Posts

Azam Terserlah Menjelang Nisfu Syaaban 1442 Hijrah

Image
  Alhamdulillah, Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan  dalam jiwa ini dikunjungi  oleh  adik bungsu dan  abang yang manis mulutnya  dalam berkata-kata. Subhanallah, semuanya  di luar dugaan, hari Khamis  malam Jumaat, rumah Tunjung menerima tetamu  dari jauh. Allah  izin lega sedikit dan hilang kerinduan setelah sekian lama  tidak berjumpa gara-gara Covid-19 . Apabila ditanya  bagaimana  boleh merentas    dari Shah Alam ke Perlis  kerana  Negeri  Selangor  masih dalam PKP. Selamba adik bungsu menjawab, buat surat  sendiri urusan kerja di ladang Telok Intan. Macam-macam projek dibuatnya . Alhamdulillah.  Ibu amat kenal adik bungsu ini memang ligat sejak kecil lagi selalu hilang dari rumah menunggang  basikal ke kebun sayur di hujung kampung Solok, Tangkak. Atas inisiatif sendiri ada rasa tanggunjawab membantu 'cari nafkah' memungut  sayur-sayuran yang 'reject' dibuang d...

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Penuh Makna

Image
Sabtu,  6 Syaaban 1442 Hijrah Segala puji-pujian hanya milik Allah. Ingin ibu rakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan ucapan الحمدلله رب العلمين di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita selamanya, demi menyelamatkan kita dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini dan demi kebahagiaan abadi di akhirat nanti.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta, murabbi agungm Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang telah mengorbankan segala-galanya demi kegemilangan Islam seperti mana yang Allah kehendaki. Ibu mohon Allah aturkan yang terbaik untuk ibu agar dapat berkhidmat dan berbakti untuk ummah demi menyambung Risalah Nubuwah yang diredhai Allah selamanya.  Sempena bulan Syaaban yang mulia ini harapan ibu amat besar sekali agar setiap detik masa yang tersisa dipenuhi dengan aktiviti ibadah. Semoga Allah jayakan projek baru ibu menulis buku 'Jalan Pintas Ke Syurga, Menyantuni Warga  Emas' Pengalaman i...

Mohon Semua Dosa terampuni

Image
23 Rejab 1442 Hijrah  Alhamdulillah minggu ini dalam semua halaqah yang dikendalikan,  ibu cuba  fokus  untuk memahami dan memahamkan konsep syukur serentak menceritakan peristiwa Isra' dan mi'raj. Ibu kagum dengan kisah nabi Nuh yang sentiasa  bersyukur. Perhatikan surah Al Isra' ayat 1-3 Satu video yang sangat menyentuh jiwa hingga mengalir  air mata. Ibu kepada Imam muda Masjidil haram yang sangat  bahagia mendengar berita anaknya selesai (khatam)  hafazan Qur'an. Ibunya berdoa "Ya  Allah jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku..." Seminggu selepas itu benar ibunya meninggal dunia. Apa maksudnya  itu? memang mengalir  air mata. Minat dengan cara ibu itu menyerah  diri kepada Allah. Allah sudah tanamkan rasa rindu  dalam jiwanya. Allahu Akbar . Ibu tertarik meniru doa ibunya ikut versi sendiri, " Ya Allah, jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku di bumi Nabi-MU" (Madinah Al M...

Persiapan Menyambut Tetamu Agung

Image
Alhamdulillah, setinggi-tinggi  kesyukuran  ke hadrat Allah SWT kerana  dengan Rahmat  dan Kasih Sayang-Nya  kita  masih berpeluang  bernafas meneruskan kehidupan sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Selawat dan salam buat Rasul kecintaan umatnya.  Subhanaallah, sama-samalah kita sentiasa  menaruh harapan dan berharap hanya kepada Allah kerana berharap kepada-NYA  tidak pernah mengecewakan. Ibu amat letih jika ada pihak berharap dengan kudrat kita yang serba lemah ini, pasti mereka akan kecewa dan masalah  akan terus menerus  tidak  selesai walhal pokok masalahnya antara  diri  masing-masing dengan Allah SWT. Allah izin ibu sudah terdidik sejak menjalani proses  tarbiyah di awal tahun 1980an agar  sentiasa   memikirkan buat  persiapan  awal menyambut Ramadhan. Mengemas  rumah ibu sudah mulakan seawal bulan Rejab lagi. Bulan Syaaban ibu akan tukar langsir-langsir bar...

Ilustrasi Tanaman Mencerminkan Proses Tarbiyah

Image
Jumaat Penuh Barokah 12.02.21 30 Jamadil Akhir 1442 Hijrah Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana izin-Nya kita masih dipanjangkan umur untuk perbaiki diri (mengukuhkan keimanan) dan meningkatkan kualiti ibadah hanya untuk-NYA. Selawat  dan salam ditujukan kepada Murabbi agung, iaitu Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA hingga  hari kiamat. Esok, 1 Rejab 1442 Hijrah dan 59 hari lagi kita dikunjungi tetamu Agung, Ramadhan kareem. Esok juga adalah Tahun baharu Cina. Syukurlaah di Matri  ini tidak seperti di Johor, bising  bunyi letupan mercun.  Sepanjang haampir 11 bulan selepas Ramadhan 1441 Hijrah, ibu muhasabaah diri telah gagal me 'ramadhan'kan 11 bulan berikutnya. Terlalu lemah mengurus waktu 'me time' tadabbur Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW. Kini sudah mulalah kita melatih diri perbanyakkan puasa sunat dan amal so...

Generasi Izzah Bukan Imma'ah (Pak Turut)

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Ahamduliah, syukur  kita  ke hadrat Allah SWT kerana  dalam ujian Covid-19 kita semua  dikehendaki berkurung di rumah, namun Alhamdulillah  Maha Baiknya  Allah permudahkan kita bermusafir akal dan jiwa  melalui  media sosial. Bahkan anak-anak kecil juga berpeluang belajar melalui internet. Namun amat malang sekali jika kemudahan teknologi 'dunia tanpa sempadan ini  tidak diiringi dengan pendidikan mengukuhkan  akidah demi melahirkan  generasi Rabbani.  Mutakhir ini masih mem'viral' di media  sosial keganasan ibu bapa mendera anak-anak kandung, Ramai  suami isteri bercerai kerana masalah kesempitan ekonomi dan paling menyedihkan  anak-anak kecil berusia 7 tahun telah dibelikan handphone  pintar untuk pengajaran  dan pembelajaran dari rumah, namun mereka tanpa sengaja  tersalah guna menonton video 'porno'. Mereka bukan belajar ...

Krisis Dalam Senyap

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.  Selawat dan salam ke atas junjungan dan murabbi agung iaitu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah Rabbul Jalil. Pada  hari Selasa malam Rabu lalu, suami berpesan jika nak ulangkaji bahan-bahan tarbiyah cuba fokus  bab 'Menjaga Lidah'  Ibu terkejut juga apakah gerangan pesanan itu? 'Baca sahaja nanti kongsikan pada yang lain'. Itu maksudnya. Ya lah baru teringat mungkin perkongsian ibu tentang masalah ummah  yang terkini menyebabkan  suami terfikir, berlakunya  sebarang krisis salah satu puncanya  adalah kerana tidak menjaga lidah. Krisis itu boleh jadi juga disebabkan kita terlalu berharap kesempurnaan seseorang namun pihak yang diharapkan itu ...