Posts

Alam ini akan disinari fajar lagi

Image
 Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahailalallah, Allahu Akbar Tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan izin Allah jua.  Telah sekian lama ibu impikan ingin ikuti kelas taddabur  Al-Quran berbayar, tetapi belum bertemu dengan murabbi yang sehati sejiwa menuju destinasi seperti As Syahid Syed Qutb yang amat ibu minat ulasannya dalm Tafsir Fi Zilal Al Quran. Ulasannya sangat tarbawi dan rasa puas dan kenyang (roh) kalau kita mendalami maksud tersiratnya. Sayangnya , ibu dimaklumkan tafsir Fi zilal tidak popular dikalangan masyarakat umum. Ibu masukkan sedutan kata-katanya yang power sekali sekala sahaja  dalam penyampaian. Tassawur fikrahnya amat jelas berpaksikan manhaj rabbani. Di antara frasa  sajak almarhum sentiasa  terngiang-ngiang dalam jiwa ini... Alam ini akan disinari fajar lagi... biarkanlah rohku terbang mendapatkan rindunya Suatu ketika dahulu sampai menangis  menjiwai sajak ini.. Namun dalam perkongsian ilmu setiap pagi bersama masyara...

Rombongan Balik Kampung

Image
Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillahir Robbil Alamin Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Muhammad Rasulullah  sallallahu alaihi wassalam Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah anugerahkan peluang ibu berombongan sejak kecil lagi bersama keluarga besar  Hj Md.Top balik kampung di rumah atok. Apabila berombongan memang meriah rasanya. Selagi ayah bonda masih ada, setiap hari raya Aidil fitri kami berombongan ziarahi ibu saudara dan ayah saudara, Masih terasa manisnya silaturahim kunjungsn kami secara berombongan. Jika warga emas kami kunjungi, memang kami akan bawa juadah untuk makan bersama mereka Alhamdulillah, semalam Allah aturkan kami dikunjungi oleh  dua rombongan dari Terengganu dan satu rombongan dari Johor. Ibu bersendirian menjaga suami, rasa memang tak larat lagi hendak menyediakan juadah untuk tetamu, apa lagi mereka datang secara mengejut. Mujur mereka semua memahami keupayaan warga emas memang tidak larat m...

Hadiah Ulang Tahun ke-60

Image
  Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang amat mengasihi  dan mencintai para  hambanya dengan segala Asma'-Nya yang Maha  Mulia. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan , Nabi Muhammad sallallau alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah.  Kenangan indah terakam sudah di pagi Jumaat, 27 Mei 2022 ibu berpeluang 'rehlah Maya' bersama pencinta al Quran paling ramai dari Johor menjamu selera roh dengan hidangan tadabbur ayat Quran. Hari ini merupakan hari ke-7 dan akan berterusan selagi hayat masih ada. Insha Allah. Program ini Allah aturkan paling indah dalam hidup ibu, tidak perlu ibu bermusafir lagi bahkan menjadi rutin ibu setiap pagi bermula jam 6.40 hingga 7.00 pagi. Semoga akhir hayat kami sentiasa bersama Al Quran, satu-satunya mukjizat yang Allah kurniakan kepada umat Nabi Muhammad SA...

Antara Taddabur Qur'an Dan Taddabur Alam

Image
  Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah,  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanyalah layak untuk Allah yang sentiasa mempermudahkan urusan kita semua mencari redha-Nya. Hanya DIA yang layak kita cintai sejak dahulu, kini dan selamanya bertakhta dalam jiwa kita. Insha Allah. Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat baginda serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah hingga akhir zaman khususnya kepada para ulamak muktabar yang mewarisi jejak para anbia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin--Nya jua kami empat beradik perempuan istiqomah bertadarus dan taddabur Qur'an setiap pagi mulai jam 4.00 hingga 5.00 pagi semoga berterusan hingga hujung nyawa kami. Insha Allah. Rutin ini jika tiada seolah-olah hidup kami teraba-raba bagaikan orang buta...Nak nangis rasanya sebak sangat menerima anugerah ini tanda Allah memuliakan kami dengan asebab Al Quran. ...

Hadiah Ramadhan 1443 Hijrah

Image
 Dengan Nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Menerima Taubat Para hamba- Nya. Syukur Alhamdulillah dengan hidayah dan Taufiq - Nya jua kita terbimbing untuk berubah demi mengharapkan keredhaan Allah jua Selawat dan salam khususnya buat junjungan tercinta, Rasullullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Hari Raya Aidil Fitri diumumkan pada hari Isnin, buat pertama kali Malaysia tidak ikut kalender yang menetapkan hari  Raya pada hari Selasa. Satu Malaysia terkejut, ada yang masih belum bergerak balik kampung. Di kampung, bahan-bahan hendak masak belum dibeli lagi. Ditambah dengan ujian catuan air seluruh Perlis. Alhamdulillah, anugerah dari Allah jua, ibu dapat maintain ketenangan hadapi situasi sulit ini. Tangki air kering, anak bungsu berusaha penuhkan kolam agar ayahnya tidak kesulitan bersuci dan berwudhuk. Masya Allah tingginya kesabaran mereka  kesan tarbiyah Ramadha...

Sebak Di Bulan Ramadhan

Image
Sentiasa paling awal menanti dua beradik lagi Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan tercinta... Jumaat 27 Ramadhan, penantian yang amat ditunggu... Seawal sebelum 4.00 pagi, Iiu  cuba setkan google meet seperti biasa menunggu taddabur dan taddarus Quran empat beradik perempuan setiap pagi sejak 10 akhir Ramadhan. Innalillah wainna ilaihi rojiiun... dapat berita amat sedih bertulisan jawi dari kak ngah,  suaminya telah kembali ke Rahmatullah. Allahu Akbar untungnya abang iparku terpilih dijemput Allah pada hari termulia... Sebak rasa,betapa Maha Baiknya Allah kurniakan kepada abang iparku. Mungkin dia tidak meminta, tetapi Allah pilihnya. Jika yang tidak meminta dapat hari kematian terbaik, apa lagi jika kita berdoa,,meminta, merayu dan merintih kepada-Nya agar dikurniakan Husnul Khotimah. Semoga Allah ampuni segala dosanya dan himpunkan rohnya bersama roh para solehin. Terdetik dalam jiwaku, Husnul khotimah ini ...

Bacaan Do'a Qunut 10 Terakhir Ramadhan 😭😭

Image