Posts

Rindu Rasulullah dan Mimpi Terindah

Image
 Ahad, 1 November  2020 bersamaan  15  Rabiul Awal 1442 Hijrah.  Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Sememangnya  hanya milik Allah sahaja segala puji dan puja. Allah Rabbul Jalil pemilik alam semesta. Yang Maha Pengasih lagi Maha  Penyayang. Penguasa  hari  Pembalasan. Hanya kepada-MU kami sembah (beribadah) dan hanya  kepada-MU kami memohon pertolongan. Tunjukki kami  jalan yang lurus, Jalan mereka yang Engkau telah berikan nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan golongan yang sesat. Semoga selawat dan salam tercurah kepada  junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam, penutup para anbia, imam  para  dai'e yang menunjukki ke jalan yang lurus, jalan  menyeru kembali kepada  Allah dengan penuh hikmah sepenuh  hati nurani baginda   yang tulus ikhlas mencintai para umatnya  hingga akhir zaman. Setiap  kali  teringat Rasulullah dalam Tahajjud, pasti akan menitis air ...

Bagaimana Menangani Krisis Nilai?

Image
Salam Jumaat penuh barokah Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang menguasai sekelian alam. Allah Yang maha Kuasa, kerana nikmat-nikmat-NYA menjadi sempurnalah segala  kebaikan. hanya kepada-NYA taufiq, hidayah dan inayah diharapkan dalam segala  urusan dunia dan akhirat.  Selawat dan salam khusus untuk  Rasul  junjungan sallallahu alaihi wassalam. Allahu masolli ala saidina Muhammad SAW . Allah menutup laluan ke Syurga-NYA dan tidak seorangpun yang boleh membukanya kecuali dengan mengikut jejak langkah  baginda  yang  bakal pemberi syafaat di akhirat  nanti. Insha Allah Tajuk ini ibu pilih sekadar melepaskan kerisauan ibu  setelah sekian lama memikirkan  krisis nilai sekarang yang tidak pernah berkurang, bahkan semakin berleluasa  dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan, politik, sosial dan ekonomi. Manusia keliru hala tuju kehidupan mereka samada  ingin menjadi hamba Allah atau hamba hawa nafsu. Mereka...

Mengurus Takdir Yang Baik

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanyalah milik Allah   الْحَيُّ الْقَيُّومُ ( Maha Hidup dan Berdiri Sendiri).  Allah  ﷻ  memperkenalkan diri-NYA  dalam hampir setiap ayat Al-Qur'an, khususnya dalam ayat Qursiy اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ Allah, tiada yang berhak disembah selain Dia. Dia Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. [al-Baqarah : 255] Kita fokus kenali dahulu Allah Al Hayyu. Dia lah Allah Zat Yang Mengurus Makhluk-Nya  A llah  ﷻ  , tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya.  (Qs. Ali Imran:2) Allah ﷻ   yang Maha Hidup ... Kehidupan-NYA yang Maha sempurna, langsung tidak perlukan dengan selain-Nya, dan selain-Nya amat memerlukan-Nya.. semua akan hancur kecuali Dia  Yang Maha Mengurus Makhluk-Nya ... Allah  ﷻ  Mengurus dengan sendiri, yang tidak memerlukan bantuan selain-Nya Allah  ﷻ...

Berbangga Kahwinkan Suami?

Image
 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang tidak pernah tidur terus mengatur  dan mengurus segala isi langit dan bumi yang fana ini. Semoga Allah istiqomahkan kita semua sentiasa  berada di atas landasan yang diredhai-Nya. Selawat dan salam ditujukan khas buat Rasul junjungan dan semua yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari kiamat. Sebenarnya ikut plan awal, kami dalam perjalanan  ke Shah Alam untuk menghadiri  jemputan kahwin  anak kakak... namun di saat akhir terpaksa dibatalkan  kerana  ibu baharu teringat ada kelas online  berbayar  mulai pagi 26 September.  Hendak belajar tak boleh stress, perlu tenang. Kelas itu amat penting  bagi menjayakan projek kelahiran  buku baru 'Takdir Allah sentiasa indah'. Kakak ibu juga  sudah faham dan tidak mengharap sangat ibu dapat hadir.  Sejak minggu lepas, mem'viral' berita dan gambar tergempar seluruh media sosial seorang guru tolong  ca...

Menuju Ar Rafiiqul A'la

Image
Dengan  Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah segala puji-pujian dirafakkan  hanya kepada  Allah SWT kerana  dengan izin-Nya jua kita semua masih lagi  diberi kesempatan dan peluang untuk terus bernafas di bumi yang fana ini. Semoga sisa-sisa  umur yang Allah izinkan inidapat kita sama-sama manfaatkan untuk meningkatkan  kualiti akidah dan ibadah kita  hanya  untuk Allah SWT  dan menjalin ukhuwwahfillah  membangunkan ummah  yang sentiasa  mentauhidkan Allah. Marilah sama-sama kita fikir dan rancang bagaimana hendak mengambil ‘sibghah Allah’ (acuan Allah)  demi mewujudkan ummah Rabbani melalui kaedah  Akidah merentas  kurikulum dalam semua peringkat pendidikan bermula dari sejak lahir, masuk ke Taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Institusi pendidikan Tinggi dan alam berumah tangga  serta  kehidupan bermasyarakat menurut acuan Islam  yang Allah kehendaki. Us...

Hijrah 1442, Musafir dan Hakikat Kemerdekaan

Image
    هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ “DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)” (Q; surah Al Mulk:15) Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabat  dan mereka yang satu rombongan dengan baginda yang telah berkorban segala-galanya untuk Deen Allah yang Maha Suci ini. Cuti awal Muharam minggu lalu, merata-rata dalam media sosial anak-anak muda mempamerkan video dan foto-foto mereka sekeluarga  melancong dan bercuti. Ibu tidak merespon  atau  'like'  gambar-gambar tersebut. Jika 'like' seolah-olah menggalakkan pula sikap y...