KESAN "MASDAR WAHID"
Mabruq kepada semua ibu bapa yang hantar anak-anak ke MASDAR... Subhanallah memang tidak sia-sia ibu bapa mereka mengumpul dana membina sekolah Tahfiz untuk mendidik mereka dengan manhaj Rabbani, menghafal Quran sejak tingkatan 1.. Menjelang tahun 2015 lengkap sudah adanya pelajar Tingkatan 1 ,2,3,4 dan 5. Allah izin ibu berpeluang ikut besan menjadi tetamu 'Majlis Makan Malam' di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin di Changloon , Kedah. (MASDAR) Adik menantu yang b ungsu bernama Akeef adalah batch pertama MASDAR Perkataan 'MASDAR' bermaksud 'pemancar' yang selalu ibu dengar di peringkat awal menerima Tarbiyah. Iman menjadi MASDAR ,MOTIVASI, penggerak dan pencetus kegigihan beramal soleh dan melakukan amal Qowi. Masih terngiang-ngiang suara ustaz menyebut 'Masdar Wahid' boleh diertikan 'pemancar yang satu' iaitu pancaran Iman yang bermula dari hubungan hati yang kuat dengan Allah SWT. Tema MASDAR a...