Posts

Fastabiqul Khairat ~ Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan.

Image
  Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan Tuhan kalian di samping syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi. Syurga tersebut disediakan untuk orang yang bertakwa dan menginfakkan harta mereka dalam keadaan senang dan susah." (Ali Imran : 133-134) 12-14 Mac , Allah izin ibu berpeluang bermusafi r lagi.. Musafir kali ini ibu nekad untuk menyelesaikan membaca novel 'Ayat-Ayat  Cinta 2' yang dibeli awal Mac lalu di 'Jakarta Islamic book fair' untuk dijadikan sumber inspirasi menyampaikan fikrah Islam secara santai kepada  remaja di sekolah anak sulung kami pada 16 April 2016.  M aklumlah t rend r emaja sekarang tidak sama seperti zaman 1970 an dahulu..Kini mereka dikelilingi dengan 1001 filem cinta, kemudahan 'screen touch' di tapak tangan, boleh menonton di mana-mana,  khususnya filem-filem dari Korea.  Ini yang disampaikan oleh guru-guru mereka  melalui anak sulung  yang mengajar di sekolah ...

Barisan Pertama ~ Asuhan Permata Syurga

Image
Subhanallah..Maha suci Allah  yang  mengatur kehidupan  yang sungguh indah ini. Rancanga n hendak terbitkan buku tergendala seketika kerana Allah izin empat bulan berturut-turut fokus buat persiapan mencari bahan untuk selesaikan kontrek 5 siri bengkel asuhan Permata Syurga untuk para pendidik taska dan tadika.  Alhamdulillah  d alam segala kekurangan diri, Allah lengkapkan dengan kehadiran para ansor  yang banyak mempermudahkan segala urusan.  Persembahan Lesson Plan dari wakil Korahmah  Tugas kita hanya melaksanakan segala perintah Allah  dengan penuh ketaatan dan keikhlasan, Insya Allah, dengan rahmat kasih sayang-Nya , Allah akan campak rasa kepuasan, kecukupan dan rasa syukur. Rezeki sudah Allah atur, tidak perlu berpenat lelah  untuk mengejarnya,  Dengan berjalan perlahan-lahan atau duduk diampun, Insya Allah rezeki pasti ada, sedangkan ulat dalam batupun sudah ada rezeki yang Allah tetapkan, apa lag i jika terselit n...

Besarnya Jasa Pengasuh Ahli Syurga

Image
Usia bayi dan  kanak-kanak  mulai  0 hingga  4  tahun merupakan tempoh yang amat menarik dan menakjubkan jika memanfaatkannya sebagai peluang membina generasi pewaris yang kukuh akidah tauhidnya. Ketika ini  qalbu bagai sponge, mudah menyerap dan  amat peka dan sensitif syuurnya serta cerdas ISEQ (Intelek, spiritual dan emosi) menerima apa saja  corak ransangan  yang diberikan. Ketika menyampaikan kuliah,  slot ke-3 Bengkel Asuhan Taska Tarbawi menyentuh tajuk yang amat penting iaitu Perkembangan Deria/Sensori dan Pemahaman Dunia Persekitaran, baru ibu tersedar betapa besarnya jasa mereka  yang berurusan  dengan 'ahli-ahli syurga', khususnya kaum ibu sepenuh masa serta pengusaha dan pendidik Taska (Taman Asuhan kanak-Kanak). Jika ibu diberi peluang membuat penilaian antara  pendidik Taska, Tadika , sekolah Rendah dan sekolah Menengah serta  pensyarah IPT (Institut Pengajian Tinggi),  golongan manakah  y...

Tempat Yang Jatuh Lagi Dikenang...

