Posts

Kematian Yang Menghidupkan Jiwa

Image
Ahad, 29 September 2019  sebaik sahaja selesai mengedit  bab 7 (Penutup)  buku '30 Tahun Dalam Naungan Tarbiyah,' selepas  Zohor ibu mula bersiap menghadiri Usrah Amal di rumah pengerusi Haluanita Perlis. Walaupun sebelum Subuh panggilan jihad  ke usrah dimaklumkan,  Alhamdulillah semua ahli dapat  hadir kecuali seorang berada di luar Perlis. Tepat jam 3.00 petang program bermula. Tidak lama selepas kami bertadarus  surah Al Waqiah, ibu dikejutkan oleh deringan telefon dari Johor memaklumkan  berita yang sangat menyedihkan. Bergenang air mata, seolah-olah peristiwa itu berlaku di hadapan mata. Tidak lama kemudian mendapat 'whatsapp' dari sahibah Kelantan memaklumkan berita menantunya  meninggal dunia di Johor dan beliau sempat  e-mail bab 5 dan 6 yang telah diedit. Sepanjang usrah  ibu tidak boleh  nak focus, kesedihan mulai bertakhta dan jiwa ibu berada di Johor ingin memujuk ibu-ibu tunggal yang terkejut mendengar berit...

Mukhayyam Melahirkan Ukhuwwah Sejati

Image
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah dalam banyak kekangan  yang menyekat pergerakan, Allah izinkan juga ibu dapat hadiri Mukhayyam Haluanita cawangan Perlis di Kem Wang MU. Program dikendalikan oleh pasangan suami isteri berusia  40-an yang telah menginfak@ wakafkan segalanya bahkan nyawa  mereka  untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Isterinya bekas guru  Kimia mewarisi penyakit keturunan dengan masalah saraf mata menjadi buta  secara perlahan-lahan.   Alhamdulillah, walaupun masih muda, keikhlasannya amat dikagumi... Walaupun dalam keadaan lebih 90% buta, tidak menghalang beliau bergading  bahu menjayakan wawasan akhirat kami. Anak-anaknya menjadi mata-mata yang sentiasa ingin mempermudahkan urusan  ibunya. Allah..., malunya kita di hadapan Allah...kita yang  celik dan sihat mata meletakkan 1001 alasan, tidak mahu hadir pelbagai program yang telah disusun atur  untuk meningkat kualiti iman,ibadah kita hanya untuk-NYA....

Anak Menjadi Tuan?

Image
Salam Merdeka kali ke-62 (Sabtu) dan Salam Tahun Baharu  Hijrah 1441 (Ahad) Alhamdulillah segala puji-pujian  hanya milik Allah. Selawat dan salam buat Rasul junjungan SAW.  Semoga  Allah merdekakan kita semua  dari kongkongan hawa nafsu dan gangguan syaitan serta kurniakan kita Hidayah dan Taufiq-Nya menikmati  kemanisan Hijrah menuju kepada Redha-Nya.  Sedikit  pengalaman yang  ingin ibu kongsikan berlaku pada petang Jumaat yang penuh barokah 30 Ogos 2019. Ibu dikejutkan dengan panggilan telefon seorang ibu tunggal yang balik kampung (Perlis) dari Kuala Lumpur memanggil ibu ustazah.  Siapa sahaja yang belum bertaaruf atau belum kenal  ibu akan panggil ibu "ustazah."   Benarlah kata-kata salah seorang abang  kandung ibu sebelum ibu berhijrah ke Perlis pada tahun 2015 "jangan toleh  ke belakang lagi, terus  terima.., mana tahu bila duduk di sana nanti  awak jadi ustazah." Dalam taliansebela...

