Posts

HAKIKAT SYUKUR YANG SEBENARNYA...

Image
Dengan Nama Allah RABB Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah,  Rabb yang memiliki dan mengurus dengan sempurna sekelian alam ini. Dalam taddabur surah Al An'am banyak mengetuk pintu hati agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan, tanda betapa cinta-Nya kepada semua hamba-Nya. Tetapi bagaimanakah respon kita terhadap cinta-Nya yang tidak berbelah bagi hanya dengan 1 rahmat-Nya di dunia yang fana ini? 99 Rahmat-Nya menanti di syurga bagi mereka yang bertaqwa. Allahuma hassibni hisaban yasirra... Ya Allah hisablah  aku dengan hisab yang  mudah... Selawat dan salam kita tujukan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak- ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya sampailah hari kiamat. Semoga Allah pilih kita dan anak cucu kita semua dari generasi ke generasi munyambhng mata rant...

Ada Gangguan?

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah, Rabb Yang Mengetahui Segala yang Ghaib. Hanya kepada-Nya sahaja ibu bergantung segala harapan dan Allah sahaja sebaik-baik Pengurus yang menyelesaikan segala masalah yang merumitkan. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.   Benarlah pengalaman amat penting dalam mengenal pasti hujung pangkal segala permasalahan di samping doa yang tidak putus mengharapkan pertolongan Allah. Syukur Alhamdulillah, kami saling takmil Wal istikmal dalam menelusuri satu persatu punca permasalahan 'sepi' yang tak pernah ibu ceritakan kepada sesiapapun sebelum ini, hanya harapkan Allah selesaikan satu persatu. Pertolongan Allah amat dekat melalui ziarah orang jauh. Ben...

Masha Allah, La haulawala quwatta Illa Billah

Image
 Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah Allah berikan kesempatan menaip lagi setelah sekian lama tertangguh dan tergendala kerana ada urusan yang aula atau lebih utama yang perlu didahulukan.  Masha Allah, la haulawala quwwata illa Billah,  Segala kesibukan yang Allah hantar kepada ibu merupakan proses merawat diri  dan sedikit sebanyak membantu merawat keuzuran suami. Alhamdulillah kesan ziarah saudara mara dan sahabat handai yang tidak putus dari jauh dan dekat merupakan salah satu proses terapi meransang diri rasa bahagia menyantuni tetamu dan Alhamdulillah kelihatannya kini suami beransur pulih walaupun belum sihat seperti dahulu. Makan minum semakin berselera. Seorang sahibah Doktor dari Johor menelefon menceritakan pengalaman ibu mertuanya yang sakit masuk ICU, tiba-tiba sihat seperti biasa seminggu dua, tidak kemudian masuk ICU semula dan akhirnya meninggal dunia. Beliau berpesan agar jangan tinggalkan ustaz bersendirian. Alhamdulillah, hingga hari ini Allah beri...

Akar Umbi Kaunseling Rabbani

Image
Alhamdulillah, syukur sangat Allah atur serta permudahkan ibu 'takmil Wal istikmal ' bersama team kak Ngah dalam program 'Gema Fajar ' setiap pagi , Fajar bergema' menghidupkan  aktiviti Taddabur Al Qur'an, sehari satu halaman. Mulai minggu lepas, sempat selitkan 1 perenggan sehari pengisian dari buku 'Raih Kembali Kekuatan Al Qur'anmu (Gurbatul Qur'an) Dalam terhibur dapat berkerjasama dengan warga Gema Fajar,  tiba -tiba teringat buku Kaunseling Rabbani, sebak rasanya kerana masih belum dapat membumikan Kaunseling Rabbani. Selepas taddabur Qur'an dan dipadankan dengan buku Gurbatul Qur'an baharu ibu sedar apa yang Allah aturkan untuk ibu itulah teknik membumikan Kaunseling Rabbani. Akar Umbi Kaunseling Rabbani adalah Taddabur Al Qur'an sebagai teras membina ummah terbaik. Insha'Allah

Santunilah Orang Tuamu

Image
 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT ibu berpeluang menyaksi sendiri  dua orang anak muda menyantuni suami ibu yang kelihatannya semakin uzur fizikalnya. 31 Ogos yang lalu adalah hari terakhir kedua-dua nya berkhidmat sebagai pembantu warden di asrama putera Matri juga hari terakhir menyantuni ayah angkatnya bagaikan ayah sendiri. Pesanan akhir ibu buat mereka berdua, " pengalaman baru ini merupakan pengalaman yang cukup berharga buat antum, tidak ramai anak muda yang sanggup berkorban menyantuni ayah ibu sendiri sepertimana  mulianya Uwais Al Qarni menyantuni ibunya yang telah tua bahkan lumpuh dan buta. Pengalaman baru ini manfaatkanlah untuk beri kesedaran kepada anak muda yang lain, berkorbanlah apa sahaja menyantuni ibu bapa walaupun kalian akan hilang kerjaya" Ibu ceritakan seorang sahabat Rasulullah saw yang ingin ikut berjihad Fi sabilillah. Rasulullah saw tanya " kamu masih ada orang tua" Jawab lelaki itu "ya ada" Jawab Rasulullah saw, ...

Kunjungan Duyufurrahman

Image
 Alhamdulillah, sejak hari Selasa malam Rabu kami dikunjungi oleh pasangan Duyufurrahman belum seminggu lagi sampai dari tanah suci Mekah dan Madinah. Belum cukup istirehat, semalam dalam perjalanan pulang ke KL demam. Syafakillah besan kami sudi menziarahi kami menemani menantunya menyantuni ayahnya yang semakin uzur. Alhamdulillah, kesihatan ibu beransur pulih, cuma batuk belum hilang sepenuhnya. Tidak tahulah, perasaan hiba tidak hilang melihat kesungguhan besan kami kuat azamnya (sejak di Mekah lagi sudah ada niat nak ziarah) datang dari Johor menziarahi kami. Hampir Penuh Bonet kereta dengan bingkisan sahabat handai dari Johor. Pelbagai Jenis Pisang, kerepek, kuih muih frozen  dan acar buah. Alhamdulillah, tabarakallah, seronok dapat mendengar berita terkini sahabat handai di Johor. Jazakumullahu khyran kathira semua sahabat seperjuangan dunia akhirat di atas doa Dan pelbagai bingkisan untuk kami di sini. Kunjungan penuh Barokah. Alhamdulillah 👍

Overhaul Diri Yang Semakin Uzur

Image
 Alhamdulillah, di petang Jumaat yang Penuh Barokah, anak lelaki jiran depan rumah menawarkan diri  untuk berkhidmat urus suami ibu setiap hari  pukul 5.00 pagi dan 7.00 malam.  Hanya jam 1.00 tengah hari sahaja beliau tidak dapat kerana urusan kerja. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan yang lain juga sebab pembantu warden yang bantu ibu akan menyambung  pengajiannya di UIAM awal bulan September.  Ibu sedang berusaha survey seorang nurse lelaki urus jam 1.00 tgh hari... Doakan akan ada yang tawarkan diri. Ini adalah iktibar dari kisah IT'S OKAY TO BE NOT OKAY , semoga Allah ampuni dosa-dosa ibu yang tidak mampu istiqomah menyantuni keuzuran suami yang memerlukan lebih tenaga fizikal yang buat  ibu stress keletihan dan moody.  Ramai ahli keluarga yang menasihati  ibu, buat berpada-pada jangan sampai mudharatkam diri. Ibu ingin selalu tenang aman dan damai tanpa aktiviti yang menyakitkan badan. Ibu pernah berterus terang kepada ketua...