Posts

Belajarlah Untuk Meninggalkan Dunia

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Penyayang. Segala puji-pujian  hanya milik Allah, Rabb sekelian alam. Selawat  dan salam ditujukan buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT hingga  hari Kiamat. Minggu ini, Malaysia  dilanda krisis politik yang mengejutkan hingga PM ke-7 merajuk meletakkan jawatan. Namun begitu beliau dipujuk oleh yang Dipertuan Agong menjadi PM interim sementara  menunggu PM ke-8 dilantik. Ura-ura  kedengaran DS Anwar Ibrahim calonnya, tetapi umum mengetahui lebih 60% MP Parti Harapan sekitarnya adalah 'non Muslim'. Tidak sampai 40% Muslim. Keadaan ini sangat membimbangkan... Semoga Allah SWT berikan jalan keluar terbaik untuk menyelamatkan negara daripada jatuh  ke tangan 'musuh-musuh' Islam.  Dalam penyampaian ceramah dan tazkirah suami ibu sering mengulang kata pujangga Arab "Kawan politik...

Tinggalkan Rumah Kamu Sebentar

Image
Selasa, 11 Febuari  2020 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1441 Hijrah, Selepas  Isya'  ibu tinggalkan seketika  rumah menapak ke Dewan KDH Matri untuk menghadiri  Usrah Gabungan sambil  taddabur menikmati ketenangan malam. Sekali sekala  berjalan kaki ada seronoknya sambil beriadhah. Dalam perjalanan pulang, kagum sungguh melihat bulan penuh. Teringat  hadis  Rasulullah SAW di mana   Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah memaparkan  hadits  yang muttafaq ‘alaih. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تَضَامُّوْنَ فِي رُؤْيَتِهِ، فَإِنِ اْستَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِهَا فَافْعَلُوْا Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini (dalam permulaan hadits, diceritakan; waktu itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang melihat bulan mengambang). Kalian tidak ...

Hikmah dunia dilanda Virus Corona Dan 'Virus' LGBT?

Image
Alhamdulillah syukur kita  ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Iman dan Islam yang sentiasa menyelamatkan kita dari segala virus yang merosakkan fitrah suci insan dicipta. Hakikat sebenarnya kita diciptakan hanya  untuk mengabdikan diri hanya sanya kepada  Allah SWT.  Selawat dan salam kita tujukan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga  baginda, para sahabat, para tabiieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT  hingga  hari Kiamat. Semoga kita dan keturunan kita dihimpunkan  bersama roh mereka  selama-lamanya. Insha Allah kita akan tetap istiqomah bersama  roh para  anbia, roh para  syuhada, roh para siddiqqin dan roh para  solehin. Fitrah pertama yang Allah 'install'kan  atau tanam dalam jiwa  kita semua  sejak  dilahirkan adalah fitrah untuk menTAUHIDkan Allah SWT. Semua roh sudah berjanji dan ...

Kefahaman Islam Yang Mendalam

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Allah pilih kita semua  dapat memahami betapa  zalimnya  penjajah telah meletakkan pengajian Quran dan sunnah di level terbawah sekali (3rd class) berbanding dengan pendidikan bahasa  Inggeris kononnya  paling tinggi (1st class) memudahkan mendapatkan kerjaya yang lumayan gajinya walaupun tak  solat. Pemikiran sesat ini masih diperjuangkan oleh atuk 93 tahun agar matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Kini mulai timbul perdebatan  yang ingin memecah belahkan umat  hanya  faktor kecil tentang  bahasa.   Mengapa tidak ajar dalam bahasa Arab? Bahasa  syurga dan bahasa Al-Qur'an?  Atok tu  masih belum faham...Doakanlah dia semoga Allah kurniakan  kefahaman tentang Deen-Nya. Mudah-mudahan   di hujung  nyawanya kelak. dia beroleh husnul khotimah. Berlapang dadalah wahai  anak muda, jika dia faham, dia tidak sedegil itu... Bak kata  cucun...

Membangun Karakter Anak Muda

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya  milik Allah yang  telah mengizinkan kita menikmati kemanisan iman demi meneruskan kerjaya utama  kita sebagai pendakwah di bumi Allah yang maha luas ini.  Selawat dan salam buat Rasul junjungan Sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya sanya kepada  Allah Rabbul Jalil hingga  hari Kiamat. Semoga Allah himpunkan roh kita sentiasa  bersama kafilah @ rombongan para  anbia, para siddiqqin, para syuhada dan para solehin menuju ke syurga-Nya dengan redha Allah selama-lamanya. Aamiin  ya Rabbal alamin. Tajuk membangun karakter anak muda hari ini sangat memerlukan kita memahami perjalanan seerah cara bagaimana  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  membangunkan jiwa sentiasa  akrab dengan Allah SWT.  Roh  dahulu  yang perlu diberikan makanan, bukan perut!  Kini, gara-gara  mengutamakan per...

Projek Simfoni DBP

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya  milik Allah Rabb yang menguasai sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan SAW yang selayaknya  disanjung di atas keperihatinan, kepayahan dan pengorbanan baginda yang sangat mengharapkan kesemua umatnya akan selamat beriman di dunia dan akhirat, manakala  Islam sentiasa dimenangkan  hingga  hari Kiamat.  Petang Jumaat dua minggu yang lalu berlaku satu kejutan  di mana YB Dr Mazlee  memulangkan kembali jawatan Menteri Pendidikan kepada  Perdana Menteri. Jumaat minggu ini, diumumkan jawatan tersebut  dipangku oleh  Perdana Menteri  sendiri  sementara menunggu  calon yang sesuai. Beginilah cerita  kejahilan politik sekarang, apa sahaja agenda perubahan  yang menjurus kepada Islam dianggap tidak relevan,. Bahkan memperlekehkannya dengan ucapan 'anda  adalah ahli akademik, bukan a...