Posts

Nikmatnya Taman-Taman Syurga

Image
Gaza dibedil bertub-tubi oleh Regim Zionist laknatullah. Anak-anak, kaum wanita dan warga emas yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jika ibu tidak istiqomah teruskan program taddabur Gema Fajar, kemungkinan besar persepsi ibu sama seperti ibu-ibu lain "kenapa Allah tidak binasakan sahaja puak Zionist itu!!!" Syukur Alhamdulillah, berbekal dengan sedikit kefahaman hasil menjadi juru baca buku-buku taddabur, terbayang masa depan para mangsa sangat membahagiakan di sisi Allah SWT. Mereka berombongan berbondong-bondong masuk syurga tanpa hisab. Subhanallah, ibu bayangkan bedilan bom bertub-tubi itu seperti sebuah pesta mereka dijemput oleh malaikat rahmat menghadap Allah tanpa sebarang penderitaan lagi. Mereka semua sudah siap menunggu kematian yang merupakan satu perjalanan menuju alam abadi menuju Kekasih yang sedang merindui mereka. Allah izin sepanjang minggu ini kami bertadabur surah Zumar yang bermaksud berombongan samada menuju ke destinasi Syurga bagi orang-orang yang berta...

Subhanallah Taufan Al Aqsa

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji dan puja hanya milik Allah dan memang tidak layak untuk kita makhluk ciptaan-Nya. Tugas kita hanya jadi khadam atau hamba-Nya dan sentiasa menjunjung titah perintah-Nya secara sukarela sebelum dipaksa. Minggu ini merupakan minggu paling membahagiakan ibu kerana Allah menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran dan lubuk hati setelah sekian lama bertadabur Al Qur'an kini sudah masuk juzuk 23. Esok akan selesai taddabur surah Sod, surah terakhir yang membahas tentang Istislam iaitu perintah penyerahan diri secara total kepada Allah SWT.  1. Surah Al Ahzab menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah pada keadaan yang sulit. 2. Surah Sabaa' menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan menuju keabadian peradaban@ hadharah 3. Surah Fathir menjelaskan bahawa berserah diri kepada Allah adalah jalan kemuliaan. 4. Surah Yassin menjelaskan perintah berserah diri kepada Allah dengan terus komitmen dal...

Surah Yassin & Maulidur Rasul

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, Semalam sudah masuk juzuk 23 menyambung taddabur surah Yassin. Kali ini ibu rasa sangat terhibur membacakan pandangan-pandangan ulamak muktabar tentang kisah Habib An Najjar pemuda dari hujung kota berkorban nyawa berdakwah kepada kaumnya agar ikut nasihat 3 utusan dari Allah agar mentauhidkan-Nya dan jauhi kesyirikan.  Malangnya kesombongan dan rasa diri sudah sempurna menyebabkan mereka tergamak membunuh pemuda itu agar kesyirikan yang mereka lakukan itu tidak dihambat dengan nasihat-nasihat yang mengajak agar selamat di dunia dan akhirat. Ikut pepatah Melayu, pulang paku buah keras. Pembunuhan itu telah mengundang kemurkaan Allah, Allah utus suara yang menyiksa pendengaran mereka hingga semuanya mati dan  tidak sempat bertaubat. Mereka tidak memanfaat kedua -dua telinga mereka untuk mendengar ayat-ayat Allah. Ini yang menakutkan ibu hendak berdakwah dalam rumah sendiri. Takut ajakan ibu ditolak seo...

Air Mata Taqwa

Image
 "Sudah lama aku tidak menangis Ya Allah, jangan dibiarkan hatiku menjadi keras!" Rintihanku di suatu hari menjelang Rabiul Awal, merupakan hari ke-500 program Gema Fajar berjalan lancar dengan pertolongan Allah SWT jua. Suamiku diuji cirit birit, melimpah najis dari pampersnya. Ibu sudah biasa dengan rutin itu, tapi pagi itu tiba-tiba hati terasa sayu!  Anaknda Rahimi menjadi saksi perhatikan ketabahan ibu hadapi situasi itu. Beliau  tolong angkat ustaz memudahkan  ibu bersihkan dan ambilkan wudhu. Selesai ibu urus diri dan angkat takbir solat sunat Fajar terus berjurai air Mata berterima kasih kepada Allah  yang Maha mendengar bisikan hatiku serta telah permudahkan semua urusan ibu, dan bekalkan sabar yang indah. Sebelum ini ibu selalu menangis sendiri kerana terlalu penat dan letih. Mungkin berpunca dari  kurang sabar. Rupanya itulah proses yang perlu dilalui untuk mendapat Sobrun Jamil . Alhamdulillah, terima kasih ya Allah hadiahi aku air Mata Taqwa. S...

