Posts

Latihan Meraikan Roh Menjelang Ramadhan

Image
  Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Rabb Yang Menguasai  dan memiliki sekelian alam.  Syukur Alhamdulillah, diam tak diam terasa begitu cepat masa berlalu, hari ini 20 Mac, 7 tahun lalu ibu terjebak dalam majlis pernikahan  di hari Jumaat yang penuh barokah di Jalan Badek, Shah Alam. Move on!  Terkenang hari bersejarah itu, terhibur rasa hati kerana memang ibu tidak menyangka sama sekali Allah aturkan ibu berhijrah ke Perlis. Syukur Alhamdulillah seronoknya ibu di sini  kerana berpeluang menemani suami menyubur dan memperkasakan dakwah dan tarbiyah semampu  mungkin.  Tanpa dakwah dan tarbiyah tidak mungkin ibu dapat bertahan lama berada di sini. Hazamin fadhli rabbi Subhanallahi wabihamdhi, subhanallah al Azim.  Cukuplah sekadar terkenang dan masih ada insan yang ingat dan mendoakan kesejahteraan jodoh kami. Ada yang sediakan kek kegemaran suami, namun kerana keadaan kesihatannya kurang...

Rutinkan Story Telling

Image
Dengan Nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah syukur Alhamdulillah hari ini,  Jumaat, 11 Mac seawal pagi dapat video call, cucu-cucu di Melaka on the way hendak berkhatan. Masing-masing senyum. Bila ditanya nak baca doa apa?.  Mereka terus baca doa nabi Yunus. Semoga Allah berkati dan permudahkan. Mula-mula senyum, hilang ubat bius mula menangis rasa sakit. Alhamdulillah gagah-gagahkan juga solat fardhu.  Hari ini juga, team  Usrah Amal Aisyah gagah-gagahkan diri cuba menjayakan program 'Story Telling by aunty Nally'  untuk  warga syurga (kanak-kanak). Projek Story telling ini  telah lama kami rancang sejak tahun lepas cadang hendak mulakan di masjid tetapi sering tertangguh.  Pelbagai faktor penghalang yang kami hadapi, lebih-lebih lagi SOP jauhi jangkitan Covid-19. Syukur, Alhamdulillah ibu sudah dapat kebenaran dari suami  hendak mulakan di halaman rumah Tunjung. Subhanallah, cantiknya Allah aturkan kami mendap...

Alhamdulillah Kurniaan Dari Allah jua.

Image
Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah yang telah mengatur dan mengurus tadbir segala kehidupan di langit dan bumi tanpa rehat dan tidak pernah tidur...Apabila fikirkan kehebatan Allah sejak dulu, kini dan selamanya, terasa amat kerdil diri ini hidup hanya mengharapkan rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, alangkah hinanya diri ini di dunia, apa lagi di akhirat. APABILA WUJUD RASA HINA, PASTI KITA AMAT TAKUT KEHILANGAN HIDAYAH DAN TAUFIQ DARI Allah. Rasa hiba dan hendak menangis sahaja... Allah izin pagi hari Isnin, 28 Febuari ibu dikunjungi oleh seorang ibu muda, dengsn linangan air mata meluahkan dirinya rasa tersisih dalam pandangan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Membanding-bandingkan diri hanya suri rumah tangga dan kerja sendiri berbanding mereka yang makan gaji. Kelihatan dirinya amat letih kerana kurang rehat mencari nafkah. Ibu yakin sangkaan rasa tersisih itu hanyalah mainan perasaan apabila seseorang itu rasa 'stress'. Ibu dengar dan layankan sahaja kerana diapun sudah l...

Doakan Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Image
  ِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ  Hebatnya Allah, pemilik segala sifat kesempurnaan. Allah terpuji pada seluruh sifat dan seluruh perbuatan-Nya. Allah dipuji dalam segenap keadaan. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan kepada kita yang sewajarnya kita sebarkan nikmat terbesar ini kepada mereka yang belum merasainya sekurang-kurangnya melalui doa kita. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, tabiut tabieen, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri hanya untuk Allah Rabbul Jallil. Hari ini bertarikh 21 Rejab 1443 Hijrah ( 40 hari lagi Ramadhan)  bersamaan  dengan tarikh y ang agak cantik 22.02.2022. Sudah pasti tarikh ini menjadi rebutan ibu bapa melahirkan anaknya melalui pembedahan dan pasangan kekasih bernikah. Termasuklah salah seorang anak saudara  ibu...

REJAB: اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَارَمَض...

Image

Waliku

Image
Dengan  Nama Allah RABB Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah,  Tuhan pemilik segala yang ada di langit dan bumi termasuk diri kita dan seluruh nikmat yang kita kecapi sekarang. RABB yang berhak menghidupkan dan mematikan kita bila-bila masa sahaja. Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Hari Jumaat yang penuh barokah, kami dikunjungi oleh ahli keluarga ibu di mana suami ibu amat hormatinya sebagai wali . Mana tidaknya wali , abang ibu inilah yang menikahkan ibu pada 20 Mac 2015 yang lalu. Beliau menjadi tuan rumah meraikan kehadiran keluarga baharu dari Perlis.  Walau hanya seketika namun mengundang senyuman terukir di bibir pesakit  yang dikunjungi. Banyak pesanan-pesanan wali ibu lafazkan ibarat 'marah anak sindir me...

Mohon Allah Sucikan Qalbu

Image
Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang menguasai segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam khusus ditujukan murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya untuk Allah SWT.   Rabu 02.02.2022 bersamaan dengan 1 Rejab 1443 Hijrah, 60 hari lagi kita dikunjungi oleh tetamu agung iaitu Ramadhan al Mubarak.Sama-sama kita perbanyakkan doa berikut:  أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان  “Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami hingga bulan Ramadhan.”    Amat wajar menjelang Ramadhan tahun ini, kita berusaha semaksima mungkin untuk mensucikan qalbu dari sebarang penyakit jiwa yang boleh merosakkan amal. Mujahadah Nafs merupakan jihad sepanjang hayat menundukkan hawa nafsu mengikut segala syariat Allah dan jauhi segala larangan-Nya. ...