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ Apabila aku Sakit, DIA Yang Menyembuhkan

Image
Isnin, 26 Ogos, sebelum Subuh seawal  jam 2.00 ibu terjaga, kepala rasa berat dan badan rasa tidak selesa. Jika dibiarkan mungkin boleh  demam agaknya. Ibu cuba sambung tidur, kemudian terjaga lagi jam 4.00 pagi dalam keadaan tekak rasa mual. Sambil merawat diri 3 kali  'tapping' EFT(Emotional Freedom Technique) di samping ibu bermunajat mohon Allah berikan kesembuhan. Ibu perlu sihat kerana jam 7.30 pagi, ibu perlu memandu ke hospital menemani suami. Dari 5 malam (mulai 20 - 25 Ogos), ini kali pertama ibu tidak bermalam menemaninya  di wad 1 kerana  anak lelaki  menawarkan diri hendak menjaga ayahnya. Ibu bermalam di homestay yang disewa oleh family anak bungsu sekaligus dapat  bersembang bersama  besan tetamu istimewa dari  Johor.  Selepas azan Subuh, sebaik sahaja  selesai beri salam solat Fajr, ibu terus termuntah atas telekung kerana  tidak sempat buka untuk ke tandas. Pahit rasa di tekak namun Alhamdulillah selepas m...

Mar'atus Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia

Image
Tajuk 'Mar'atus  Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia' diberi lebih sebulan lalu menanti seminarnya pada hari Jumaat, 16 Ogos. Persiapan ke arah membentangkan tajuk itu hanya berputar-putar dalam kepala lanjutan dari program bulan Julai yang bertajuk "Mencontohi Wanita Di Dalam Al-Qur'an" Idea sudah ada tetapi sayang  tidak sempat  hendak duduk tenang mendokumentasikan dalam bentuk 'power point'. Agak  sibuk juga buat serba sedikit persiapan  menanti anak-anak hendak balik beraya Haji. Begitulah lumrah ibu-ibu di manapun mereka berada.  Alhamdulillah anak sulung tawarkan diri  hendak masak 'Nasi Maqlubah' yang biasa  dibuat setiap Musim Raya Haji sebelum kehadiran ibu di Tunjung. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak  tangan nyiru kami tadahkan. Anak solehah memanjangkan amal jariyah almarhum bondanya di mana  ibu sendiri  tidak mampu berkorban semulia itu. Semoga pengorbanan seperti ini akan diwarisi oleh adik-adik, anak-ana...

Kita Tiada Hak Melabel Negatif...

Image
Sebaik sahaja selesai kongsikan  tajuk 'psikologi remaja' ibu perasan  warden asrama puteri sedih duduk  di hujung belakang sekali... Tertanya-tanya adakah dia tersinggung? Bila ditanya jawabnya; "ana rasa bersalah...dah malukan seseorang di khalayak ramai..." Jika tersilap, tidak hina jikakita minta maaf, bahkan mangsa itu akan akui kesilapannya menyebabkan kita marah. Halaqah guru/asatizah Khamis lalu kami buat 'brainstorm' bagaimana  cara kita hendak menyantuni remaja bermasalah di dalam kelas. Banyak  aduan yang ibu  terima pelajar  tidak hormati guru, tidak masuk kelas,  sesuka hati keluar kelas tanpa minta izin,  dalam kelaspun asyik  tidur. Tidak menjawab soalan peperiksaan, hantar kertas kosong. Latihan tidak buat dengan alasan tiada pen, buku latihan hilang dan seumpamanya.  Di sekolah  harian  biasa lebih teruk lagi, murid  bergaduh dengan guru dan  tidak beradab (kurang  ajar)....Memang sed...

JOM Sama-Sama Kita SIAPKAN GENERASI KEBANGKITAN ISLAM ...

Image
Alhamdulillah, bersyukur kita  ke hadrat Allah  SWT  di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada  kita semua dalam meniti kehidupan yang semakin  mencabar dari masa ke masa. Duri-duri kehidupan semakin bertaburan menanti generasi muda kita, mampukah mereka meneruskan perjuangan sebagai sukarelawan jika hanya dihidangkan dunia tanpa dakwah dan tarbiyah sebagai bekalan???  Selawat dan salam ditujukan kepada  junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Syukur ke hadrat Allah, kami dapat bermusafir mulai hari Khamis 18 Julai, sampai ke Pulau Pinang sebelum hadiri proses meminang seorang ibu tunggal anak lima untuk anak saudara  yang kematian isterinya awal tahun baru-baru ini. Ketika di JSW Inn, ibu mengimbau kembali kenangan lama semasa  belajar di USM  Minden sebelum...