Posts

10 Muharam 1445 Hijrah

Image
 Alhamdulillah, syukur Allah beri kekuatan kpd suami dapat berpuasa 9 dan 10 Muharam seperti tahun-tahun sudah menyahut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam . Minggu lepas, pasangan suami isteri dari Medan Indonesia datang mengejut ziarah kami bersama seorang pemuda dari kampungnya untuk masuk tingkatan 6@ Khassah. Si suami rupa2nya bekas anak murid Ustaz Omar. Ibu bersembang dengan isterinya, terkeluarlah cerita bekas pembantu rumah ibu yang pertama semasa ibu di Johor Baharu Dan kemudian berhijrah ke Shah Alam sekitar tahun 1989-1992. Erna Sari bte Elias namanya. Bacaan Qur'annya amat merdu. Oleh kerana adik bungsu ibu amat perlukan pembantu rumah ( anak2 nya masih kecil), ibu pujuk Erna bekerja dengan adik kerana anak ibu dah besar darjah 2 dan 4 (Zubir anak abang duduk sekali). Walaupun pada awalnya Erna keberkatan, akhirnya dia seronok sebab rumah adik Penuh dengan bunga dari Cameron Highland untuk dibuat gubahan bunga untuk dijual. Pandai Erna gubah bunga dan akan pul...

Daurah Murabbiyah

Image
Seronok diapit oleh pemudi Haluan@Haluanita. Anak ukhti Zaiton@cikgu Azmi dan anak Ukhti Marfuah. Kenangan berdaurah bersama pada 7-8 Julai  Alhamdulillah, pujian hanya milik Allah Raja segala Raja berkuasa atas segala yang di langit dan bumi, sentiàsa sibuk mengurus atur keperluan setiap hamba-Nya di langit dan si bumi. Bagi kita yang beriman dengan Nama Allah Al Malik, hendaklah berusaha semaksima mungkin mendekatkan diri kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan agar dipermudahkan proses mendapat keredhaan - Nya. Hari ini merupakan Jumaat terakhir dlm tahun 1444 Hijrah, memang bànyak perkara  yang  ingin ibu kongsikan, tapi ruang dan masa  untuk menaip amat terhad.  Syukur Alhamdulillah, permintaan nak korban unta di Makkah Allah makbulkan. Semoga Allah terima ibadah korban kami, Insha'Allah. Ampuni segala dosa kami Ya Allah. Ibu tergerak nak korban unta selepas taddabur Qur'an surah Al Hajj, kuat keyakinan nak korban unta walaupun mustahil nak lakukan d...

Hamasah Dan Pengorbanan

Image
 Alhamdulillah , sebesar-besar kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayangnya ibu diberikan kesempatan berkongsi input di bulan Zulhijjah yang penuh Barokah. Semoga perkongsian ini merupakan 'turning point' kebangkitan anak muda dalam medan dakwah dan tarbiyah. Allah yang aturkan, ibu tidak pernah minta, tapi inilah anugerah Allah kepada ibu sempena bulan mulia Zulhijjah. Allahu Akbar, Maha Baiknya Allah.  Linangan air mata merayu anak muda bangkit demi kegemilangan Islam di masa depan. 

Usah Tertipu Dengan Nilai Dunia

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus hidup sedangkan ramai insan seusia, bahkan lebih muda telah dijemput kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah ampuni segala dosa mereka dan himpunkannya bersama roh para solehin dan solehah.  ya Allah, jadikanlah yang paling baik dari umurku adalah akhirnya, yang paling baik amal-amalku adalah penutupnya, dan yang paling baik hari-hari yang kulalui adalah hari berjumpa dengan Engkau" Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Allahuma solli ala Muhammad wa ala alihi Muhammad... Juga ahli keluarga baginda,  para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada-Nya hingga hari Kiamat. Dua minggu mutakhir ini macam -macam rasa melanda. Ada masa rasa sebak, terharu, rindu dan 1001 rasa menerpa, namun masih dalam bingkai ketenang...

61 Tahun Kini berbaki 2 tahun ikut umur Rasulullah sallallahu alaihi wassalam

Image
 Alhamdulillah, Segala Puji-pujian hanya milik Allah tempat kita bersandar dan berpaut sepanjang masa, sejak dulu kini dan selamanya. Selawat buat junjungan tercinta Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.  Menjelang usia 61 tahun pada 27 Mei hari ini terpanggil hati ibu untuk berkongsi perasan semakin lanjut usia ini dalam persiapan untuk transit di alam barzakh tak lama lagi. Sentiàsa 'get ready' menyusul roh ayah bonda tercinta dan juga kekanda serta insan-insan soleh yang mendahului kami menuju ar rafiqul a'la. Paling terkesan di hati hari Khamis malam Jumaat, ketika mati seketika (tidur) sebelum dibangkitkan kembali pada jam 3.00 pagi, Roh ibu bertemu Almarhumah bonda Hjh Salamah bte Salim. Allahu Akbar, terlepas rindu dan sempat Almarhumah sapu rata minyak wangi di leher ibu. Subhanallah, petanda apakah ini? Adakah tidak lama lagi ibu akan menyusulnya? Ibu tertanya kakak dan adik bungsu, meruntun jiwa membaca respon mereka. Mimpi minyak wangi petanda mimpi yang baik. A...

Festival Ibadah Di Bulan Ramadhan

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang  Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah syukur ke hadrat sempat ibu seketika merakamkan kesyukuran yang amat sangat sempena hari ini 15 Ramadhan. Tetamu agung kami, Ramadhan terus berlari bakal meninggalkan kita 15 hari lagi. Allahu Akbar, bagaikan tercungap-cungap kami mengejarnya. Subhanallah, rasa tak cukup masa Dan pasti kami ketinggalan mengejarnya jika tidak ada mind set untuk bangkit seawal pagi. Menanti 10 akhir Ramadhan kami 4 beradik sedang berlatih dan melatih warga Gema Fajar istiqomah bangkit seawal jam 2.30 pagi dengan rutin taddarus terlebih dahu...

Marhaban Ya Ramadhan

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, lama benar ibu tidak sempat hendak post apa- apa input dan perkongsian dalam Subur Fitrah. Bànyak masa ibu buat persiapan menyambut Ramadhan tetamu agung, kini sudah masuk hari ke-4 di samping menyambut tetamu jauh dari Johor dan Shah Alam. Ibu tulis blog ini sejak 22 Mac, tapi tak sempat nak siapkan. Mencelah di tengah persiapan rutin harian mencari bahan untuk Asmaul Husna Dan taddabur   Alhamdulillah Allah Al Bari' aturkan sepanjang minggu ini dikunjungi oleh ahli keluarga terdekat khususnya kakak dan adik dari Johor dan Shah Alam, mengendurkan tegangnya  rasa rindu ingin memeluk mereka. Tidak sama bertemu secara online setiap hari dengan pertemuan fizikal walaupun seketika cuma.  Meriahnya Jumaat penuh Barokah minggu ini sempat ibu tempah juadah nasi kuning, ayam goreng, buatkan sambal udang dan ikan percik.  Selepas solat Jumaat rombongan satu van  dan satu kereta melawat Matri. Ka...