Image
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Musafir kami ke Johor terserentak dengan  tiga program penting di Matri iaitu program Pewaris (putera puteri Tingkatan 4, sekolah Haluan seluruh Malaysia), PLM (perhimpunan Lepasan Matri) dan mesyuarat bulanan di mana sepatutnya suami perlu ada  bersama. Tiket Fire Fly telah kami tempah seawal dua bulan sebelum program ini diputuskan diadakan di Matri. Kami ke Johor untuk memenuhi permintaan Haluan Johor, menemui bakal besan untuk menghantar 'tanda jadi nikah' dan program taska dan silaturahim di Tangkak. Pakej 4 in 1~ termasuk silaturahim Insya Allah. Rasa bersalah juga apabila di saat akhir mendapat maklumat program kami 'clash'  dengan program-program penting  ini. Alhamdulillah  suami meyakinkan timbalan mudir  dan guru-guru Matri sudah biasa melaksanakan tugas-tugas ini dengan sebaik-baiknya setiap  tahun. Jazakumullahu khairan kathira .... Lega  rasanya..Alhamdulillah Memang terh...

Api Tauhid Penghancur Kebatilan

Image
Kelazatan membaca wajib kita suburkan kerana kalimah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW adalah IQRA....Bacalah. Mundurnya umat Islam sejak zaman penjajahan berpunca dari lemahnya  minat membaca, lemah berfikir hanya menjadi  pak turut, ikut sahaja arus perubahan semasa yang meracuni dan merosakkan akidah..Budaya membaca amat perlu disemarakkan dalam masyarakat Islam khususnya kerana sebarangan perubahan menuju kematangan bermula dengan ilmu. Tanpa membaca, tidak berlaku proses berfikir. Tanpa berfikir bagaimana mungkin akan mendapat ilmu.  Allah izin ibu berpeluang ikut serta ALP Smartop pre school bermusafir ke 15th Islamic Book Fair  di Jakarta...kami berada di sana pada hari Khamis dan Jumaat, penghujung 5-6 Mac tidak digalakkan berada di sana kerana terlalu ramai pengunjung dan keadaan jalan raya lumrahnya memang  macet. Demi menggalakkan budaya  membaca , ibu amat menyarankan setiap ahli keluarga 'set'kan hari keluarga  dibuat  se...

Suburkan Fitrah ~ Amanah Dari Allah

Image
Alhamdulillah..syukur ke hadrat  Allah SWT, apa yang disemai, Insya Allah akhirnya hasil tuaiannya lebih baik.  Allah anugerahkan bantuan untuk team work di Johor.. Ibu sebagai Muhajirin  hanya sekadar membantu memberi input kepada  pendidik Taska sekitar Perlis  dianjurkan oleh Taska Impian Wawasan UiTM , Arau Perlis. Semalam  merupakan slot kedua, Perkembangan Bahasa, Komunikasi  dan Literasi Awal. Slot pertama  telah selesai dilaksanakan hujung  bulan Januari berkaitan Perkembangan Sosio emosi, sahsiah dan kerohanian. Dalam proses membantu  di zon utara, sahibah zon tengah membantu Smartop Subur Fitrah di zon selatan. Alhamdulillah, begitu cantik apa yang Allah aturkan. Imaginasi menaiki  private  jet  mengelilingi  syurga Keunikan pendidikan awal kanak-kanak akan terserlah apabila  jiwa  para  pendidiknya mendapat  input  yang berkualiti, bersih daripada ...

Begini Seharusnya Sistem Pendidikan Kita

Image
Hanya Orang Mukmin Yang Mampu Mengamankan Dunia Selama ini , Allah izin memang rasa sudah tertipu  dengan pendidikan sekular. Sepanjang  berada  dalam sistem pendidikan sekular  yang didaulatkan oleh  Kementerian Pendidikan seluruh dunia termasuk Malaysia baru kini sedar bahawa sistem itu  sia-sia belaka. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita  yang jahil tentang  hakikat  tipu daya ini.. Murabbiku masih istiqomah mengulas muqadimmah 'fizilal al Qur'an' sejak  hujung tahun 2015 dalam usrah gabungan setiap minggu,  walaupun tahun 1970-80an sudah dihidangkan oleh UDMZ. .Ini menunjukkan betapa pentingnya  kita  ditubi selalu dengan kefahaman dan kesedaran tentang mesej yang ingin disampaikan oleh As Syahid  Syed Qutb yang lebih memahami tipu daya  sekular  yang menyerang  semua sendi pendidikan dunia dalam rangka ingin menyesatkan umat Islam di bumi ini. Semoga  usaha  kecil dan ke...