Posts

Pecutan 10 akhir Ramadhan

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bumi. Allah Al Malik (Maharaja) yang perlu kita kenali, cintai dan rindui. Proses taaruf dan Makrifatullah sangat perlu dirutinkan setiap hari.  Bak kata Zinirah r.a yang menolak tawaran kaum musyrikin menyembah berhala Latta dan Uzza"berhala tu tak kenal aku, bagaimana aku nak sembah?" Cerdik jawapannya. Tersirat maksud bahawa perlunya kita sembah Tuhan Yang menjadikan dan mengenal serta mencintai kita sebagai hamba-Nya. Kita juga perlu kenal Tuhan Yang kita sembah melalui Al Qur'an yang ditaddaburi secara istiqomah. Almarhum Dato' Nik Aziz pernah ingatkan bahawa para pendosa melakukan maksiat kerana mendewakan atau memuja hawa nafsu. Pemuja hawa nafsu dengan sendirinya tidak memuja Allah. Paling terkesan maksud tersirat apabila terdengar Ustaz Muin @Ghulam Qur'an berikan ulasan, dalam melakukan ibadahpun ada orang terlalu menurut hawa nafsu. Kerja D...

Ingat Kematian Mereka, Kita Bakal Menyusul

Image
 Pagi Jumaat penuh barokah, cepat sungguh masa memecut laju, tidak sangka hingga ibu terlupa rupa-rupanya hari ini sudah masuk 22 Mac bersamaan dengan 11 Ramadhan. Terlupa sungguh 20 Mac adalah Ulang Tahun perkahwinan kami ke-9. Tak pentingpun sebab bukan bulan Islam.  Hari ini warga Gema Fajar meraikan majlis khatam Qur'an setelah selesai membaca 30 juzuk Al Qur'an siap dengan terjemahannya setiap hari mulai jam 2.00 pagi dijayakan oleh kakak ibu Hjh Nortipah dan adik bungsu Hjh Norhairiah disertai lebih kurang 15-20 warga Gema Fajar yang benar-benar komited meraikan festival ibadah spnjg Ramadan. InshaAllah. Cenderahati telur asin, lauk untuk sahur  Ibu diberikan peluang berkongsi tentang Asmaul Husna mulai jam 3.30 pagi. Setakat hari ini dah 11 nama Allah yang ibu kongsikan merujuk Amazing Qur'an, ringkas dan padat mengambil masa 15-20 minit. Lebih menarik dapat mengkaji seerah kewafatan ummul mukminin Saidatina Siti Khadijah died on the 11th day of Ramadan the 10th ye...

Mudawamah (Rutinkan)

Image
 Jumaat pertama bulan Ramadhan 1445 Hijrah  Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang memiliki hari pembalasan. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, murabbi Agung yang sentiasa membawa khabar gembira bagi orang beriman... Istilah Mudawamah ibu faham i  dari buku Gurbatul Qur'an. Penulis buku itu menyarankan menyantuni Al Qur'an perlu ada Jadual khas, bukan bila lapang baru nak baca. Al Qur'an adalah silibus utama dalam kehidupan yang memandu kebahagiaan dunia dan akhirat. Masayarakat Gaza, walaupun telah kehilangan segala-galanya, tanpa rumah, tanpa sekolah, tanpa hospital namun pendidikan Al Qur'an tetap diteruskan agar Allah sentiasa di hati. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Sempena Ramadhan Kali ini ibu sudah niat dari awal sebelum Ramadhan agar Allah kurniakan kami nikmat Ramadhan bersama Rasullullah sallallahu alaihi wassalam. Semoga Allah sentiasa pilihkan aktivi yang terbaik untuk kami sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, adik bungsu ibu telah...