Ingatan 1st Class

Image
 Bismillahi Rahmani Rahim Segala puji-pujian milik Allah yang memiliki sekalian alam bermula dari alam roh, alam Rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhirat , malah memiliki Syurga untuk dikurniakan kepada hamba-Nya yang taat serta patuh. Manakala neraka untuk mereka yang mensyirikkan Allah, mendustakan Rasul,  membelakangkan wahyu Allah serta tidak percaya dengan hari kebangkitan. Hari ini hari Rabu ibu dapat istirehat beberapa hari Memberi laluan kepada sahabat ibu dari Johor (ukhti Asnah) mentaddabur rumusan tentang labah-labah ( surah Al Ankabut) di samping taddaburi surah Abasa. Ibu cuma mempengerusikannya di samping mengulas di hujung program. Ibu rasa sangat lega apabila ada yang sudi membantu, kalau boleh lebih ramai, lebih baik. Syukur ukhti Asnah menawarkan diri, mudah-mudahan tidak lama lagi ada asatizah berumur 30-40 an bakal ambil alih tugas ibu apabila sudah sampai masanya kelak. Masalah kebanyakan asatizah terlalu sibuk dengan agenda masing-masing hingga tidak a...

10 Muharam 1445 Hijrah

Image
 Alhamdulillah, syukur Allah beri kekuatan kpd suami dapat berpuasa 9 dan 10 Muharam seperti tahun-tahun sudah menyahut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam . Minggu lepas, pasangan suami isteri dari Medan Indonesia datang mengejut ziarah kami bersama seorang pemuda dari kampungnya untuk masuk tingkatan 6@ Khassah. Si suami rupa2nya bekas anak murid Ustaz Omar. Ibu bersembang dengan isterinya, terkeluarlah cerita bekas pembantu rumah ibu yang pertama semasa ibu di Johor Baharu Dan kemudian berhijrah ke Shah Alam sekitar tahun 1989-1992. Erna Sari bte Elias namanya. Bacaan Qur'annya amat merdu. Oleh kerana adik bungsu ibu amat perlukan pembantu rumah ( anak2 nya masih kecil), ibu pujuk Erna bekerja dengan adik kerana anak ibu dah besar darjah 2 dan 4 (Zubir anak abang duduk sekali). Walaupun pada awalnya Erna keberkatan, akhirnya dia seronok sebab rumah adik Penuh dengan bunga dari Cameron Highland untuk dibuat gubahan bunga untuk dijual. Pandai Erna gubah bunga dan akan pul...

Daurah Murabbiyah

Image
Seronok diapit oleh pemudi Haluan@Haluanita. Anak ukhti Zaiton@cikgu Azmi dan anak Ukhti Marfuah. Kenangan berdaurah bersama pada 7-8 Julai  Alhamdulillah, pujian hanya milik Allah Raja segala Raja berkuasa atas segala yang di langit dan bumi, sentiàsa sibuk mengurus atur keperluan setiap hamba-Nya di langit dan si bumi. Bagi kita yang beriman dengan Nama Allah Al Malik, hendaklah berusaha semaksima mungkin mendekatkan diri kepada-Nya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan agar dipermudahkan proses mendapat keredhaan - Nya. Hari ini merupakan Jumaat terakhir dlm tahun 1444 Hijrah, memang bànyak perkara  yang  ingin ibu kongsikan, tapi ruang dan masa  untuk menaip amat terhad.  Syukur Alhamdulillah, permintaan nak korban unta di Makkah Allah makbulkan. Semoga Allah terima ibadah korban kami, Insha'Allah. Ampuni segala dosa kami Ya Allah. Ibu tergerak nak korban unta selepas taddabur Qur'an surah Al Hajj, kuat keyakinan nak korban unta walaupun mustahil nak lakukan d...