Posts

Kisah di sebalik 17 malam 18 Ramadhan 1406 Hijrah

Image
 Alhamdulillah, segala  puji-pujian bagi Allah yang masih meminjamkan nyawa  untuk kita teruskan kehidupan sebagai hamba dan  khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Semoga  Allah setiasa  memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada  kita  demi  meraih keredhaan-Nya. Syukur Alhamdulillah, diam-diam kini sudah hari ke-17 kita  menunaikan kewajipan berpuasa. Agak lama juga  ibu bercuti dari blog ini kerana cuba fokus mengikuti perkembangan taddabur Al-Qur'an dan sekali sekala ikuti halaqah tafsir membincangkan ayat-ayat   yang menyentuh qalbu merujuk pelbagai buku tafsir  untuk kami kongsi bersama  agar  Ramadhan kali ini akan terasa lebih bermakna untuk akhirat kita. Insha  Allah. Apabila mengenang kembali seerah 17 Ramadhan, disebut sebagai Nuzul Qur'an. Ada ulama' yang yakin malam inilah 'lailatul Qadr kerana  ketika  inilah Al-Qur'an  diturunkan semua sekali di Baitul Izzah (langit pertama) dan di...

Cerita Di Ambang Ramadhan 1442 Hijrah

Image
 "Terima kasih...kerana menyayangi kami dan sentiasa mendoakan yang baik-baik..." seorang ibu berusia 35 tahun  merakamkan kesyukuran setelah hampir  dua jam kami bersembang cuba mencari jalan keluar setelah sekian lama  dia  bertegang urat dan bermasam muka dengan suaminya. Petang  Ahad, selepas  Asar ibu dikunjungi oleh bekas  client (banyak  kali sesi kaunseling pada tahun  2018- 2019) Setelah sekian lama tidak berjumpa, ibu andaikan semuanya sudah berdamai.  Sehari sebelum itu, ibu agak terkejut apabila disapa  oleh suaminya memaklumkan ingin berjumpa  ibu bersama isterinya. Ibu dimaklumkan krisis rumah tangganya semakin tegang setelah beberapa kali bertemu kaunselor  pejabat agama setempat. Jika diturutkan  rutin, ibu ingin menolak kerana tiada daya dan upaya  ibu setelah  agak lama bercuti  dari menjadi kaunselor kerana hendak fokus  berkhidmat menyantuni keuzuran suami. Setelah berfikir...

Azam Terserlah Menjelang Nisfu Syaaban 1442 Hijrah

Image
  Alhamdulillah, Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan  dalam jiwa ini dikunjungi  oleh  adik bungsu dan  abang yang manis mulutnya  dalam berkata-kata. Subhanallah, semuanya  di luar dugaan, hari Khamis  malam Jumaat, rumah Tunjung menerima tetamu  dari jauh. Allah  izin lega sedikit dan hilang kerinduan setelah sekian lama  tidak berjumpa gara-gara Covid-19 . Apabila ditanya  bagaimana  boleh merentas    dari Shah Alam ke Perlis  kerana  Negeri  Selangor  masih dalam PKP. Selamba adik bungsu menjawab, buat surat  sendiri urusan kerja di ladang Telok Intan. Macam-macam projek dibuatnya . Alhamdulillah.  Ibu amat kenal adik bungsu ini memang ligat sejak kecil lagi selalu hilang dari rumah menunggang  basikal ke kebun sayur di hujung kampung Solok, Tangkak. Atas inisiatif sendiri ada rasa tanggunjawab membantu 'cari nafkah' memungut  sayur-sayuran yang 'reject' dibuang d...