Semarak Ramadhan 1445 Hijrah

Image
Alhamdulillah, selesai sudah forum Perdana Gema Fajar meraikan  khatam taddabur Qur'an 30 juzuk pada hari Selasa, 5 Mac 2024. Mulai minggu depan akan bermula taddabur pusingan kedua melibatkan pentadabur baru iaitu ukhti Asnah dan Ukhti Maznah.  Allahuma bariklana fi Rejab wa Syaaban wa balighna Ramadan Allahumma salimnî min ramadlâna wa sallim ramadlâna lî wa tasallamhu minnî mutaqabbalan" Artinya: "Ya Allah, sampaikan aku [dengan selamat menuju bulan] Ramadhan. Sampaikanlah Ramadhan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadhan." Niat semoga Allah kurniakan kita kemanisan nikmat Ramadhan spt mana yg dirasai oleh Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat. Heart setting - murnikan Niat - Puasa Harapkan Redha Allah semata-mata. Apabila niat melakukan sesuatu kerana Allah, lahir dari lubuk hati , mesej akan sampai ke otak. Otak akan alirkan arahan melalui urat saraf secepat kilat, segala organ dan pancaindera akan bersedia melaksanakan titah perin...

Wujudkan Mind Set Ingin Komited Dalam Dakwah dan Tarbiyah

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa ilhamkan agar ibu tidak  mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini, melainkan hanya Redha Allah. Redha Allah bersama Redha suami, di sinilah yang ibu harapkan, Redha suami yang sentiasa mendoakan kerja dakwah dan tarbiyah melalui lantunan kuliah Gema Fajar setiap hari.  Ibu amat tersentuh dengan teguran tetamu semasa mereka berkunjung di rumah anak ibu di CVR 2, "muka ustaz bersih". Ibu berkongsi dalam group family dan menyambung "sebersih hatinya". Alhamdulillah, menemani dan menguruskan suami tidaklah sukar jika hati ibu sentiasa Redha dan bersyukur mendapat peluang keemasan ini. Di 'back up' dengan anak-anak yang sentiasa patuh dan setia bersama dalam dakwah dan tarbiyah sepanjang hayat. Apabila melihat dengan mata kepala sendiri  penglibatan anak menantu dan cucu-cucu dalam program Haluan, terubat hati suami ibu dapat menumpang kasih di rumah Mubarak.  Ibu harap se...

Doa Allah Redha

Image
 Alhamdulillah, tahun yg sangat berkah Allah kurniakan, dipermudahkan bangkit lebih awal pagi memanfaatkat malam doa dimakbulkan Allah iaitu Malam Nisfu Syaaban. Ibu bimbang juga jika tergolong dalam kelompok orang yang bermusuh atau dimusuhi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati ibu berdoa dalam sujud yang lama solat tahhajud. Semoga Allah makbulkan doa ini dan diampuni segala dosa yang lalu. InshaAllah. "Ya Allah , aku Redha semua anak-anakku, anak-anak tiriku, anak-anak didikku". Semoga Allah ampuni kelemahan dan ketidakmampuan ibu melayan semua ragam anak-anak, menantu-menantu  dan cucu-cucu. Bagi ibu,  mereka memang layak menempah syurga Allah SWT  dengan hidayah dan taufiq Allah SWT.  Hidayah dan taufiq hanya dari Allah. Sebagai orang tua, ibu berusaha mewarisi akhlak almarhum abah dan emak melalui keteladan mereka tidak melabel negatif, sentiasa doakan mereka, memaafkan. Semoga apa yang kita lakukan seikhlasnya akan diwarisi oleh anak cucu setelah kita trans...

Jadilah Insan Yang Rabbani

Image
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami pulang ke Perlis diiringi doa insan tersayang yang tulus ikhlas harapkan kami Selamat sampai ke destinasi. Ditemani anak angkat kesayangan suami, akhi Khubaib dan driver Van akhi Zulkifli Willi, perjalanan pulang kelihatan 'smooth' tanpa traffic jem. Bertolak jam 8.00 pagi, sampai Tunjung lebih awal dari jangkaan iaitu jam 5.15 petang. Kami ditunggu oleh Rohaya dan jiran terdekat.  Alhamdulillah, hampir 9 tahun menghuni di Tunjung, ramai yang tsiqah dan setia menanti kepulangan kami.  Tergenang air mata meninggalkan rumah Melaka yang barokah menerima tetamu tidak putus dan disantuni oleh Mubarak dan Sofiyah sekali dengan besan di sebelah rumah. Meriahnya rasa sayang nak tinggalkan rumah penuh barokah ini. Semoga terus barokah selamanya. InshaAllah menanti kami berpuasa dan berhari Raya tahun hadapan, InshaAllah. Serba Salah nak balik Perlis. Niat balik seketika untuk menyantuni suami sahaja. Jasad di Perlis , jiwa tinggal di Mel...