Posts

Membangun Karakter Anak Muda

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya  milik Allah yang  telah mengizinkan kita menikmati kemanisan iman demi meneruskan kerjaya utama  kita sebagai pendakwah di bumi Allah yang maha luas ini.  Selawat dan salam buat Rasul junjungan Sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada  Allah Rabbul Jalil hingga  hari Kiamat. Semoga Allah himpunkan roh kita sentiasa  bersama kafilah @ rombongan para  anbia, para siddiqqin, para syuhada dan para solehin menuju ke syurga-Nya dengan redha Allah selama-lamanya. Aamiin  ya Rabbal alamin. Tajuk membangun karakter anak muda hari ini sangat memerlukan kita memahami perjalanan seerah cara bagaimana  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  membangunkan jiwa sentiasa  akrab dengan Allah SWT.  Roh  dahulu  yang perlu diberikan makanan, bukan perut!  Kini, gara-gara  mengutamakan per...

Projek Simfoni DBP

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya  milik Allah Rabb yang menguasai sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan SAW yang selayaknya  disanjung di atas keperihatinan, kepayahan dan pengorbanan baginda yang sangat mengharapkan kesemua umatnya akan selamat beriman di dunia dan akhirat, manakala  Islam sentiasa dimenangkan  hingga  hari Kiamat.  Petang Jumaat dua minggu yang lalu berlaku satu kejutan  di mana YB Dr Mazlee  memulangkan kembali jawatan Menteri Pendidikan kepada  Perdana Menteri. Jumaat minggu ini, diumumkan jawatan tersebut  dipangku oleh  Perdana Menteri  sendiri  sementara menunggu  calon yang sesuai. Beginilah cerita  kejahilan politik sekarang, apa sahaja agenda perubahan  yang menjurus kepada Islam dianggap tidak relevan,. Bahkan memperlekehkannya dengan ucapan 'anda  adalah ahli akademik, bukan a...

Cabaran Umat ~ Manfaatkan Sekecil-kecil peluang untuk berbakti

Image
Rabu, 4 Jamadil Awal 1441 Hijrah  bersamaan dengan 1 Januari 2020.  Sebenarnya  umat Islam sudah mendahului  lebih 4 bulan menyambut tahun baharu.  Seharusnya tahun 2020 Masihi @ 1441 Hijrah...Disambut dengan cabaran mengembalikan penguasaan ummat.     Umur Ummat, antara yang tersurat dan tersirat... Zaman Nubuwat 609M - 8 /6/ 632M (-)13H - 13 RA 11H Jumlah: 23 tahun Khalifah ar-Rasyidin 8/6/632M - 29/6/661M 13Rabiul Awal 11H  - 24 Safar 41H Jumlah: 30 tahun Kerajaan Kekhalifahan 29Jun661M - 3/3/1924  24Safar 41H - 26Rejab 1342 Jumlah: 1302 tahun Tiada Kerajaan(Islam dikuasai oleh jahiliyah) 3 Mac 1924 - 1/1/2020 26 Raj1342 - 5JamadilAwal1441 Jumlah:99 tahun  Jumlah  : 1454 tahun. Allahu al-Musta'an Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang  amat mencintai para hamba-Nya di atas nikmat-Nya yang sangat berharga  iaitu masih meminjamkan nyawa kepada  kita semua un...

Vitamin Jiwa: Masuk Syurga Secara Berjemaah

Image
Segala puji-pujian  hanya milik Allah yang telah mengatur kehidupan segala isi langit dan bumi  dengan sempurna sejak zaman Nabi Adam  hingga kini dan seterusnya  hingga  hari Kiamat. DIAlah sebaik-baik pengatur kehidupan para hamba-Nya dan sewajarnya kita suburkan sangkaan baik ('husnu zhon') kepada-NYA dalam setiap detik, masa dan ketika walau di mana kita berada. Husnu zhon ini hanya akan bertakhta  dalam jiwa apabila kita sentiasa tingkatkan kualiti ubudiyyah dengan mengenal-Nya  (Makrifatullah). Selawat dan salam sama-sama kita tujukan kepada Rasulullah SAW  dan para pejuang dakwah dan tarbiyah hingga akhir zaman. Hari Rabu malam Khamis, anak ibu hantar  gambar sedang meraikan ulang tahun ke-7 cucu ibu, Musthofa Mishary. Baharu sambut ulang tahun ke-7, tahun hadapan tak lama lagi, 2020 akan masuk Tahun 2. Nikmat kegembiraan menyambut  cucu pertama  masih terasa hingga  kini. Semoga Musthofa  Mishary dan adik-adik...

Alhamdulillah Kini Tenang Dengan Rutin Baharu

Image
Innalillah wa inna ilaihi rojiiuun, berita mutakhir yang tersebar di media sosial amat menduka citakan kerana berturut-turut 'ustaz' glamour seolah-olah mengikut arus jahiliyah perdana seperti artis yang tidak terdidik. Masalahnya  ustaz-ustaz glamour itu menceraikan isteri pertama yang sedang hamil setelah berkahwin lain. Macam-macam persepsi negatif menular di sana sini, memburukkan lagi imej diri dan nama Islam yang suci. Astaghfirullah lil mukminin na wal mukminat. Inilah akibat  daripada sikap  memperlekehkan dakwah dan tarbiah dan tidak memahami kesyumulan Islam yang sebenarnya.  Awal Disember baru-baru ini, memang tak menyangka ustaz glamour  dari negara seberang menceraikan  isterinya setelah tidak sebumbung lagi sejak tahun 2016. Ibu cuba kenalpasti apakah puncanya isteri itu diceraikan, bukan isteri itu yang minta  cerai. Di media sosial bertubi-tubi pihak 'bekas isteri' menyalahkannya. Dalam dua artikel ibu menegur wartawan supaya menghen...

Tidak Ada Satupun Nikmat-Mu Yang Kami Dustakan Ya Rabb

Image
Alhamdulillah, sungguh, memang berkahnya  kita bekerja untuk Deen Allah secara berjemaah. Nikmat kemanisannya  sungguh terasa sepanjang percutian kami mulai 26 November hingga 5 Disember. Sungguh besar hikmah di sebalik kita serahkan segala urusan kepada Allah. Segalanya ibu rasakan bagai mimpi. Memang pernah ibu impikan ingin membawa suami istirehat di tempat istimewa  jauh di luar Perlis.  Alhamdulillah, lanjutan dari lintasan niat itu, Allah kurniakan tempat yang lebih istimewa dari apa yang ibu bayangkan dalam fikiran.  Inilah nilai kepuasan Allah kurniakan jika kita penuh yakin menyerahkan segala-galanya hanya kepada  Allah Yang  Maha Mengatur  kehidupan kita dengan sebaik-baiknya. Tergenang  air matanya ketika  anak didiknya menjawab "Ustaz tetamu saya..." (maksudnya tidak perlu bayar apa-apa) Jawapan ikhlas ini tidak mungkin akan keluar dari lisan anak didik yang tidak menjalani proses tarbiyah Islamiyah Harakiyah. Murabbi...