Wujudkan Mind Set Ingin Komited Dalam Dakwah dan Tarbiyah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa ilhamkan agar ibu tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini, melainkan hanya Redha Allah. Redha Allah bersama Redha suami, di sinilah yang ibu harapkan, Redha suami yang sentiasa mendoakan kerja dakwah dan tarbiyah melalui lantunan kuliah Gema Fajar setiap hari. Ibu amat tersentuh dengan teguran tetamu semasa mereka berkunjung di rumah anak ibu di CVR 2, "muka ustaz bersih". Ibu berkongsi dalam group family dan menyambung "sebersih hatinya". Alhamdulillah, menemani dan menguruskan suami tidaklah sukar jika hati ibu sentiasa Redha dan bersyukur mendapat peluang keemasan ini. Di 'back up' dengan anak-anak yang sentiasa patuh dan setia bersama dalam dakwah dan tarbiyah sepanjang hayat. Apabila melihat dengan mata kepala sendiri penglibatan anak menantu dan cucu-cucu dalam program Haluan, terubat hati suami ibu dapat menumpang kasih di rumah Mubarak. Ibu harap se...