Posts

Kunjungan Duyufurrahman

Image
 Alhamdulillah, sejak hari Selasa malam Rabu kami dikunjungi oleh pasangan Duyufurrahman belum seminggu lagi sampai dari tanah suci Mekah dan Madinah. Belum cukup istirehat, semalam dalam perjalanan pulang ke KL demam. Syafakillah besan kami sudi menziarahi kami menemani menantunya menyantuni ayahnya yang semakin uzur. Alhamdulillah, kesihatan ibu beransur pulih, cuma batuk belum hilang sepenuhnya. Tidak tahulah, perasaan hiba tidak hilang melihat kesungguhan besan kami kuat azamnya (sejak di Mekah lagi sudah ada niat nak ziarah) datang dari Johor menziarahi kami. Hampir Penuh Bonet kereta dengan bingkisan sahabat handai dari Johor. Pelbagai Jenis Pisang, kerepek, kuih muih frozen  dan acar buah. Alhamdulillah, tabarakallah, seronok dapat mendengar berita terkini sahabat handai di Johor. Jazakumullahu khyran kathira semua sahabat seperjuangan dunia akhirat di atas doa Dan pelbagai bingkisan untuk kami di sini. Kunjungan penuh Barokah. Alhamdulillah 👍

Overhaul Diri Yang Semakin Uzur

Image
 Alhamdulillah, di petang Jumaat yang Penuh Barokah, anak lelaki jiran depan rumah menawarkan diri  untuk berkhidmat urus suami ibu setiap hari  pukul 5.00 pagi dan 7.00 malam.  Hanya jam 1.00 tengah hari sahaja beliau tidak dapat kerana urusan kerja. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan yang lain juga sebab pembantu warden yang bantu ibu akan menyambung  pengajiannya di UIAM awal bulan September.  Ibu sedang berusaha survey seorang nurse lelaki urus jam 1.00 tgh hari... Doakan akan ada yang tawarkan diri. Ini adalah iktibar dari kisah IT'S OKAY TO BE NOT OKAY , semoga Allah ampuni dosa-dosa ibu yang tidak mampu istiqomah menyantuni keuzuran suami yang memerlukan lebih tenaga fizikal yang buat  ibu stress keletihan dan moody.  Ramai ahli keluarga yang menasihati  ibu, buat berpada-pada jangan sampai mudharatkam diri. Ibu ingin selalu tenang aman dan damai tanpa aktiviti yang menyakitkan badan. Ibu pernah berterus terang kepada ketua...

Migraine Atau Covid -19?

Image
 Hari ini hari kedua kepala rasa berdenyut, tekak gatal dan batuk sampai terkencing. Mungkin ada symptom Covid -19 tapi ibu abaikan untuk ambil test Covid -19. Dari punggung ke bawah rasa bisa dan tidak selesa duduk dan baring. Panjang ceritanya kalau positif. Petanda tu ada namun ibu  rawat sendiri, telan madu dan  lemon 2-3 biji sehari. Tapping bànyak kali agar pening segera nyahkan diri.  Selera makan hilang. Ibu kuarantin diri dan urus suami sahaja mana yang terdaya. Kemarin ibu minta izin cuti taddabur pagi ini, namun kak Ngah suruh rehat seharian dan cuti taddabur jam 4.00 pagi. Pagi tadi Taddabur Gema Fajar, ibu gagah-gagahkan diri teruskan juga kupasan penghujung Surah Ali Imran ayat 195-200 . Ada hikmahnya kak Ngah minta teruskan sebab apabila dah mula cuti takut jadi seronok nak cuti lagi, sedangkan kami di usia senja ini berikhtiar nak tahu kupasan 30 Juz Al-Quran secara terancang sebelum dipanggil pulang ke Rahmatullah.  8 Ogos 2022 bersamaan 10 Muha...

