Posts

Sebak Di Bulan Ramadhan

Image
Sentiasa paling awal menanti dua beradik lagi Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan tercinta... Jumaat 27 Ramadhan, penantian yang amat ditunggu... Seawal sebelum 4.00 pagi, Iiu  cuba setkan google meet seperti biasa menunggu taddabur dan taddarus Quran empat beradik perempuan setiap pagi sejak 10 akhir Ramadhan. Innalillah wainna ilaihi rojiiun... dapat berita amat sedih bertulisan jawi dari kak ngah,  suaminya telah kembali ke Rahmatullah. Allahu Akbar untungnya abang iparku terpilih dijemput Allah pada hari termulia... Sebak rasa,betapa Maha Baiknya Allah kurniakan kepada abang iparku. Mungkin dia tidak meminta, tetapi Allah pilihnya. Jika yang tidak meminta dapat hari kematian terbaik, apa lagi jika kita berdoa,,meminta, merayu dan merintih kepada-Nya agar dikurniakan Husnul Khotimah. Semoga Allah ampuni segala dosanya dan himpunkan rohnya bersama roh para solehin. Terdetik dalam jiwaku, Husnul khotimah ini ...

Bacaan Do'a Qunut 10 Terakhir Ramadhan 😭😭

Image

Mohonlah Kepada Allah

 Dengan nama Allah  Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Maha Mengetahui segala isi hati...amat terharu rasa, lebih-lebih lagi selepas tadarus dan taddabur surah Yusuf betapa Maha Baiknya Allah sentiasa terselit banyak hikmah di sebalik setiap ujian untuk para hamba-Nya Selawat dan salam ditujukan khusus buat junjungan Rasullullah Sallallahu alaihi Wassalam kaum keluarga dan para sahabat. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah di atas nikmat Islam dan iman yang Allah kurniakan kepada kita. Ibu amat bersyukur, sangat-sangat bersyukur kerana Allah hantar mereka yang memahami ibu selesaikan satu persatu masalah ibu... Pertama, menjelang Ramadhan, ibu mencari-cari di media sosial ustaz atau ustazah yang boleh bimbing ibu tadarus  dan taddabur Quran sepanjang bulan Ramadhan. Anak ibu siap bayarkan yuran. Hari pertama dan kedua Ramadhan, cuma dapat dengar sahaja bacaan Qari dan Qariah syarikat tersebut secara bertajwid. One way sahaja...

Mungkinkah ini Ramadhan Terakhir Kita Bersama?

Image
Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam Selawat dan salam khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi Wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah. Minggu ini merupakan minggu terakhir menjelang Ramadhan dan ibu rasa sangat terhibur kerana dua sahibah  semasa kami sama-sama belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1985-1988 berkunjung dengan pelbagai berita terkini yang  luar biasa.  Ukhti Rashidah dari Kelantan bersama suami dan seorang anaknya berkunjung sebelah pagi (agak mengejut juga). Kelembutannya masih terserlah sejak dulu lagi. Ibu amat  kagumi kelembutannya dan sedikit sebanyak menjadi contoh ibu meruntuh dan mencairkan kekerasan  jahiliyah darah Bugis yang mengalir dalam diri ini. Ramai yang berbangga  lahir dalam keturunan Bugis terkenal dengan garang dan bengisnya, begitu juga ibu ketika jahiliyah suatu masa dahulu. Sebenarnya boleh diproses untuk menunduk...

Latihan Meraikan Roh Menjelang Ramadhan

Image
  Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Rabb Yang Menguasai  dan memiliki sekelian alam.  Syukur Alhamdulillah, diam tak diam terasa begitu cepat masa berlalu, hari ini 20 Mac, 7 tahun lalu ibu terjebak dalam majlis pernikahan  di hari Jumaat yang penuh barokah di Jalan Badek, Shah Alam. Move on!  Terkenang hari bersejarah itu, terhibur rasa hati kerana memang ibu tidak menyangka sama sekali Allah aturkan ibu berhijrah ke Perlis. Syukur Alhamdulillah seronoknya ibu di sini  kerana berpeluang menemani suami menyubur dan memperkasakan dakwah dan tarbiyah semampu  mungkin.  Tanpa dakwah dan tarbiyah tidak mungkin ibu dapat bertahan lama berada di sini. Hazamin fadhli rabbi Subhanallahi wabihamdhi, subhanallah al Azim.  Cukuplah sekadar terkenang dan masih ada insan yang ingat dan mendoakan kesejahteraan jodoh kami. Ada yang sediakan kek kegemaran suami, namun kerana keadaan kesihatannya kurang...

Rutinkan Story Telling

Image
Dengan Nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah syukur Alhamdulillah hari ini,  Jumaat, 11 Mac seawal pagi dapat video call, cucu-cucu di Melaka on the way hendak berkhatan. Masing-masing senyum. Bila ditanya nak baca doa apa?.  Mereka terus baca doa nabi Yunus. Semoga Allah berkati dan permudahkan. Mula-mula senyum, hilang ubat bius mula menangis rasa sakit. Alhamdulillah gagah-gagahkan juga solat fardhu.  Hari ini juga, team  Usrah Amal Aisyah gagah-gagahkan diri cuba menjayakan program 'Story Telling by aunty Nally'  untuk  warga syurga (kanak-kanak). Projek Story telling ini  telah lama kami rancang sejak tahun lepas cadang hendak mulakan di masjid tetapi sering tertangguh.  Pelbagai faktor penghalang yang kami hadapi, lebih-lebih lagi SOP jauhi jangkitan Covid-19. Syukur, Alhamdulillah ibu sudah dapat kebenaran dari suami  hendak mulakan di halaman rumah Tunjung. Subhanallah, cantiknya Allah aturkan kami mendap...

Alhamdulillah Kurniaan Dari Allah jua.

Image
Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah yang telah mengatur dan mengurus tadbir segala kehidupan di langit dan bumi tanpa rehat dan tidak pernah tidur...Apabila fikirkan kehebatan Allah sejak dulu, kini dan selamanya, terasa amat kerdil diri ini hidup hanya mengharapkan rahmat-Nya. Tanpa rahmat-Nya, alangkah hinanya diri ini di dunia, apa lagi di akhirat. APABILA WUJUD RASA HINA, PASTI KITA AMAT TAKUT KEHILANGAN HIDAYAH DAN TAUFIQ DARI Allah. Rasa hiba dan hendak menangis sahaja... Allah izin pagi hari Isnin, 28 Febuari ibu dikunjungi oleh seorang ibu muda, dengsn linangan air mata meluahkan dirinya rasa tersisih dalam pandangan ahli keluarga dan rakan seperjuangan. Membanding-bandingkan diri hanya suri rumah tangga dan kerja sendiri berbanding mereka yang makan gaji. Kelihatan dirinya amat letih kerana kurang rehat mencari nafkah. Ibu yakin sangkaan rasa tersisih itu hanyalah mainan perasaan apabila seseorang itu rasa 'stress'. Ibu dengar dan layankan sahaja kerana diapun sudah l...