Posts

INTIMA' MASIRI

Image
Alhamdullillah thumma  Alhamdulillah...Hasrat berkongsi ilmu dengan anak menantu  ibu Allah makbulkan  sebaik sahaja  ibu pulang  ke home stay  setelah mendengar  ceramah dari salah seorang Syeikh  yang berpengalaman  dalam dakwah  dan tarbiyah. Program kali ini Allah izin dijalankan di Masjid Putera, persint 1 , Putra Jaya. Kami menyewa sebuah homestay Teratak Suraya di Persint 17, yang selesa  dan tuan rumahnya  kelihatan sangat baik hati  sebaik namanya  Haniff. Moga Allah nampakkan kepadanya  indahnya  Dakwah Islam melalui akhlak terpujinya melayan tetamu di luar jangkaan. Misi kami ke Putra Jaya adalah  pakej  6 dalam satu, Pertama menemani suami sebagai salah seorang  penceramah, Kedua ibu juga sebagai salah seorang peserta mewakili Haluanita Perlis, Ketiga bermusafir bersama  dua akhowat kesayangan, Keempat refresh family day bersama family anak ibu setelah mereka pula...

Proses Pembersihan & Zaman Kebangkitan Islam

Image
Halaqah hari ini sungguh membahagiakan ibu, semua ahli dapat hadir. Alhamdulillah, hadir bersama hati yang  redha diiringi pelbagai juadah . Sebelum ini, pasti ada seorang atau dua  yang tak hadir seperti bergilir ambil cuti halaqah. Keriangan bersantai selepas halaqah di bilik Kaunseling Petangnya kami dikunjungi oleh keluarga  cucunda Sulaiman al Faruqi Bin Mukhlis. Ibunya bernama Ainin Sofea Bte Nordin yang baru pulang dari Jordan. Mereka minta UOHS tahnikkan puteranya. Allah gerakkan hati tiba-tiba sahaja teringin bawa cucu  di rumah  yang bernama Amani duduk sekali. Tak sangka  ayah Sulaiman Faruqi ambil gambar kami bertiga. Alhamdulillah  ada kenangan dapat kami simpan untuk tatapan mereka apabila dewasa  nanti.  jadikan kalimah la illa ha illallah sebagai kalimah yang dicintai Alhamdulillah selepas seminggu berduka muncul pula rasa suka. Hidup ini bagai roda sentiasa  berputarke atas dan ke bawah. yang beri kita...

Persiapan Transit Di Alam Barzakh

Image
Alhamdulillah, kesan  penyampaian  tafsir  salah seorang ustazah, pakar tafsir Matri dalam  halaqah Khamis minggu lepas, sangat terkesan di dalam jiwa. Surah Al-Isra' ayat  terakhir, jika diulang-ulang akan menghilangkan segala resah  di jiwa. Dibantu pula dengan  doa اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad. Artinya, “Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.” Jazakumullahu khyran kathira  ustazah Narshima Bte  Abd Rahman. Moga Allah permudahkan...

KADER 2018 DI MATRI PERLIS

Image
Rasa bahagia dan meriah ketika melihat dan dapat bersama beberapa para pemudi Haluan dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul  di Matri pada  14-16 September  2018. Rumah kami terpilih sebagai homestay  percuma  menerima tetamu dari Johor bermalam di rumah sepanjang program berjalan.  Seramai 300 orang dihadkan namun semasa pendaftaran lebih 450 orang yang hadir. Kelainan dan keunikan program Kader tahun 2018 ini adalah apabila diberikan satu slot 2 jam menziarahi Syuyukh. Ramai syuyukh di Perlis dan luar Perlis  diaturkan stesen di rumah-rumah tertentu untuk diziarahi termasuk rumah kami. Setiap stesen dihadkan seramai 10-15  orang  pemuda atau pemudi  yang ziarah. Sepanjang program, rahmat Allah turun bersama hujan. Masya Allah nikmatnya  ukhuwwah dalam keadaan tenang dan santai Seawal 7.40 pagi rumah kami dikunjungi, seorang demi seorang  hingga seramai 30 orang pemudi. Memang di luar jangkaan sama sekali.  H...

Suburkan Syuur Sejak Kecil

Image
"Tok ibu, Maher  takut hari kiamat," tergenang air matanya ketika ibu sedang memandu  hendak  hantar pulang  cucu kesayangan ini bersama abangnya  ke rumah besan. "Alhamdulillah, terima kasih  Ya Allah  lembutnya  jiwa Maher." Jiwa  ibu berbisik sayu.  Ibu pujuknya, kalau berlaku hari kiamat, semua kanak-kanak, akan  terus  dimasukkan   ke dalam syurga. Anak soleh yang penyabar lagi cepat  masuk ke syurga. Dalam syurga  semuanya best! apa yang kita hendak  semua boleh dapat.  Proses  menyuburkan syuur yang dialami oleh Maher  ini agak awal, seawal usianya baharu 4 tahun. Ketika  ibu kecil dahulu sekitar  umur 7-10 tahun, baru  ada rasa  takut  berlaku hari kiamat. Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah memilih cucuku merasai ketakutan ini  sejak kecil, moga perasaan halus ini sentiasa berada di dalam jiwanya  sepanjang  hayat. Maher adalah cucu ...

MENJADI ORANG TUA YANG DIRINDUKAN SYURGA - Ust.Budi Ashari,. Lc,

Image

Nikmat Menjelang Tahun 1440 Hijrah

Image
Asalamualaaikum Warahmatullahi Wbrkth Ingin ibu rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat Allah SWT kerana  telah mengizinkan kami bergabung menikmati meriahnya  hari Keluarga Matri yang diadakan di Telok Senangin, Pantai Remis, Perak pada  8-10 September 2018.  Pemergian kami diiringi oleh anak kembar dan adiknya(3 beradik) dari Bintulu. Ada sahibah ucapkan tahniah "anak-anak ini habuan untuk anti..." Depa tak mahu ikut ibunya pulang ke Bintulu, sebaliknya  ingin terus belajar di Matri hingga ke peringkat khassah (tingkatan 6). Pernah suatu ketika dahulu ibu amat berhajat dapatkan anak kembar, sampai bergurau dengan anak-anak dapat anak kembar. (Kucing beranak anak kembar 3-4). Alhamdulillah, Allah atur dan kurniakan tanpa hamil dan tanpa melahirkannya, didatangkan anak 'instant' berumur 13-14 tahun. Cantiknya  kurniaan Allah. Alhamdulillah. suburkan budaya rehlah Anak bungsu sekeluarga bertolak dari KL. Anak ibu masih di tanah suc...