Diam & Sabar itu Indah

Image
 Salam Maal Hijrah 1444, Sambutan menginsafkan, berderai air mata dalam sesi sharing halaqah ibu muda seawal jam 9.15 pagi tadi. Kononnya mulai 1 Muharam, ibu nak online di bahagian belakang agar tidak menganggu family yang guna bilik depan. Suami menegur terus buat di tempat biasa sebab dia nak dengar sama. Terharu sangat suami sudi nak dengar sama, Alhamdulillah. Sememangnya taddabur Qur'an seawal 4.00 pagi dan Gema Fajar jam 6.20 suami hanya menjadi pendengar setia,  semoga hidup mati kami sentiàsa bersama Al Qur'an.  Jika ada sebarang kesilapan dan keraguan baharulah ditegur secara hikmah. Selepas  rutin program  Gema Fajar seperti biasa, taddabur hari ke-68 iaitu 10 ayat (122-132) Surah Ali Imran. Kali ini ibu terbimbing merumuskan formula kemenangan di sisi Allah adalah dengan Taqwa dan Sabar. Menyentuh soal sabar, ramai yang tidak bahagia Dan tidak tenang kerana gagal sabarkan diri masing-masing dengan pertolongan dari Allah SWT. Ibu  terkenang ketik...

Air Mata Qurban

Image
 Jumaat, 9 Zulhijjah 1443 Hijrah, merupakan hari Wukuf di Arafah, disunatkan umat Islam yang tidak mengerjakan Haji berpuasa. Kami 4 beradik dan suami turut buat keputusan muktamad berpuasa pada hari Khamis dan  Jumaat. Alhamdulillah anak menantu turut berpuasa hari Jumaat walaupun bermusafir dari Melaka ke Utara.  Hari Jumaat Penuh bersejarah, taddabur Qur'an surah Al Baqarah hampir sampai ke penghujung. Hari ini, Sabtu tamat halaman terakhir surah tersebut mengundang air Mata ibu bercucuran ketika membaca doa penutup surah tersebut. Memang sebak dan bersyukur sangat ujian datang bertubi-tubi dalam waktu yang sama Allah kurniakan kekuatan dari mukjizat Al Qur'an setelah selesai taddabur surah Al Baqarah. Sayang sangat nak tinggalkan surah Al Baqarah setelah kami Taddabur selama 49 hari tanpa henti atau tanpa rehat walaupun sehari.  Esok  Ahad, sempena Hari Raya Aidil Adha kami cuti sehari sebelum memulakan Surah Ali Imran pula pada hari Isnin. Alhamdulillah Jaz...

Apakah Nikmat Tertinggi Yang Perlu Kita Cari?

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Mari sama-sama kita syukuri segala nikmat yang  Allah kurniakan kepada kita dengan ucapan Alhamdulillahi Robbil Alamin. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan dengan ucapan Allahumasolli ala Muhammad wa ala ali Muhammad Alhamdulillah hujung minggu lalu anak ibu balik mengejut sebelum dapat berangkat membawa jemaah Haji Swasta sekiranya dapat visa qouta VVIP. Terhibur sedikit cucu-cucu rumah ini (ayah sakit Leukemia dan emak menemani ayahnya di hospital Tunku Bahiyah Alor Star). Bànyak hikmah tersirat di sebalik ujian yang datang bertubi-tubi. Tanda Allah sayang.. .    Alhamdulillah, di pagi Sabtu yang penuh barokah Allah izin kami  dari group wassap Gema Fajar masih diberi kekuatan untuk istiqomah meneruskan taddabur Quran. Alhamdulillah kini kami sudah masuk halaman ke-42 di mana ada ayat Kursi  ada di dalamnya. Dalam mentaddaburi awal juz 3, Allah izin ada kekosongan mengisi tafsir surah Al...

Alam ini akan disinari fajar lagi

Image
 Subhanallah, Alhamdulillah,La ilahailalallah, Allahu Akbar Tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan izin Allah jua.  Telah sekian lama ibu impikan ingin ikuti kelas taddabur  Al-Quran berbayar, tetapi belum bertemu dengan murabbi yang sehati sejiwa menuju destinasi seperti As Syahid Syed Qutb yang amat ibu minat ulasannya dalm Tafsir Fi Zilal Al Quran. Ulasannya sangat tarbawi dan rasa puas dan kenyang (roh) kalau kita mendalami maksud tersiratnya. Sayangnya , ibu dimaklumkan tafsir Fi zilal tidak popular dikalangan masyarakat umum. Ibu masukkan sedutan kata-katanya yang power sekali sekala sahaja  dalam penyampaian. Tassawur fikrahnya amat jelas berpaksikan manhaj rabbani. Di antara frasa  sajak almarhum sentiasa  terngiang-ngiang dalam jiwa ini... Alam ini akan disinari fajar lagi... biarkanlah rohku terbang mendapatkan rindunya Suatu ketika dahulu sampai menangis  menjiwai sajak ini.. Namun dalam perkongsian ilmu setiap pagi bersama masyara...