Posts

Festival Ibadah Di Bulan Ramadhan

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah syukur ke hadrat sempat ibu seketika merakamkan kesyukuran yang amat sangat sempena hari ini 15 Ramadhan. Tetamu agung kami, Ramadhan terus berlari bakal meninggalkan kita 15 hari lagi. Allahu Akbar, bagaikan tercungap-cungap kami mengejarnya. Subhanallah, rasa tak cukup masa Dan pasti kami ketinggalan mengejarnya jika tidak ada mind set untuk bangkit seawal pagi. Menanti 10 akhir Ramadhan kami 4 beradik sedang berlatih dan melatih warga Gema Fajar istiqomah bangkit seawal jam 2.30 pagi dengan rutin taddarus terlebih dahu...

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, lama benar ibu tidak sempat hendak post apa- apa input dan perkongsian dalam Subur Fitrah. Bànyak masa ibu buat persiapan menyambut Ramadhan tetamu agung, kini sudah masuk hari ke-4 di samping menyambut tetamu jauh dari Johor dan Shah Alam. Ibu tulis blog ini sejak 22 Mac, tapi tak sempat nak siapkan. Mencelah di tengah persiapan rutin harian mencari bahan untuk Asmaul Husna Dan taddabur   Alhamdulillah Allah Al Bari' aturkan sepanjang minggu ini dikunjungi oleh ahli keluarga terdekat khususnya kakak dan adik dari Johor dan Shah Alam, mengendurkan tegangnya  rasa rindu ingin memeluk mereka. Tidak sama bertemu secara online setiap hari dengan pertemuan fizikal walaupun seketika cuma.  Meriahnya Jumaat penuh Barokah minggu ini sempat ibu tempah juadah nasi kuning, ayam goreng, buatkan sambal udang dan ikan percik.  Selepas solat Jumaat rombongan satu van  dan satu kereta melawat Matri. Ka...

Wanita Bugis Santuni Suami Penyabar

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga dan para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, selepas Subuh tadi tamat kami warga Gema Fajar taddabur surah Yusuf. Beberapa Kali menitiskan air mata dapat menjiwai watak Nabi Yusuf terpisah dari ayah yang mencintainya lebih 40 tahun. Allahu Akbar, benar-benar terhibur 'happy ending' kisah Nabi Yusuf yang sangat meruntun jiwa.  Alhamdulillah Allah ilhamkan sejak sekian lama  tergerak lisan ibu mengamalkan doa Nabi Yusuf,  "... Ya Allah, Engkaulah Penguasa dan pelindungku di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan menyerah diri kepada-Mu, hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh." Subhanallah, kesannya memang hebat, Allah sentiàsa hubungkan ibu deng...

Persiapan Menjelang Ramadhan (2)

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Segala  puji-pujian hanya milik Allah, Allah  Al Halim  yang Maha Menyantuni berbillion-billion kerenah para hamba-Nya.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen , tabiut tabieen salafus soleh,  ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah. Teman Gema Fajar terjumpa gambar lama kami tahun 1980/81. Allah izin di usia 60 tahun dipertemukan kembali dalam group Gema Fajar. Kami sama-sama bertaddabur setiap pagi saling melengkapi  kekurangan dan kelemahan yang ada. Syukur Alhamdulillah, semoga program ini berterusan dari generasi ke generasi mengajak diri, keluarga dan masyarakat Eslah diri hanya mengharapkan keredhaan-Nya  Diriku yang susah senyum Rutin harian kita menyapu habuk-habuk  di lantai lebih 5 Kali sehari, begitulah...

Semuanya PERCUMA. Pendidikan, Tempat Tinggal, Makan, Sekolah 20.000 PELAJAR

Image

Persiapan Menjelang Ramadhan 1444 Hijrah

Image
 Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya sanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah Subhanahu wa Taala. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kini taddabur melalui media Gema Fajar, semalam(Khamis)  sudah selesai surah Yunus Dan kini masuk surah Hud. Hari ini kami beri laluan kepada Puan Hjh Asnah taddaburi surah An Nas sebagai rutin taddabur juz Amma setiap pagi Jumaat. Biasa diselang seli dengan adik ibu Norhairiah. Terkesan mendengar kupasan beliau tentang 1001 ragam manusia yang perlu kita depanipun mesti mohon pertolongan Allah SWT. Ketika kendalikan usrah tengah hari Rabu bertajuk Hakikat Cinta 1st class seorang ibu berumur 70an ...

"Desire" & "will power"

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Allah yang mengatur dan mengurus kehidupan sejak dulu, kini dan selamanya dengan serba sempurna tanpa sebarang kecacatan. Allah tak pernah tidur dan rehat mentarbiyah para hamba-Nya agar sentiasa dekat kepada-Nya. Inilah hakikat taqwa yang memerlukan desire dan will power untuk mendapatkannya. Tadah niat untuk berubah dengan harapkan redha-Nya semata-mata. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabieen, tabiut tabieen salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT  Mutakhir ini sering terlintas wajah-wajah teman sekolah rendah  dan menengah lebih 50 tahun lalu. Ibu terkejut salah seorang yang mengenali ibu menegur. Kelakar pun ye... "Kau kalau senyum, aku tengok ...