Posts

Mental Illness

Image
Minggu ni ibu berkabung. Sedih amat sedih mendapat berita  seorang lagi anak muda kami  meninggal dunia di usia 31 tahun. Ayahnya Pak Id adalah  sahabat karib suami dan menggunting rambut setiap kali diperlukan. Sedih, ujian  sungguh untuknya, isteri tidak sihat, anak lelaki bungsu OKU. Semoga Allah anugerahkan kesabaran tanpa batas untuk mereka sekeluarga. Ibu  bayangkan jika ibu duduk di tempatnya, pasti air mata tidak kering memohon pertolongan Allah dalam setiap urusan.  Dua hari ini  sentiasa sebak rasa hati, asyik tergenang air mata merindui macam-macam.Rindu nak balik kampung pun ya juga. Melihat saudara mara dan sahabat taulan buat umrah, rasa rindu semakin mencengkam.  Adakah ibu  mangsa 'mental illness'? Ibu pujuk hati mendengar macam-macam jenis selawat dan  nasyid tentang Rasulullah mutakhir ini buka apa ceramah sekalipun, cerita kisah Rasulullah menjentik hati ibu.  Alangkah baiknya sejak dahulu lagi ibu mencintai Rasul...

Hakikatnya Kita Faqir

Image
 اِنِّىۡ لِمَاۤ اَنۡزَلۡتَ اِلَىَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيۡرٌ "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Rabb yang Maha Teliti Mengaturkan segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas menyerahkan diri hanya kepada Allah.  Ahad, 14 November ibu berpeluang dapat bersemuka dengan veteran- veteran dalam halaqah merancang aktiviti bersama masyarakat. Kami buat pot luck, ada  yang bawa mee hoon Singapura,  kuih muih dan macam-macam. Bersemuka  jaga SOP.  Ibu kemukakan isu semasa merujuk kes kaunseling keluarga terkini. Dua minggu lalu  seorang ibu menelefon mengadu masalah anak gadisnya ( ahli halaqah ibu) sudah mula menyimpang dan kemaruk dengan 'game' hingga tidak tidur malam.  Ibu akur dah lama tak buat halaqah, mungkin ...

Perbaharuilah Iman Kamu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allahyang masih memanjangkan umur kita untuk terus bertaubat  membetulkan  niat beribadah hanya untuk-Nya. Selawat dan salam sama-samakita tujukan kepada  junjungan Rasulullah Sallallahu alahi wassalam.  Cuti sempena Deepavali pembantu rumah kami ambil cuti agak lama kerana  menziarahi keluarga uzur di Segamat, Johor.  Memang ibu sudah biasa ada pembantu rumah sejak sebelum berhijrah lagi,lebih-lebih lagi apabila ramai hero menghuni rumah ibu di Batu Pahat Johor ( Tahun 1994-2013). Fokus ibu dengan tugas utama  tidak terganggu kerana  pembantu rumah boleh bantu  urus dan bereskan kerja-kerja mengemas, mencuci, melipat  dan mengosok pakaian, siram pokok, buang sampah  dan sebagainya. Hari Sabtu, ,6 November  agak kalut juga ibu nak urus  macam-macam  hingga tak sedar jari telunjuk kiri tergunting. Allahu Akbar, laju darah memancut keluar ba...

Jom Bersiap-siap Kita Balik Kampung

Image
Di mana-mana sejak boleh merentas negeri, di sana sini  sedang kemaruk orang ramai balik kampung lebih-lebih lagi bercuti panjang sempena Deepavali. Sejak suami mula kurang upaya mengurus diri, ibu beralah dan tidak pernah menaruh harapan untuk balik kampung lagi. Hati ini lebih cenderung untuk  buat persiapan rapi untuk balik  ke kampung abadi. Malam tadi, sebelum tidur tiba-tiba  suami berpesan "doalah Allah permudahkan kita boleh pi Johor cuti sekolah nanti" Mungkin  suami juga rindu hendak bercuti di tempat lain. Rasa berbunga  di hati namun ibu tidak berharap  sangat kerana bimbangkan diri  ibu sendiri  tidak larat tanpa  bantuan  anak muda ketika travel. Pilihan yang ada, anak ibu di Melaka  turun Perlis  bawa kami  bersama bercuti di Melaka dan Johor. Insha Allah semoga  Allah permudahkan.  kemanisan  berusrah  dapat makanan roh Sementara itu ibu hibur hati ajak ahli halaqah sama-sama b...

Sayang, aku akan memuliakanmu

Image

Muliakan Ayahmu

Image
 Rabu, 27 Oktober di bumi Perlis hujan mungkin menangisi pemergian sepupu suami bernama Ustaz Dr Mohd Arshad ke Rahmatullah setelah lebih seminggu berjuang melawan Covid-19 dan tidak cukup Oksigen tambahan pula menghidap kencing manis, Teman sepermainan memiliki atok yang sama di Kg Petal, Perlis (ibu kepada almarhum bernama Hjh Aishah adalah adik perempuan  Tok Guru Hj Salleh). Mereka sama-sama belajar sejak sekolah rendah hingga ambil bidang Deeniyah di Kolej Islam Kelang pada tahun 1960an. Ketika suami di Wad hospital, Almarhum di antara yang paling  awal dan kerap datang melawat. Beliau lebih kerap menziarahi  berbanding suami  yang zahirnya kelihatan uzur. Selasa semalam suami tanya perkembangan berita kesihatan sepupunya. Ibu jawab nanti kita call anaknya. Belum sempat kami call, anak sulungnya  sudah maklumkan ayahnya sudah meninggal dunia jam 10.50 malam tadi. Bunyi wassapnya "Assalamualaikum Pak Su Ayahanda Mohd Arshad Hj Taib tlh kembali ke rahmat...

Suburkan Sabarmu

Image
Dengan nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi kita peluang hidup untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah kita hanya untuk Allah SWT. Selawat dan salam kita tujukan junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga dan semua jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya untuk Allah demi pengorbanan mereka  memenangkan Deen Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang membahagiakan kita menanti giliran menemui-MU di kampung akhirat.Suburkan cintaku kepada-Mu dan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam serta jihadku untuk Islam hingga akhir hayatku "  Meriah rasanya dapat bersama anak cucu yang pulang ke kampung menyebabkan ibu teringat dan sangat rindukan  meriahnya susana keluarga  ibu di Tangkak dan Shah Alam. Jauh ibu merantau memang tidak sama dengan manisnya kenangan bersama keluarga kandung sendiri. Seringkali apabila bertemu, diprogramkan ada pengisian r...