Posts

Hijrah 1442, Musafir dan Hakikat Kemerdekaan

Image
    هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ “DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)” (Q; surah Al Mulk:15) Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabat  dan mereka yang satu rombongan dengan baginda yang telah berkorban segala-galanya untuk Deen Allah yang Maha Suci ini. Cuti awal Muharam minggu lalu, merata-rata dalam media sosial anak-anak muda mempamerkan video dan foto-foto mereka sekeluarga  melancong dan bercuti. Ibu tidak merespon  atau  'like'  gambar-gambar tersebut. Jika 'like' seolah-olah menggalakkan pula sikap y...

1442 Hijrah : Ummah Rabbani Negara Harmoni

Image
 Dengan Nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ya Allah, berilah Rahmat kepada kami di sisi-MU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. Selawat dan salam tetap tercurahkan kepada  junjungan kita  Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat  handai baginda. Segala Puji-pujian  hanya milik Allah yang sentiasa memperkenalkan  diri-Nya  dalam setiap  ayat yang terkandung dalam Al-Qur'an. Allah  yang menampakkan sifat keagungan-Nya melalui 'Al-Qur'an terbuka'  di alam ini. Allah yang memilih jiwa-jiwa yang mahu beriman kepada-Nya, Allah yang menerangi jiwa mereka yang akan mentadbir bumi ini dengan sebaik-baiknya.  Paling tidak diduga, Masha Allah, Tabarakallah...Allah  yang menghantar  Covid-19 menundukkan segala  keangkuhan manusia agar tunduk, ruku' dan sujud  kepada-Nya. Sungguh  besar  hikmah yang tersirat di sebalik ...

Jom Kita Bertaubat dan Berubah...

Image
Segala  puji-pujian  hanya milik Allah,Pengurus dan Pengatur  segala kehidupan langit  dan bumi dengan keadilan, Rahmat dan Kasih Sayang-NYA. Selawat  dan salam ditujukan khusus buat Rasulullah  Sallallahu alaihi wassalam,  kaum keluarga dan para sahabatnya.  Hari Ahad, 9 Ogos bersamaan dengan 1441 Zulhijjah ibu berpeluang ikuti program Daurah Murabbiyah secara online belajar tentang  Tafsir Al-Qur'an merujuk  Tafsir Al Munir oleh Prof Dr Wahbah az-Zuhaili.  Allahu Akbar, berdetap-detap jiwa  ini tersentuh dengan penyampaian Murabbi kami. Paling tersentuh apabila salah seorang peserta@ murabiyyah MATRI membuat pembentangan tugasan  Tafsir surah Al-Humazah. Ibu berhasrat hendak berkongsi pengisian yang ibu dapat itu dengan anak didik  dalam dua halaqah yang dikendalikan secara online pada hari Selasa dan Rabu.   Risau juga setelah sekian lama bercuti 'usrah' sempena PKP racun-racun jahiliyah mulai menyusup dan bud...

Hakikat Pengorbanan Sebenarnya

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala puji-pujian hanya milik Allah yang masih memberi kita peluang muhasabah diri  untuk perbaiki kualiti iman, kualiti ibadah hanya kepada-Nya. Syukur Allah kurniakan taufik-Nya, ibu dapat istirehat daripada memikirkan urusan dunia  yang merimaskan. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabien, para salafus soleh, ulama-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA. Alhamdulillah dengan izin Allah memang  banyak perkongsian bahagia yang ingin ibu rakamkan  dalam blog ini. Banyak program online  yang ibu ikuti dan tugas baharu sepenuh masa  di rumah menyebabkan ibu agak sibuk dan tidak berkesempatan  untuk menaip dalam blog ini seperti biasa. Setiap kali hendak mula menaip, apabila  dipanggil terus tergendala dan terhenti serta merta. Rindu hendak merakamkan peristiwa indah, tetapi rut...

Jangan Khianati Dirimu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا  Maksudnya;   "Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya" Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya milik Allah yang telah mengurniakan kepada  kita semua nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam khusus  buat Rasul junjungan SAW serta  generasi Al Qur'an  yang unik yang sentiasa menjadi contoh unggul untuk diikuti oleh umat baginda hingga akhir zaman.Syukur Alhamdulillah kami dikelilingi oleh mereka  yang sentiasa  diproses ...

Makan ini selama 7 hari Badan akan jauh lebih sehat | dr ZaiduL Akbar

Image

Wajib Makan Ikut Iman Bukan Ikut Nafsu

Image
 الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه  Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya   milik  Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam ditujukan khas  untuk junjungan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat baginda.  Dalam meniti usia senja dan menanti giliran kembali ke Rahmatullah, syukur Alhamdulillah Allah izin dan ilhamkan ibu merasai untuk  cuba menghayati cara makan Rasulullah dan para sahabat  yang  sentiasa 'clean' tidak mengotorkan usus yang menjadi punca menjemput banyak penyakit kini. khususnya penyakit  3 serangkai melibatkan kerosakan  jantung, buah pinggang dan  banyak lagi organ  dalam tubuh kita. Kini  ibu sedang menyesuaikan diri memilih makanan yang tidak bergoreng, tidak minum air bergula, kurang atau tidak makan nasi.  Ibu melatih diri  ha...