Posts
Selepas 2018, Allah Aturkan Agenda Yang Terbaik, Ins Sha Allah
- Get link
- X
- Other Apps
Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2018 meninggalkan kita. Benar kata Imam Ghazali dalam teka tekinya "apakah yang terlalu jauh dari kita?" Jawapannya adalah 'masa lalu' Kita tidak boleh kembali ke masa lalu walaupun naik jet paling laju sekalipun. Yang ada hanyalah kenangan iaitu kenangan pahit dan manis berada di dalam 'mehnah dakwah dan tarbiyah'. Ibu amat yakin dengan janji Allah bahawa hanya Taqwa dan kesolehan ibu bapa yang menjamin keselamatan akidah anak cucu cicit hingga hari kiamat kelak. justeru itu amat perlu kita istiqomah berdakwah dan mentarbiyah diri dalam jamaah hingga akhir hayat...Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kini ibu berada di lubuk D&T dan masih mengaji input yang menurut Murabbai, UAHO "input ini tiada di universiti mana sekalipun." Agenda paling menarik Allah aturkan buat ibu, menjelang tahun ...
Sudah Tidak Sehaluan? Apa Solusinya?
- Get link
- X
- Other Apps
بسم الله الرحمن الرحيم إنما أشكوا بثي وحزني إلى الله "Sesungguhnya hanya kepada Allah aku adukan kesusahanku dan kesedihanku" (Surah Yusuf: ayat 86) Segala puji-pujian hanya milik Allah yang masih memberi kita peluang untuk meneruskan ibadah hanya kepada-Nya mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang Syamil, Kamil dan Mutakkamil. Tunduklah wahai jiwa untuk istiqomah menyakini sesungguhnya Allah Al Barr ( Maha Baik) , Al-Qowi (Maha Kuat), Al Hakiim (Maha Bijaksana), Al-Ghaniyy , Al Mughniyy....... Berfikir dan berzikirlah dengan menyebut Asma Allah yang Maha Mulia. Rabb yang memiliki dan mengatur segala kesempurnaan kehidupan di langit dan di bumi untuk menguji keimanan para hamba-Nya. Mendengar input Syeikh Yusuf Al Qardhawi malam tadi ...
Taddabur Alam~ Berbaktilah kepada Tanah
- Get link
- X
- Other Apps
9.12.18 ~ Dalam perjalanan pulang dari Selatan, Allah izin sempat kami singgah melawat seorang teman di Sungai Petani,Kedah, setelah sekian lama rancangan menziarahinya asyik tertangguh. Dalam tempoh lebih 6 bulan beliau kehilangan berat badan 20 Kg. Dari 58Kg menjadi 38Kg gara-gara kononnya di 'sihir'. Wallahu alam. Menurutnya keadaan ini berlaku setelah beberapa tahun suaminya berkahwin lagi. Kesihatanya bertambah kritikal apabila sebelah mata kanannya kabur kerana diselaput; katarak. Memang kasihan lihat wajahnya tidak ceria,kurus kering menanggung derita yang masih belum berakhir. Terapi SEFT (Spiritual Emotional Freedom Technique) ibu ulang dua kali di samping sedikit pengisian rohani dengan izin Allah menyuburkan harapan dan rasa redha 'ikhlas dan pasrah' bahawa di syurga nanti tidak ada lagi kesakitan, semuanya sihat. Nak dapat syurga Allah amat perlukan red...
Nikmat Musafir Umur Emas
- Get link
- X
- Other Apps
Berita yang sungguh menakjubkan ibu, seorang jemaah umrah dari Malaysia meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju Raudhah Masjid Nabawi, Masya Allah bahagianya Almarhumah...Berita lanjut sila rujuk artikel di sini Meninggal Di Raudhah . Tergenang air mata memikirkan betapa Maha Pemurah dan Penyayangnya Allah menyampaikan hajat para hamba-Nya. Terdetik di qalbu ini, Insya Allah, suatu masa nanti akan sampai giliranku. "Ya Allah, sampaikan hajatku, wafatkan aku di bumi nabi-MU" Ini merupakan impian ibu sejak mengetahui sejarah tentang Perkuburan Baqi' di mana berhimpunnya jasad para syuhada yang berjuang di jalan Allah. Semoga jasadku juga terpilih dikuburkan di sana. Insya Allah, Aamiin Ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, musafir dan percutian kami bermula sebaik sahaja berakhirnya notis suami melepaskan jawatan Mudir Matri. 30 November ibu diundang memulakan TOT Kaunseling ...
Sungguh Besar Pengorbanan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam Buat Kita Semua!
- Get link
- X
- Other Apps
Allahu ma solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad Ya Allah suburkan kerinduanku kepada-MU dan Rasul-MU Dalam halaqah sesi tengah hari Rabu lepas, salah seorang ibu muda berkongsi pandangannya untuk sama-sama kita fikirkan "sebesar manakah manfaat kita untuk mereka, jika kita tidak ada bagaimana?" Ibu muda ini maksudkan peranannya di dalam keluarga. Terdetik di qalbu ibu, "Astaghfirullah al 'azim,...hati-hati jangan sampai timbul riya' dan 'ujub, seolah-olah jika tanpa kita mereka akan kehilangan. Syukurlah kita semua memahami betapa pentingnya berjiwa 'Abd (HAMBA) yang sentiasa online dengan Allah kerana DIA sahaja yang menyuburkan ketaatan dan kesetiaan kita hanya kepada-NYA "Tanpa pertolongan dan rahmat Allah melalui tarbiyah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, betapa hinanya kehidupan kita. Bermanfaatnya kita sekarang kerana adanya pengorbanan Rasulullah yang merindui kita sem...
Itu Qorin dia?
- Get link
- X
- Other Apps
Qorinmu sudah datang kah? Inilah kata-kata kelakar yang selalu menyapa apabila ibu 'bad mood' Alhamdulillah sapaan itu yang mengingatkan ibu agar segera perbaiki keikhlasan dan segera merawat diri dengan mendalami tafsir Al-Qur'an..agar sentiasa faham apa yang dibaca barulah rasa nikmatnya kemanisan Al-Qur'an. Murabbi@ suami ibu menegur itu ada dalilnya merujuk seerah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berhadapan rasa cemburu isterinya Aishah radhiallahu anhuma. "Syaitanmu (Qorin) sudah datangkah?" lalu Aishah menjawab "aku ada qorinkah? Kamu juga ada Qorin? Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menjawab Ya, aku juga ada qorin, tetapi qorinku Allah pelihara". Jelas di sini bahawa syaitan sentiasa 'follow' kita . Lebih kuat iman maka lebih tinggi pangkat syaitan yang 'follow' menggoda kita. Namun ingatlah power syaitan itu tidak kuat. Kita baca Taawuz dan istighfar selalu, akan menjauhlah ia. Ingat kisah saidina...