Posts

Persiapan Menjelang Ramadhan (2)

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala  puji-pujian hanya milik Allah, Allah  Al Halim  yang Maha Menyantuni berbillion-billion kerenah para hamba-Nya.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen , tabiut tabieen salafus soleh,  ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah. Teman Gema Fajar terjumpa gambar lama kami tahun 1980/81. Allah izin di usia 60 tahun dipertemukan kembali dalam group Gema Fajar. Kami sama-sama bertaddabur setiap pagi saling melengkapi  kekurangan dan kelemahan yang ada. Syukur Alhamdulillah, semoga program ini berterusan dari generasi ke generasi mengajak diri, keluarga dan masyarakat Eslah diri hanya mengharapkan keredhaan-Nya  Diriku yang susah senyum Rutin harian kita menyapu habuk-habuk  di lantai lebih 5 Kali sehari, begitulah...

Semuanya PERCUMA. Pendidikan, Tempat Tinggal, Makan, Sekolah 20.000 PELAJAR

Image

Persiapan Menjelang Ramadhan 1444 Hijrah

Image
 Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya sanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kini taddabur melalui media Gema Fajar, semalam(Khamis)  sudah selesai surah Yunus Dan kini masuk surah Hud. Hari ini kami beri laluan kepada Puan Hjh Asnah taddaburi surah An Nas sebagai rutin taddabur juz Amma setiap pagi Jumaat. Biasa diselang seli dengan adik ibu Norhairiah. Terkesan mendengar kupasan beliau tentang 1001 ragam manusia yang perlu kita depanipun mesti mohon pertolongan Allah SWT. Ketika kendalikan usrah tengah hari Rabu bertajuk Hakikat Cinta 1st class seorang ibu berumur 70an ...

"Desire" & "will power"

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Allah yang mengatur dan mengurus kehidupan sejak dulu, kini dan selamanya dengan serba sempurna tanpa sebarang kecacatan. Allah tak pernah tidur dan rehat mentarbiyah para hamba-Nya agar sentiasa dekat kepada-Nya. Inilah hakikat taqwa yang memerlukan desire dan will power untuk mendapatkannya. Tadah niat untuk berubah dengan harapkan redha-Nya semata-mata. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabieen, tabiut tabieen salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT  Mutakhir ini sering terlintas wajah-wajah teman sekolah rendah  dan menengah lebih 50 tahun lalu. Ibu terkejut salah seorang yang mengenali ibu menegur. Kelakar pun ye... "Kau kalau senyum, aku tengok ...

Tata kelola yang baik

Image
 Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Puji-pujian hanya milik Allah yang sentiasa mempermudahkan urusan para hamba-Nya yang inginkan kebahagiaan dalam keredhaan-Nya. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen salafus soleh ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Hari Khamis semalam baharu kami selesaikan taddabur surah At Taubah. Alhamdulillah. Dikunjungi tetamu family Sir Nasir dari Bagan Serai waktu tengah hari. Pukul 3.00 petang ada Usrah Amal. Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan.  Allahu Akbar, meruntun jiwa membacakan kisah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berhadapan dengan orang-orang Munafik di Madinah, betapa payahnya baginda hendak merapatkan saff perjuangan mujahid Islam akibat gara-gara kedegilan orang Munafik. Benarlah orang munafik...

Sanah helwah 78 & 63 Tahun

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Dan memiliki Segala isi langit dan bumi. Sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Nya, di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita untuk memurnikan ketaatan kita untuk menolong Deen Allah hingga akhir hayat. Hasrat di hati ingin meraikan ulang tahun ke-78 suami bersama semua anak menantu dan cucu-cucu. Namun ibu redha terima macam-macam alasan mereka, maklumlah awal tahun, sekolah baharu dibuka. Ibu pasrah terima sahaja apa yang terbaik yang Allah akan aturkan. Yang ibu harapkan mengenangkan kudrat yang melemah, biarlah anak muda yang rancang agenda yang menghibur suami ibu. Keputusan akhir, redhalah raikan bersama besan ibu di mana tarikh lahirnya sama iaitu 2 Januari, Cuma berbeza tahunnya sahaja. Suami ibu lahir tahun 1945, besan pada tahun 1959. Semoga selepas ini, diharap Cikgu Nordin akan wujudkan team work yang ...

Nilai Persahabatan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi bahkan Maha Mengetahui segala bisikan hati para hamba-Nya.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat Dan jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari kiamat. Lumrah hidup memang  tidak boleh lari dari ujian susah senang dan jerih payahnya. Namun apa sumbangan yang hendak diberikan ikut kemampuan agar tidak hilang  nilai keikhlasan. Contohnya di umur 60-an, dapur bukan lagi medan jihadnya kerana tangan mulai kebas, bànyak cawan, piring  dan tutup pyrex jadi mangsa, pecah tanpa sedar terlepas dari tangan.  Menjelang  tahun 2023 ibu amat berterima kasih kepada semua anak menantu dan cucu kerana semakin memahami kudrat ibu yang semakin melemah dan sentiàsa proaktif menyiapkan j...