Posts

Hijrah atau Bercuti?

Image
  Sekadar hiasan dan kenangan ketika UOHS masih sihat  tahun 2016-2017 Alhamdulillah thumma  Alhamdulillah  Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bum.i yang menguruskan segala isi langit dan bumi mengikut kehendak- Nya yang Maha Mengetahui. Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam  Hari ini, sebelum Zohor, suami dikunjungi tetamu dari Turki (Syeikh Hamid)bersama kepimpinan tertinggi Haluan Malaysia. Terasa Izzah dengan kehadiran mereka, namun ibu terasa agak ralat kerana tidak berpeluang menjamu nasi kerana waktu itu memang waktu makan tengah hari. Ibu dimaklumkan mereka telah  diatur lunch di MATRI.  Sebelum Maghrib ibu dikunjungi oleh seorang ushawan wanita yang  berjaya. Kami bersembang tentang 'husnul khatimah' menceritakan pengalamannya menyantuni kedua ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya. Menurutnya bila banyak berkira dengan ibu bapa, rezekinya terasa sempit. Allah beri k...

Lapangkan Dadamu

Image
 Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Pemurah dan Penyayang-Nya ibu dapat hiburkan diri, suami, kakak-kakak kandung serta warga Gema Fajar dan family masing-masing setiap pagi tanpa cuti. Hazamin fadhli rabbi. Kami akan cuti jika waktu pagi ada program Gema Fajar yang lain seperti menyambut hari ke 500 (telah selesai di rumah Ukhti Kamaliah) GF dan hari ke 600 yang akan diadakan pada 20 Januari 2024, di Rumah Ngaji Mawaddah. InshaAllah. Taddabur hari Jumaat semalam Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam kaum keluarga para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada Allah SWT. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua terpilih berada dalam rombongan mujahid yang sentiasa merindukan syahid. InshaAllah. Berita Syahidnya Syeikh Dr Soleh Ar Rouri benar-benar mengetarkan hati hingga terbit air mata sepanjang ibu membaca kisahnya. Setiap hari perkembangan semasa di Palestine akan ibu ko...

Takdir Allah Sentiasa Indah

Image
 Alhamdulillahi Rabbil alamin. Puji-pujian sepenuhnya hanya milik Allah penguasa sekelian alam. Ya Allah, terima kasih Engkau pilihkan keputusan yang lebih daripada apa yang kuharapkan. Adalah lebih mulia kita hidup dalam perancangan Allah, bukan dalam perancangan kita sendiri. Allahu Akbar. Rindu nak travel macam ninil Inilah keajaiban yang ibu perhati setelah pegawai Perkeso memberi alternatif lain atas faktor umur dan sakit jantungnya tidak sesuai menjadi calon pusat rehab Perkeso Melaka . Ukhti Nasitah, pengetua Matri menemani ibu ketika pegawai Perkeso itu melihat keadaan suami. Pegawai itu permudahkan urusan ibu dan akan berbincang sendiri dengan anak-anak. Indahnya penyusunan Allah ditakdirkan insan cemerlang bersama ibu. Cikgu Nasitah berikan saranan " Bagi terus no hp Dr Bahijah, lebih mudah sebab dia Doktor dan tahulah dia uruskan keperluan kesihatan ayahnya". Dari saranan indah pengetua cemerlang itu terdetik di hati ibu indahnya perancangan Allah. Subhanallah. Ras...

Hadiah Ulang Tahun ke-79

Image
 Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Baik -Nya, Allah aturkan agenda terbaik untuk suami dengan harapan kesembuhannya dipermudahkan.  Suami amat memahami ibu sangat rindukan kampung halaman tempat ibu dibesarkan. Sudah sampai masanya tangki emosi ibu perlu dipenuhkan kembali melalui jaulah atau travel merentasi negeri. Lebih 58 tahun hidup ibu diwarnai dengan travel, musafir dan melancong. , Allah izin kini sudah 2 tahun ibu tidak berpeluang keluar dari Perlis. Suami ibu faham ibu manusia biasa dan bukan robot, perlu diceriakan emosi agar sentiasa stabil. Plan A untuk jaulah hujung tahun telahpun dibuat, hampir menjadi kenyataan kerana ada seorang sahabat RA menawarkan Toyota Noahnya untuk menghantar kami ke Tangkak. Anak ibu ketika itu masih bertugas di Mekah. Allah izin hati tidak selesa menyebabkan ibu tangguhkan dulu ke tahun depan sempena hadiah ulang tahun suami buat Kali ke 79 dan cadangan jaulah selepas suami selesai...

Utamakan Santuni Ayah Bonda

Image
  Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekalian alam dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil alamin. Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta, Rasullullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah menolong agama Allah. Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua kini Gema Fajar telah selesai taddabur semua keenam-enam surah hawawmim. Yang ramai kaum ibu tersentuh apabila ibu bacakan tafsir Al Azhar dan fizilal Al Qur'an berkaitan Surah Al Ahqaf ayat 14-18, sampai ramai yang minta rakaman untuk dikongsi dengan anak masing-masing. Allah izin rakaman ada masalah, terhilang yang ibu rasa pasti ada hikmahnya.  Perlu ulang baca dan taip di sini agar anak-anak serta cucu-cucu muhasabah diri masing-masing memilih untuk menjadi anak yang menyantuni ibu bapa atau sebaliknya. Bacalah tafsir surah Al Ahqaf ayat 15-18. Ramai anak-anak termasuk di kalangan ramai anak walaupun ada title 'Asatizah' juga terlepas pandang dan tid...

Jauhi hasad dengki..

Image
 Di mana kita berada, tidak boleh lari dari ujian dan tribulasi. Inilah hakikat kehidupan, kebenaran pasti digugat dengan kebatilan gara-gara kejahilan dan jauh dari Al Qur'an.

Nikmatnya Taman-Taman Syurga

Image
Gaza dibedil bertub-tubi oleh Regim Zionist laknatullah. Anak-anak, kaum wanita dan warga emas yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jika ibu tidak istiqomah teruskan program taddabur Gema Fajar, kemungkinan besar persepsi ibu sama seperti ibu-ibu lain "kenapa Allah tidak binasakan sahaja puak Zionist itu!!!" Syukur Alhamdulillah, berbekal dengan sedikit kefahaman hasil menjadi juru baca buku-buku taddabur, terbayang masa depan para mangsa sangat membahagiakan di sisi Allah SWT. Mereka berombongan berbondong-bondong masuk syurga tanpa hisab. Subhanallah, ibu bayangkan bedilan bom bertub-tubi itu seperti sebuah pesta mereka dijemput oleh malaikat rahmat menghadap Allah tanpa sebarang penderitaan lagi. Mereka semua sudah siap menunggu kematian yang merupakan satu perjalanan menuju alam abadi menuju Kekasih yang sedang merindui mereka. Allah izin sepanjang minggu ini kami bertadabur surah Zumar yang bermaksud berombongan samada menuju ke destinasi Syurga bagi orang-orang yang berta...