Posts

Make Me Strong - Sami Yusuf {Lirik dan Terjemahan}

Image
Di antara lagu yg merawat diri tahun 2009-2010, mohon kekuatan dari Allah Yang Maha Kuat, Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Kukuh . Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin.

Rumah Ahli Syurga, Insha Allah

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian milik Allah telah menurunkan hujan di petang Rabu ini setelah sekian lama kemarau berpanjangan... Selawat dan salam khusus untuk baginda Rasulullah sallallau alaihi wassalam. Tajuk rumah ahli syurga ibu pilih kerana Allah izin suami ibu selaku tuan rumah memiliki ciri-ciri tersebut, sentiasa memikirkan tentang ummah dan berpesan kepada semua tetamu untuk buat kerja Islam, ke mana kita pergi bawa Islam... Walaupun pesanan itu ringkas tetapi sungguh mendalam maknanya. Hari ini ibu menerima tetamu yang berhajat ikuti halaqah kaum ibu. Allah izin ibu terlupa hendak maklumkan  halaqah terpaksa ditunda pada hari Jumaat meraikan salah seorang ibu muda dapat turut hadir kerana kedainya hanya tutup pada hari Jumaat. Memandangkan tetamu itu umurnya 66 tahun, ibu raikan juga dengan mengadakan halaqah santai 'one on one'. Ibu tinggalkan seketika hobi ibu sedang merawat pokok. Waktu ini suami sedang istirehat berb...

Nostalgia Kalimah Syahadah

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang Segala Puji-pujian  hanya milik Allah Rabb yang memiliki  dan mengurus seluruh alam denga Maha Teliti Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin , tabiut tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah. 14 Januari 2022, hari Jumaat yang penuh barokah ini (maaf artikel ini lambat dipublish)  ibu terkenang suara  kasih sayang mendendangkan kalimah La ilaha illlalah muhamadur Rasulullah  ke telinga ibu  berulang-ulang kali. Ibu tiru suara  almarhumah bonda Esah mendendangkan kalimah suci itu ke telinga anak-anaknya  sejak kami 13 beradik dilahirkan. Apabila ibu dendangkan kembali kalimah suci ini dari qalbu terdalam mengikut nada dan intonasi kasih sayang almarhumah bonda, rasa bergetar jiwa bahkan  mengal...

Sirih Akan Pulang Ke Ganggang?

Image
 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin tempat bergantung segala makhluk yang dicipta-Nya. Ketikaku dalam kelelahan dan keletihan, DIAlah  Yang Maha kuat, Yang Maha Perkasa lagi Y ang Maha Teguh membangkitkan aku kembali. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah mempermudahkan banyak urusan yang tidak mampu aku lakukan, Selawat dan salam ditujukan khusus untuk Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Tajuk 'Sireh pulang ke ganggang' sebenarnya ibu kaitkan dengan akhirnya hidup kita. Kelak jasad akan kembali ke tanah dan roh kita kembali kepada Allah. Ibu tidak ada cita-cita langsung hendak menetap di Perlis kecuali apa yang Allah aturkan. Mudah- mudahan di Madinah. Insha Allah Sebelum 2 Januari 2022 suami ibu sudah maklumkan tidak mahu raikan majlis ulang tahunnya yang k...

Muhasabah Diri

Image
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA MILIK ALLAH Allah Yang Maha Mendengar  setiap  bisikan di qalbu para hamba-Nya Selawat dan salam buat Rasul junjungan dan kaum  keluarga baginda. Alhamdulillah, tahun 2021 sudah melabuhkan  tirainya. Banyak kenangan sedih yang menginsafkan di mana ramai sahabat dan sahibah telah mendahului kami kembali ke Rahmatullah. Insha Allah giliran kami pasti akan menyusul, hanya Allah yang Maha Mengetahui  waktu yang paling tepat. Borang Mutabaah amal yang  sudah  diisi sangat mengetuk  qalbu ini, banyak lagi rutin amal soleh yang perlu ibu perbaiki demi khidmat terhadap Deen-Nya, Namun ibu akur tidak dapat membantu  banyak aktiviti amal melainkan jika dibuat secara online. Tenaga ibu sepenuhnya amat diperlukan untuk menyantuni keuzuran suami dan semua sudah faham keadaan dan perkembangannya. Ibu perlu stabilkan  kesihatan fizikal dan emosi berpaksikan kepada roh yang sentiasa  rindu ingin mengenal dan mencintai Allah...

Lapar Perhatian Allah Bukan Perhatian Manusia

Image
 Ahad, pagi 19 Disember tiba-tiba cucu ibu bernama Musthofa Mishary mengingatkan:  "Tok ibu tahu tak hari ini birthday Abang Ayi".  Ibu sempat doakan Allahumma faqeehu Fideen...semoga Abang Ayi dimuliakan Allah seperti  Abdullah Ibn Abbas ra  berkat doa hebat dari Rasulullah sallalahu alaihi wassalam ketika  beliau masih kecil lagi. Musthofa Mishary  kini 9 tahun Alhamdulillah  hadiahnya istimewa buku hafazan, ibu beli melalui Lazada sudah sampai dulu sempena cucu-cucu menulis karangan seerah tentang Usamah bin Zaid. Usamah terkenal sebagai panglima termuda memimpin  tentera Islam ketika usianya 17 tahun.  Mishary dan Maher menulis karangan selepas ibu ceritakan siapa Usamah bin Zaid dan kenapa beliau menjadi insan kesayangan Rasulullah. Beliau adalah anak dua insan kesayangan Rasulullah, iaitu  Ummu Aiman dan Zaid bin Haritsah. Tercetus idea kisah itu selepas ibu ulang kaji membaca seerah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam....

Rindumu Akan Terubat Jua...Insha Allah

Image
Dengan nama Allah Rabb Yang Maha Pengasih  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah yang Maha Mengaturkan Yang Terbaik untuk kita semua agar menjadi pengabdi yang taat dan khalifah-Nya di bumi. Semoga Allah ampuni segala kelemahan dan ketidakmampuan kita melaksanakan amanah ini sebaik Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat awal. 'Asabiqqun al awwalun'. Namun inilah satu-satunya qudwah ikutan kita yang sebenarnya. Selawat dan salam ditujukan khusus buat baginda, ahli keluarga,  para sahabat, para tabiin, para salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT sampai hari Kiamat. Insha Allah , semoga Allah pilih kita semua akan bersama kafilah@rombongan roh para anbia, siddiqin, syuhada dan para solehin. Aamin ya Rabbal Alamin Semalam, Khamis 16 Disember 2021, tidak terbendung air mata rindukan kota Nabi SAW, Madinah Al Munawarah. Keberangkatan anak ibu dan 28 jemaah termasuk abang ibu dengan...