  jika semua umat islam sentiasa sedar bahawa  kita semua akan kembali kepada-Nya  akhirnya... Inilah hijrah yang kekal. Firman Allah  dalam surah Al-ankabut ayat  26 sudah  pasti amat menginsafkan;  إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ "Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat ya...

Masya Allah...Tingginya Nilai Sabar

Image
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud "Siapa  yang berlatih untuk  bersabar, nescaya Allah akan menjadikannya   sabar" (HR Bukhari  Muslim) Mengasuh cucu-cucu di waktu siang sungguh nikmat di usia kini kerana  dapat belajar  bersabar. Ini merupakan peluang  keemasan untuk  ibu berlatih bersabar tanpa mengabaikan tugas Utama dalam medan dakwah dan tarbiyah. "Tok ibu janganlah pergi program, tok ibu jangan pergi ceramah..." rengek  Maher, agar ibu ikut kehendaknya.  "Maher, program ini bukan tok ibu yang nak, tapi Allah yang suruh. Kita sabar  patuh ikut perintah Allah nanti Allah  bagi hadiah syurga." Pujuk ibu sambil memeluknya. Cucu ini perlu difahamkan, apabila  sebut  perintah Allah, fitrahnya  memang tidak akan membantah. "Ooh Allah yang suruh kan tok ibu?"  Demi cinta kerana Allah, cucu-cucu juga dapat  merasai nikmatnya tarbiyah mengenal Allah yang Maha Baik sudah sediakan syurga un...

Mengapa Kita Harus Kembali Kepada Islam Secara Kaffah, Menyeluruh?? Ust ...

Image

Kerjaya Utama Kita

Image
Sebelum Kerajaan Melayu Melaka  dijajah pada tahun 1511, dijajah dan selepas Merdeka pada thun 1957, masyarakat kita, khususnya anak-anak muda masih keliru dan tidak nampak apakah Islam yang sebenar. Bagaimana  Islam membawa  rahmat kepada sekelian alam?  Tidak ramai  azatizah yang berjuang memberi kefahaman dan kesedaran kepada  masyarakat tentang hakikat Islam sebagai satu sistem bermula  dari  benih akidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlak terpuji. Alangkah  beruntungnya  jika semua asatizah, khususnya di sekolah-sekolah harian biasa memiliki jiwa  seperti Ebit Liew, ramai remaja dapat diselamatkan akidahnya. Ramai orang Islam tidak  bahagia kerana  tidak membesarkan Allah. Bahagia  yang sebenar apabila  kita membesarkan Allah. Tujuan hidup  kita  supaya  dapat redha Allah. Ajak  diri, anak isteri/suami kenal Allah.  Masuk tahun ke 4 ibu berhijrah barulah dapat rasa dan sed...

Wariskan Kegembiraan Buat Anak Cucu

Image
Cadangan  untuk mengikuti kursus kaunseling  di Nilai Seremban dan adakan bengkel untuk pendidik Taska dan Tadika  Subur Fitrah  di Tangkak terpaksa ditangguhkan demi meraikan anak menantu ibu akan berlepas menunaikan  Haji pada 2 Ogos, tidak lama lagi. Cadangan untuk mendapatkan pengasuh dari Indonesia tergendala di Jakarta  lantaran umur bibik itu sudah 48 tahun dianggap sudah tua oleh pihak imigresen. Bibik yang diharapkan tidak dapat datang, maka sebulat suara kami kembali ke plan A.  Menunggu ketibaan cucu-cucu dari Johor, meransang  ibu buat persiapan melontarkan idea  bahan-bahan tarbiyah pelbagai rupa dan kongsikan dengan pelaksananya  yang berada di Taska Ummu  Salamah. Tema bulan Ogos  adalah Al Hafiizh.Alhamdulillah dalam bengkel, tidak sangka sungguh, para  pengasuh sangat  suka ibu ajak  mereka bermain permainan tradisi Musang  dengan  Ibu Ayam, demi memahamkan  konsep Allah...

Bagaimana Hendak Redha? (2)

Image
Jika hendak redha maka  berlapang dadalah. Bagaimana cara hendak  berlapang dada?  Proses jiwa  kita agar  tidak sekali-kali berani  berprasangka buruk kepada Allah SWT. Pada hari Khamis 19 Julai, ibu terpaksa menunda waktu halaqah kerana  diamanahkan beri ceramah untuk kaum ibu di sebuah perkampungan.  Jika tidak silap ini merupakan kali ketiga ibu menjadi 'bidan terjun' di tempat yang sama menggantikan salah seorang ustazah Matri yang menerima banyak jemputan di masjid-masjid sejak mendapat tauliah dari Majlis Agama Perlis. Perkampungan  di pedalaman itu menjadi satu kenangan manis  buat ibu. Kali ketiga mengunjungi mereka, Allah izin dapat faham keperluan mereka. Hendak masuk kampung itu perlu  melalui kawasan bendang, ghayat rasanya  jika bertembung dua kereta di  jalan yang sekecil itu, mujurlah ada yang hantar dan menemani ketika pulang. Selesai sahaja memberi pengisian  tentang  'Hakikat Sabar' pu...