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Penuh Makna

Image
Sabtu,  6 Syaaban 1442 Hijrah Segala puji-pujian hanya milik Allah. Ingin ibu rakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan ucapan الحمدلله رب العلمين di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita selamanya, demi menyelamatkan kita dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini dan demi kebahagiaan abadi di akhirat nanti.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta, murabbi agungm Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang telah mengorbankan segala-galanya demi kegemilangan Islam seperti mana yang Allah kehendaki. Ibu mohon Allah aturkan yang terbaik untuk ibu agar dapat berkhidmat dan berbakti untuk ummah demi menyambung Risalah Nubuwah yang diredhai Allah selamanya.  Sempena bulan Syaaban yang mulia ini harapan ibu amat besar sekali agar setiap detik masa yang tersisa dipenuhi dengan aktiviti ibadah. Semoga Allah jayakan projek baru ibu menulis buku 'Jalan Pintas Ke Syurga, Menyantuni Warga  Emas' Pengalaman i...

Mohon Semua Dosa terampuni

Image
23 Rejab 1442 Hijrah  Alhamdulillah minggu ini dalam semua halaqah yang dikendalikan,  ibu cuba  fokus  untuk memahami dan memahamkan konsep syukur serentak menceritakan peristiwa Isra' dan mi'raj. Ibu kagum dengan kisah nabi Nuh yang sentiasa  bersyukur. Perhatikan surah Al Isra' ayat 1-3 Satu video yang sangat menyentuh jiwa hingga mengalir  air mata. Ibu kepada Imam muda Masjidil haram yang sangat  bahagia mendengar berita anaknya selesai (khatam)  hafazan Qur'an. Ibunya berdoa "Ya  Allah jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku..." Seminggu selepas itu benar ibunya meninggal dunia. Apa maksudnya  itu? memang mengalir  air mata. Minat dengan cara ibu itu menyerah  diri kepada Allah. Allah sudah tanamkan rasa rindu  dalam jiwanya. Allahu Akbar . Ibu tertarik meniru doa ibunya ikut versi sendiri, " Ya Allah, jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku di bumi Nabi-MU" (Madinah Al M...

Persiapan Menyambut Tetamu Agung

Image
Alhamdulillah, setinggi-tinggi  kesyukuran  ke hadrat Allah SWT kerana  dengan Rahmat  dan Kasih Sayang-Nya  kita  masih berpeluang  bernafas meneruskan kehidupan sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi yang fana' ini. Selawat dan salam buat Rasul kecintaan umatnya.  Subhanaallah, sama-samalah kita sentiasa  menaruh harapan dan berharap hanya kepada Allah kerana berharap kepada-NYA  tidak pernah mengecewakan. Ibu amat letih jika ada pihak berharap dengan kudrat kita yang serba lemah ini, pasti mereka akan kecewa dan masalah  akan terus menerus  tidak  selesai walhal pokok masalahnya antara  diri  masing-masing dengan Allah SWT. Allah izin ibu sudah terdidik sejak menjalani proses  tarbiyah di awal tahun 1980an agar  sentiasa   memikirkan buat  persiapan  awal menyambut Ramadhan. Mengemas  rumah ibu sudah mulakan seawal bulan Rejab lagi. Bulan Syaaban ibu akan tukar langsir-langsir bar...

Ilustrasi Tanaman Mencerminkan Proses Tarbiyah

Image
Jumaat Penuh Barokah 12.02.21 30 Jamadil Akhir 1442 Hijrah Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana izin-Nya kita masih dipanjangkan umur untuk perbaiki diri (mengukuhkan keimanan) dan meningkatkan kualiti ibadah hanya untuk-NYA. Selawat  dan salam ditujukan kepada Murabbi agung, iaitu Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA hingga  hari kiamat. Esok, 1 Rejab 1442 Hijrah dan 59 hari lagi kita dikunjungi tetamu Agung, Ramadhan kareem. Esok juga adalah Tahun baharu Cina. Syukurlaah di Matri  ini tidak seperti di Johor, bising  bunyi letupan mercun.  Sepanjang haampir 11 bulan selepas Ramadhan 1441 Hijrah, ibu muhasabaah diri telah gagal me 'ramadhan'kan 11 bulan berikutnya. Terlalu lemah mengurus waktu 'me time' tadabbur Qur'an dan Hadis Rasulullah SAW. Kini sudah mulalah kita melatih diri perbanyakkan puasa sunat dan amal so...